Pagi ini rasa macam terhuyung hayang bawa kereta datang office sbb tk cukup tidur. Sampai terpaksa ngunyah pistachious dalam kete nak bagi buka mata nak konsentrate driving.
Apa Ija buat sampai pukul 3 am? Ija layan Novel Daaaa...
Selama 3 hari ija terlalu taksub dgn 7HM .. sampaikan kerja2 rumah ija dah tak ambil kisah... tapi kena masak jugak ler, kalau tak, apaalah cik suami dan anak2 nak makan. Tu kira break kejap lah dr baca novel. Lepas tuh break lagi untuk ajar Tisya Mathematic sbab dia nak exam Khamis ni.
7HM... adalah buah tangan terbaru Siti Rosmizah... karya karya beliau sangat sangat berhantu... sebab dia amat menghantui pikiran dengan jalan cerita dan watak2 di dalamnya. Sampaikan waktu ija break, sambil buat kerja kepala ni duk memikirkan apa jadi pada Mia, pada Khuzairi... lepas tu siap berangan angan.... ada kerrr lelaki sebaik Khuzairi dalam dunia? Haish... pendek kata 7HM memang tak lekang dr kotak pikiran ija...
7 Hari Mencintaiku
...... mengisahkan tentang Mia, seorang lawyer yang dibesarkan dalam keluarga yang kaya raya namun dikelilingi oleh kisah porak peranda keluarga. Mia seorang yang sikapnya amat angkuh, sombong dek kerana kemewahan yang dimilikinya. Mereka yang daif hanya makanan cacian Mia sahaja. Namun Tuhan mneguji kenagkuhan dan kesombongan Mia apabila tunangnya tidak muncul di hari perkahwinan mereka dan bagi menutup malu Megat Idrus menikahkan Mia dengan Khuzairi, anak teman baiknya sewaktu di kampung. Pak Samad dan Khuzairi menerima Mia yang di dalam keluarga, apatah lagi Khuzairi yang sememangnya dari alam persekolahan lagi diam diam telah menyemai benih cinta buat Mia. Namun Mia tidak diterima oleh ibu titi Khuzairi dek kerana peristiwa lalu yg masih diingati oleh Mak Leha hingga menyimpan dendam pada keluarga Mia sehingga kini.
Mia yang sebatang kara setelah kematian bapanya dan kepergian mamanya ke Australia memaksa nya menjalani kehidupan di kampung yang pernah di jeleknya. Dengan sikap angkuh dan sombong yang sebati dengan dirinya telah menimbulkan kebencian Mak Leha dan Helmi, adik Khuzairi. Begitu juga pada syakila, tunang Helmi yang menyimpan rasa cinta pada khuzairi. Hanya Pak Samad, Khuzairi, adiknya Nadia dan Zaidi menerima Mia dan terlalu sabar dengan karenah dan kesombongan Mia.
Khuzairi, atau Ri, seorang doktor dan penternak berjaya, mengahwini wanita bernama Mia Adriana adalah sesuatu yang telah menukarkan Khuzairi 360 darjah... tiada apa yang membahagiakan dirinya selain memiliki Mia. Tapi bukan mudah untuk memiliki cinta dan hati Mia..Masih adakah lagi insan yang bernama LELAKI yang mempunyai sifat dan sikap seperti Khuzairi? Kesabaran yang ada di dalam dirinya seolah olah diperlihat seperti seorang lelaki dayus seperti mana yang diperkata oleh Zaidi teman rapat Khuzairi namun bukan itu yang dirasai oleh Khuzairi.. Herdikan Mia, cacian Mia, rajuk Mia... semunya ditelan penuh kesabaran demi sayangnya yg mendalam terhadap Mia. Namun Khuzairi kalah dengan sikap sabarnya apabila melihat Mia mengherdik ibu tirinya yg sudah dianggap sebagai ibu kandungnya. Apa pun keburukan ibu tirinya, dia tetap menghormati wanita separuh abad yang telah menjaga nya dari kecil setelah kematian ibunya.
Kesabaran Ri diuji lagi dan tembok kesabarannya akhirnya pecah... Hatinya patah tatkala Mia meninggalkan diriya dan bayi mereka yg sehari usianya waktu itu. Hatinya yg melimpah ruah kasih sayangnya buat Mia tiba tiba kering kontang pada hari kepergiannya Mia. Namun, hati nya goyah bila Mia kembali dengan Mia yang bukan Mia dulu, Mia kini yang menyayangi ibu tirinya, Mia yg tidak boleh berpisah dgn anaknya Alisa dan Mia yang budi bahasa tuturkatanya. Khuzairi jadi tidak keruan dan runtuh juga benteng pembohongan hatinya yang sentiasa memujuk untuk melupakan Mia. Tidak bisa lagi untuk terus menidakkan rasa sayang yg teramat dan kerinduan Ri pada Mia.
Watak-watak lain yang mewarnai jalan cerita seperti Zaidi, teman rapat Khuzairi dr kecil amat memahami Khuzair dan menjadi pendengar yg setia dan sentiasa menyokong Khuzairi walaupun Zaidi kadang2 tidak menyutujui tindak tanduk Khuzairi.
Khuzairi ni dalam sikapnya yg pendiam.. aduhh.. romantik gilerrr. Bikin jatuh cinta...
Sofi ... sepupu Mia dan juga teman baik Mia sentiasa bersama Mia saat Mia sedih, marah kecewa dan gembira... nasib baik ada Sofi,, kalau tak ntah apa jadi pada Mia.
Syakila, anak buah Mak Leha yang dipandang tinggi oleh Mak Leha sebenarnya manusia jahat yang berwajah wanita baik sebaik Siti Khadijah... baik konon, hati busuk mulut longkang. nasib baik tak jadi kawin ngan Khuzairi.
Helmi... adik Khuzairi yg terlalu banyak menyusahkan keluarga dengan perangai yang jahat namun masih dimanjai dan dibelai oleh mak Leha. Tapi sejahat mana manusia, tatkala kesedaran dan keinsafan itu datang, mampu mengubah sejahat setan kepada sebaik baik umat.
Nadia...adik bongsu yg sayang pada Mia, sentiasa menyebelahi kakak iparnya... rupanya2 Zaidi menaruh perasaan pada Nadia.Hmm.. zaidiiii... zaidiii
Watak2 lain seperti Buntat, Mak Limah, mak Andak, Pak Andak, Khalil. Pn Hayati dan Ayu memainkan peranan masing2 dan di garap cukup kemas .
pendek cerita ... 7HM memang best giler ... esp bila Buntat yang dibenci Mia terkorban bila cuba menyelamatakan Mia dari dirogol bekas tunang Mia... khalil. Tak rugi sangat2 tidur kul 3 pagi semata mata nak tahu ending citer ni. Harap2 adalah producer yg nak buat sinetron or drama adaptasi dari Novel 7HM.
Ija imagine watak Khuzairi ni dipegang oleh Engku Ismail Engku Aziz ... WHy? minat gilerrrrrrrrrr dgn dia...Mia plak dipegang oleh Siti Saleha sbb nak tgk dia lari skit dr watak baik2... selalu dia pegang watak baik2 jer..but she must work hard lah utk tunjuk muka bengis sombong angkuh sbb muka Siti Saleha ni muka lembut, sweet...
Ija selalunya tak suka nak repeat buku yg ija dh baca but this one definitely ija kan repeat.. esp time rindu kat khuzairi...boleh gitu? hahahhaha..
3 novel Siti Rosmizah yang ija baca memang tk menghampakan... setiap kali baca karya dia tk sah kalau tk mengalirkan air mata... Setia menunggu the next buah tangan Siti rosmizah. Kini ija sedang dalam pencarian Cinta Kau Dan Dia untuk melengkapkan koleksi karya SR.
7HM is the best novel that i read for year 2011... memang patut jadi HOT SELLER di POPULAR BOOK STORE. Tahniah Siti Rozimah.
No comments:
Post a Comment