Pages

Monday 30 January 2012

NANDO'S.. YUM YUM

Last masuk Nando's was with my BFF Sukrina, Mc Pah n Pizah 3 years back kalau tk silap. Tiba2 teringin sbb hari tu 2 3 kali duk lalu depan restoran ni di Plaza Masalam. Puas hati sebab Tisya loves it very much, and Dania pun suka the soup ...

ceaser salad... shedddap

wedges

my cappucino

Herb n Lemon Chicken for Dania

soup.. favourite Dania..


A few picture tk bleh nak upload sbb tersalah tekan. supposed to be in image, tersalah tekan dalan mode video....

KESAS HIGHWAY DI PAGI SENIN.....

Hari ni memang keluar lambat skit... after seminggu anak2 cuti CNY.. nak kena adjust balik timing bgn kul 5 am...keluar jer dr Kota Kemuning Exit masuk KESAS... abnormal jam lah plak. memang hari2 jam kat KESAS but hari ni xxxtra jam... akhirnyaaa.. ku sampai opis kul 9.00 am.

tensiii ooo kalau jalan ngalahkan kura kura

time ni  how i wished i ada driver n i have a nice nap at the back seat  in BMW 5 series...

FAREWELL AND MAKAN-MAKAN

People come people go... hanya Ija sahaja yang setia di sini. Memerhati mereka yang sudah angkat kaki dan menerima salam perkenalan dr yg baru. Hai, I'm bla bla bla from dept bla bla bla.. I'm new.   Pada yang baru.. selamat datang dan lalui lah suka duka di company ini.. pada yg kata hr ni last day korang.. selamat maju jaya di tempat baru.. samoga sukses ya.

Teringat quote dr my sifu :
Quote lama:  The DOOR is always open for you to go...
Quote baru: The GATE is always open for you to go...

Hahaha.. dia bleh upgrade fromm DOOR to GATE...
Gate or Door... quote itu memberi maksud dan pengertian yang sama... meaning that pintu dan pagar premis ini sentiasa terbuka untuk awak keluar untuk mencari peluang2 yg lebih bagus, lebih dahsyat dari syarikat ini...

My MD .. Mr Hiroo Kayanoki sudah menamatkan khidmat beliau di sini dan telah pulang ke tanah airnya Jepun untuk menyambung sisa2 khidmat beliau di sana. SAYONARA Kayanoki San...rasanya org yg paling terkesan dengan  kepulangannya ialah dia nyer Secretary... hehehe...bukan sebab SKANDAL ooo.. tapi they were too close..

Tiap tiap CNY dia akan kasi angpau utk semua ladies staff.. tertunggu tunggu jugak lah tp dr sehingga semalam tk nampak bayang sampul merah. Maybe dah nak balik Jepun so no more angpau. Tapi tiba2 pagi ni dia punya secretary distribute the angpaus... ada xtra dr thn2 lepas... Alhamdulilah Rezeki...

Last Sunday nite company mengadakan Farewell dinner special buat Kayanoki San... We had it inconjuction of CNY Open House Celebration and it was held at One World Hotel.  Memandangkan company kata bleh bawa spouse so ija bawa Incik A'an.. sebab nak kena jadi driver. Dania n Tisya? Minta jasa baik adik bongsu ija to bbsit since esoknya budak2 nak sekolah. Lagian,  anak bini pok usunya masih kat kampung. Alhamdulillah Dania behaved so well n tisya gets a reward for being a good sister taking care of her little sista.  Dapatlah apa yg dia idamkan... beg DOMO.

melayu yg dah di amoikan  .. Nurrul

1 Malaysia ...Kak Wan, parvathy, jeya n Dayana


owh.. back to the farewell dinner... function a bit delayed because no proper instruction given by the organizer... Kami sempat complete 9 out of 10 chinese course... sebab the function agak memboring kan .. hahahah dr awal sampai habis lagu china tk sudah2.. laaa. CNY Open house kan.. tk kan nak pasang lagu Raya ..tk kan nak pasang Satu Hari Di Hari Raya by Dato' M Nasir plak.. We all balik meninggalkan dessert yg tk sempat kami makn. lagipun dh terlebih kenyang dah... food served for 10 tp yg melantak 8 org.. Sampai rumah pukul 11 sempat tgk announcemet untuk keputusan Anugerah Juara Lagu.

Oh ya... tiap kali company buat Open House CNY kat office, ija tk kuasa nk makan yee sang tp kali ni Yee Sang kat dinner malam tu memang delicious... eh Yee sang hotel mestilah sedap..   tk kan nak compare yg beli dr kotak punya... semua benda rasa hapak..jom kita tgk yee sang yg sedap itu



yum yum yummmmmm.. so colourful n so tempting

yeeeeeeeeeeeeeeeeeeee saaaaaaaaaaaaaaaannggg
jom kita layan chinese course yg lain..

shark fin soup with crab meat

ntah apa nama ayam ni but i like the sauce

steam fish

mixed vege

udang yg besar dan fresh.. yg ni shedaaap

yg tukang kopek kulit makan 2 ekor jer.. so jgn tertipu dgn himpunan kulit udang kerana ia mewakili ija n hubby 

lotus fried rice.. dap dap

Bulan ni ramai staff yang resign.. dan salah sorangnya ialah Mhd Azmi Zulfikar... IT staff.  Yesterday we, from IT, HR n ACCT dept belanja dia makan di Kanna Curry House, Sek 17 PJ. Setelah puas memujuk utk trus stay dgn company... dia tetap bertegas to leave the company. Sayang... company tak nampak bakat dan pandai nya Azmi dalam menangani masalah2 IT. He is too good utk terlepas pandang, 

gonna miss u lah...suka kacau budak ni
 
lauk pauk on my "banana leaf"

selamat menjamu selera

tau ler lapor abang2 weh

bangkit kan selera

budak yg nak resign


Burpppp....dah habiiiiissssss

group photo

Tuesday 24 January 2012

SUSAHNYA UNTUK MENJADI ORANG YANG SABAR

Cuti panjang 4 hari kami tersadai kat rumah jer... plan nak jalan jalan terbengkalai... Nasib baik anak anak tak bising. Sebab mama dah pujuk... minggu ni kita lepak jer kat rumah.. 2 minggu lagi ada cuti panjang lagi.. nanti kita jalan jalan gi Melaka..Yeaaah Asam Pedas melaka ... tunggu kami.

Dalam cuti 4 hari ni macam2 yang jadi... dan tak tahu kenapa me jadi more sensitive...Ha? Nak PMS? No lah... 
The worst was last 2 days... kesian Dania .. kena marah eventhough salah bukan 100% dari dia. Tak pelah...its only to teach her what is bad n what is good. Eventhough she is only a child but I believe, pendidikan bermula dari waktu usia kecil. no such reason that she is still a child. Cuma tk perlu lah rotan hingga mencederakan...She must be taught how to communicate so that dia tahu nak bawa diri when me is not with her... My pantang kalau budak2 use words such babi, kurang ajar, bodoh etc etc.. because itu bukan bahasa budak. Me always tell the babysitter to watch out what ever words that Dania used..scold her kalau dia guna pakai perkataan2 yg tak sepatutnya. Yelah.. budak cepat quote perkataan org tua ni. Dan as parent jgn bantai gelak bila budak2 duk guna above words .. kononnya dia dah pandai cakap...
Me bukan pandai because me still in learning process dalam ilmu parenting... cuma itu antara my pantang lah..like Ustaz Hanaffe said in Tanyalah Ustazah... Anak cemerlang bukan sekadar cemerlang dalam pelajaran...cemerlang aqidah paling utama.. dan untuk mendapat aqidah cemerlang, harus dididik dari kecil. And i am working towards that.. Insyallah.. doa doakanlah. 

Susahnya nak menjadi orang yang sabar, kan... Untuk menjadi Sabar, kita terpaksa telan kepahitan, kemarahan demi menjaga hati perasaan dan juga menjaga sebuah hubungan. Sampai tahap mana kesabaran boleh bertahan seandainya kita berterusan di ketawakan, diejek...sekali telan boleh lagi.. dah masuk 2 3 4 kali, harus bersabar lagikah?  Untuk org yg mentertawakan me tempoh hari... seronoknya ya ketawakan orang.. intai intailah diri di cermin .. andai kamu PERFECT..dimanakah kesempurnaan kamu hingga kamu melihat kejelekan orang lebih dari kejelekan sendiri?  I can accept jokes but dont make funny of other people sebab orang mempunyai hati dan perasaan. Sekuat mana hati nya... satu saat pasti tergores... once  hati ini tergores, Me masih boleh memaafkan tapi U don deserved for my RESPECT!!!!

Alhamdulillah... ija masih dalah tahap kesabaran walaupun it has reached the MAXIMUM....

Setiap malam ija  always memaafkan mereka yg sekeliling ija... walau hati menangis tiada siapa yg mendengar

Curhat di hari Rabu......

Sunday 22 January 2012

DANIA YANG NGANTUK... ZZZZZZZZ

Dia asyik main sampai lupa time tidur siang dia ... dah siap dinner, mandi.. dia lepak layan tv. Mamanya dah siap lipat kain, kakak masuk bilik sambil gelak. Ajak mama keluar bilik tgk sesuatu yg lucu... Laaaa rupanya Dania dah tertidur dengan gaya yang lucu.. Nath macamana dia bleh lepak mcm ni sampai tertidur...Perut dah kenyang.. apa lagi.. layan mata lah...

budak tk tidur siang.. belum kul 8 dah zzzzzzzzz

the sleepy beauty

adik yang ngantuk tahap gaban

Thursday 19 January 2012

ADDICTED TO HUP SENG

Really addicted to this...
It  started when I went to Dania's Babysitter's house one afternoon
she served me with Hup Seng Cream Crackers and hot tea
I ate like I never eat before
sooo sheedappp

A day after I went to carrefour and I grabbed 1 tin of Hup Seng
and it finished in 2 weeks only
surprisingly ... because from record my Jacobs always wasted until expired date
Now, my everyday breakfast is only Hup Seng Cream Crackers dip into hot tea
No more tradisional kuih muih or bread...



fulamak... Hup Seng tk mau ambik me as a duta Hup Seng ke?

Ini bukan Iklan... hanya luahan rasa yg tgh kemaruk crackers ni

Wednesday 18 January 2012

MAAFKAN DAN BERDOALAH, INSYALLAH ALLAH BERI PETUNJUK

Sejak dua menjak ni tgh hot story tentang pergolakan rumahtangga Rita Rudani dan Aidil. Ija ada follow rita ni kat tweeter, kembar Aidil, si Zaquan pun ija follow. Mula tuh terbaca perang twitter dua org ni.. tiba2 kuar paper hari Ahad katanya Aidil dah keluar rumah... hmmm dah nekad lah si Aidil tu.

Ija di sini bukan nak kepoh nak nyibukkan diri hal rumah tangga orang orang fofulor ni. Ija duk baca luahan rasa hati Rita di twitter... dan dari luahan itu Rita mengharapkan satu kebenaran akan muncul suatu hari nanti.
Dari itu ija terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang pernah menduga keimanan ija..

I have a story to share..Ija pernah mengalami situasi di mana ija tak tahu apa dan di mana silap ija sehingga ija dihukum dengan satu hukaman yang agak berat. Amat menyakitkan hati hingga timbul satu perasaan BENCI.  Sungguh tidak selesa bila dalam hidup kita ada perasaan perasaan Negatif yang menguasai diri.

Dato Dr Fadilah Kamsah selalu mengingat kan  kita, sebelum tidur.. maafkan semua org yg pernah menyakiti kita. Maafkan juga semua yang kita kenal walaupun tiada dosa antara kita dengan mereka. Thats what I did... Sebelum tidur... antara kita mahu lelap dan jaga... berdoalah ... "Sekiranya salah faham ini berpunca dari aku, Ya Allah bagi lah peluang untuk ku memohn maaf dari nya tetapi sekiranya puncanya bukan dari aku, Engkau tunjukkanlah kebenarannya. Datang lah dia pada ku memohon maaf atau menerima kemaafan. Sesungguh nya aku memaafkan dia atas kebencian dan kemarahannya pada ku.... Amin"

Dan di saat2 kemelut begini, luangkan masa untuk mendengar ceramah ugama kerana melalui kisah-kisah nabi dan ajaran ajaran islam yang disampaikan oleh ahli pandai agama ini akan memberi ketenangan dan membuka minda kita terhadap permasalahan yang kita hadapi. Bukalah TV AlHijarah dan TV9, tonton lah 30 minit bersama Ustaz Don, Tanyalah Ustaz/Ustazah, Semanis Kurma.. atau segmen2 yang lain... Insyallah Allah akan memberi jalan dan petunjuk pada permasalahan yang kita hadapi.

Alhamdulillah.. Allah telah melembutkan hati dia untuk berbaik dengan ija...Dalam apa apa permasalahan... dekati lah teman teman atau sesiapa sahaja yang boleh memberi nasihat bukan mendekati mereka yang mempengaruhi kita kearah keburukan. Faktor sekeliling juga memainkan peranan penting. Sekiranya kita didekati oleh mereka yang mahu memecahbelahkan ... akal yang waras dan pikiran yang matang amat penting supaya kelak nanti tiada penyesalan...

Menulis itu mudah... berkata juga mudah... tetapi untuk memikul beban dan menghadapinya, hanya Allah yang tahu. .. Wallaualamm

A POEM TO MY BFF - SUKRINA BT YUSOF

We were child
when i met you
u ignored me
so do i
u have your BFF
so do i


Were were teenagers
we were in 3H1, 4P1, 5P1
the happening years that we won't forget


We grown up
You have a boyfriend
so do i
Gossip all around 
Oh No! we were not in love with the same guy
But 2 Days 1 Night in Penang
have left us the sweetest memories


We were adult
living with our successful career
we share everything
yet we still had
our misunderstanding


Sorry fren.
I wasn't there
during your hard time
Your broken heart and your tears
Have made a new you
To become what you are now
I'm proud of you.


Now,
You are still here
lending your shoulder for me 
lending your ear  listening to my stories
giving your heart to comfort me


You are a fren
that has a gold hearted
that has a noble soul
but i know you are fragile inside


Thank you Allah
For the Special Gift You have sent to me
A special person created by You..
Please Allah
protect our friendship 
until death do us apart
Insyallah














KEK UNTUK BFF SUKRINA YUSOF...





Sunday 8 January 2012

PENGALAMAN PERTAMA LAYAN BOLA DI STADIUM

Aiihh... tak pernah pernah masuk stadium layan bola. Tak silap last masuk Stadium KB was sekolah rendah.. what age memang ija tak ingat. Jumaat malam kak lin call kata ada free ticket untuk game Piala Sumbangsih TRW vs Hobin Jang Hobin. Tanya Incik A'an.. dia "kalau mama tak gi papa malas lah".. Tisya dah over xcited. Memikirkan Dania yg tak tahan dgn crowd n bising.. so we decided not to go.. only Tisya yg akan follow mak longnya, my sista. So my tickets kasi to my bro, ADIK. Tetiba decision berubah pada esoknya (Sabtu) bila kak lin duk pujuk2 and katanya Dania boleh dibawa masuk. Ok Ok laaah.. lets hv fun lah...



Tikat free Ehsan dari Abang Taufik. Nil lah hasilnya bila ramai geng bola..
Hari tuh Tisya ada tuition so we tot nak gi after tisya habis tuition. Tapi disebabkan takut heavy traffic jam, so ija fetch tisya 30 minutes early.

Seronok tgk gelagat manusia yang fanatik

Sebelum masuk mahal mahal harganya... time dah habis game.. murah2 semuanya. Tisya dapat 1 jersi with RM10
Let me share the experience. Sebelum ni depa duk kata.. aura tgk kat stadium ngan kat tv lain... MEMANG! Semangat yg ada di stadium memang lain.  Baru ku sedar jerit sorang2 kat rumah memang tak syiok... Jerit kat stadium memang BEST!.. Sista and abg Taufiq dah geleng2 kepala tgk ija naik "syeh"....Tu laaa... sapa suruh ajak .. kan me dah over... Malam tuh memang tak crowd sangat sbb maybe because bukan final Piala Malaysia. Tapi tetap buat ija tak senang duduk...

Kita duduk kat TRW supporters... kami tk pakai Merah sebab nak kasi neutral... Abg Taufik dan anak nya Haziq terpaksa duduk di seat TRW walaupun depa Supporter HJH (bukan hajjah lerr... hobin janh hobin)...Ini disebabkan kami dah banyak beli merchandise TRW so kena campur ngan supporter TRW...Si Haziq diam monyoook jer tapi tetap pakai selendang HJH walaupun kiri kanan semua kaler merah. Cayalah Haziq... tak goyah sokong negeri dia. Yang best bila NS sumbat gol.. dia dgn bangga angkat kain rentang kaler kuning dia di tgh2 supporter TRW. Nasib baik ngko budak haziq oooi... kalau tak mau kena lepuk ngan abang kat belakang tuh

masa ni belum penuh lagi


orang yg bertanggungjawab dapat kan tiket free.. cikgu taufik
Game malam tu menyaksikan kekalahan TRW di tangan HJH.... pada awal minit pertama, TRW memperlihatkan satu permainan yang cantik bila berjaya membolosi tiang gol tapi lama lama game Kelatan menjadi makin lemau dah mentensionkan. Passing ball tk habis2.... kecut nak sepak trus ke tiang gol...Pekdahnya dapat lah HJH 2 biji berbalas 1..HJH tu bernasib baik sbb ada Effa yg lincah dan tinggi..



sista cikgu noorazlina n kids

supporter HJH yg tak ramai compare to supporter TRW

The Red Warriors

TRW nak cari model tak?

NS vs Kelate  OR TRW vs HJH

Die Hard Hobin Jang Hobin





picture ni adalah semata mata nk focus ke Khairul Fahmi Che Mat

banggo weh

Add caption

kami branok di selangor tp kami sokong kelate

1 Malaysia maaa

penyokong atas pagar
 Malam tu memang best... satu pengalaman yg seronok. We had fun. Bertambah tambah fun bila Dania behaved soooo goood. tk cranky... time masuk gol kelatan, dia siap jerit sampai naik atas bangku...
Ingat kan dapat face to face ngan KFCM tapi memandangkan kalau nak tunggu sure lambat so kami pun balik.

Singgah late dinner / supper (kul 12 tghmlm)  kat Mama Kandar di Kota Kemuning.. and guess who sitting next table to us... Ramlah Ram n her Manager... tak sombong, senyuuum jer kat kita org. mereka tak menampakkan couple yg bercintan seperti mana gossip2 yg tgh hangat kononnya ramlan n manager tgh hot cintan cintun... Depa nampak biasa jer.. professional gitu. Dan sempat melambaikan kat kami bila kami dah nak pulang. 

Mana gambar? memang nak snap photo tp bro in law kata tak payah laaah... dia pun nak privacy jugakk.. ye tak yer jugak kan... skit2 nak phot... malam tu dia pakai tudung kaler  biru and dia lebih kurus dr dlm tv... n sweet...

Weekend yang Happening yet tiring