Pages

Tuesday 30 April 2013

NIK SHARIFAH (TOK ITI) CLAN GATHERING @ 27.04.2013

Alhamdulillah... selesai sudah gathering anok cucu arwah Tok Iti.
Setelah melalui ranjau dan onak duri
Gathering bukan lah grand sangat...
Just a small group of gathering jerr
Tapi Rintangan nya banyak sungguh
Date tak ngam lah, tempat yang sama lah...
family ni tak join lah, so sila tunda tarikh..
kalau cakap pasal tunda tarikh... dah almost setahun tarikh dah ditunda..
so kalau tunda yang ni ... ntah bila pulakklaah nak jadi
So kali ni kami decide sapa yang available, sila hadirkan diri lah

Gathering ni kalau tak silap ija yang ke 3
Tujuan ialah untuk mengeratkan lagi hubungan kesepupuan
tambah lagi semua dah bekerluarga.. so nak erat kan lagi among mok sedro ngan anok sedaro
dan juga among second cousins..

sedikit tentang anak cucu Arwah Nik Sharifah Nik Mustapha
Arwah mama ija ada 5 beradik
Yg sulung lelaki, tengah2 3  perempuan dan bongsu lelaki
Yang sulong hingga yang ke empat semua dah meninggal
Tinggal di only one bapak sedara yang bongsu
Walau among sisters arwah mama ija ni ada yang tak ngam
tapi kami anak anak were very close..
Itu lah kan.. mak bapak tak close tp dia orang tak campurkan urusan irg2 tua dengan hal anak anak
maksud ija katakanlah mak si A ni tak close dgn mak si B
tapi mak si A or B tak pernah larang anak anak mereka nak outing sama sama ker, nak overnite rumah sapa sapa ker
Dan sebab itu lah kami cousins rapat sangat
Banyak kisah Zaman kanak kanak kita orang yang manis manis
cuti sekolah ramai ramai gi tidur rumah arwah nenek
dan banyaklah perangai nakal kami yang kami create.

So bila dah tua tua ni
semua dah berkeluarga
kami tak mau lah keadaan dan kesibukan merengganmgkan hubungan...
Itu satu sebab kenapa gathering ni selalu diadakan

Lokasi : Wetland Putraya
Cuaca: Alhamdulillah pagi yg tidak panas terik

foods

Masih bertemakan pot luck... tp tema potluck kali ini ialah Jom Sarapan Nasi Belauk
Ija, Kak lin n adik bongsu prepare gulai ikan tongkol dan kerutut daging.
Nasi ija siap bungkus , tinggal sendukkan laut
lain lain.. kak chik bawa cream puff n beehun
Shidah bawa drinks... etc etc

cikgu taufik dah naik syiok bercerita

shidah n hubby n dotter  with anak buah n abg ipar


Activiti pula, Fishing..
yang xcited anak anak sebab 1st time pegang joran.
yang impressed kakak dapat Lampan Jawa

byk2 joran, joran kakak yg mengena... 

Oh ya.. bulan April ada 5 org yang celebrate birthday
Kak Lin, Insyirah anak kak lin, Incik A'an, Rayyan, dan wawa anak kak chik

birthday cake

birthday girls n boy, Rayyan sibuk fishing

kami beransur pulang bila guruh memberi isyarat...
Alhamdulillah walau tak grand... hanya 2 families yg tak dapat datang
A lot of things yg kami update kan
SO... next gathering??? Wallahualam bila... Insyallah kalau ada commitment dari sepupu sepupu kami...

Langgarians.

Kaum Bapa Control Perut

Thursday 25 April 2013

NEW WORK STATION

Alhamdulillah,
Dah selamat bermaustautin di ofis baru
Selesa?
Sungguh Selesa
baru rasa bekerja di alaf baru
kalau dulu mud ofis macam mud 80 an
gomen ofis lagi cantik kut.

Namun begitu, di sudut hati rasa macam sayu jer
sbb dah 15 tahun ija kat bangunan lama
same floor dengan Gina, kak jehan...
tp bila kat tempat baru kami terpisah...
Account dah ke floor 1, HRA di G Floor
Dalam bilik kaca lagiii

Department lain yang sama floor dgn HR is Sales
staff sales lagi ramai so dia orang lah yang menghappeningkan floor

tapi yang paling best....
worksation dekat dengan entrance / exit.. cepat skit ija nak balik
pastu parking depan entrance.. yee haa
yang tak bestt nak gi pantry kena lalu ED's room ..
haiyaaa ED sure bilang berapa kali keluar masuk pantry daaa.........

ofis lama.. - packing

meja yg berjasa selama 15 tahun - berpisah juaaa

Masih kemas dan rapi.. cuba time tgh busy.. hahahah  



Wednesday 24 April 2013

HAPPY BIRTHDAY DARLING


Hari ini 24hb April 2013
U are now 47...

Semoga .......
Panjang Umur
Murah rezeki
Insyallah Kalau Ada Rezeki cepat naik pangkat
Diberikan Kesihatan yang terbaik

Kami sayang papa

From :
Mama, Kakak & Dania

p/s : weekend kita celebrate yer...

Wednesday 17 April 2013

ONE DAY YOU WILL BE MINE!


Highly recommended
memang best
puas...
dah lama tak baca novel sepuas ini
last baca novel yg beri kepuasan membaca ialah 7 Hari Mencintaiku by Siti Rosmizah

Nak bagi sinopsisi ke?

ini tentang bila seseorang tidak membuka hati nya utk org lain
setelah hati dikecewakan, dilukai
tetapi dalam tak disedari ada ruang kecil yang sedang berkembang
untuk menerima dan memberi
namun ego dan keras hati melambatkan perkembangan ruang itu
setelah puas berperang antara ego dan emosi
akhirnya hati jadi kalah
bila ruang itu berjaya menguasai si hati...
Dan Hati Membuat Pengakuan Ikhlas
Bersaksikan Ego dan Emosi

Ehsan dan Fitri masing2 punya kisah silam yg pahit
kehadiran watak watak dalam hidup Ehsan dan Fitri
telah menyatukan Ehsan dan Fitri
setelah masing2 bekerja keras untuk menidakkan cinta yg semakin berkembang

Dalam ni tak der watak yang berpangkat Datuk, Tengku, Tan Sri
(eh ada lah... ayahnya Hezrey, alaaah nama tu sekali jer keluar, tk mencacatkan cerita...)
yang tipikal dalam menyedapkan jalan cerita
Tanpa status tersebut, jalan cerita tetap sedap...

Malam kemarin ija terjaga pukul 12.30 mlm
trus capai buku ni .. sedar tk sedar ija tidur balik kul 4 am
kalaulah esoknya tk keje sahih ija habiskan mlm tuh jugak

Ibu Rawiwa.... cepat cari buku ni
Hari tuh Ija beli kat MPH, Subang Parade.



Wednesday 10 April 2013

MCM TERCABUT JANTUNG RASANYA

Pagi tadi  yang sungguh mendebarkan
rasa mcm nak tercabut jantung
bila baru jer sampai ofis,
beg baru jer letak kat atas kerusi
tiba2 telepon berbunyi dan tertera no telephon Ayah Ngah
for sure panggilan dr kampung.. hati terus berdebar
Saat panggilan dijawab,
Ija ditanya "Ja, papa keno stroke ko?"
Dup, rasa macam direntap jantung ini..
"tadi oghey masjid pakak duk tanyo ayoh ngoh... betul ko?"
"Takdi lalu depey ghumoh keto papa takdok, tepon shahrir dio tok jawab"
Ahh panik ... panik...
tapi kalau ada apa apa perkhabaran kenapa tak der orang call?
Relax dulu ija...
" tak po ayoh ngoh, nnt ja call papa or chik..."

"Hello, Assalamualaikum chik (ibu tiri ija)"
" Walaikumussalam... bakpo ja?"
"Chik, papa sihat ko?"
" Papa sihat, Alhamdulillah. Bakpo?"
Legaaaaaaa.... perasaan sungguh lega.
Then ija call pasal panggilan dr ayah ngoh tadi...
Rupanya yang meninggal last monday ialah abang sulong chik ...
tp chik tk sempat nak call bagitau ija

Baru last week ija ada termimpi yang papa ija sakit
esoknya ija trus call chik, Alhamdulillah papa sihat

Ini mungkin suruh ija balik jenguk papa di kampung
last ija balik was November last year
perancangannya nak balik raya puasa...
hmmm... insyallah .. kena set cuti denagn Incik A'an

Tuesday 9 April 2013

READING IN PROGRESS

Lately dah slow skit activity membaca
Mana tak nya asyik ber media sosial jer
tambah tambah lagi sekrg dah mcm mcm... Keek la, WeChat la

Walau pun dah slow tp minat membaca tk pernah pudar
tak lengkap rasanya kalau tak der buku kat meja kecik tepi katil.
Walau dapat baca 2 Bab jer seminggu pun dah rasa puas

3 weeks ago Incik A'an dengan baik hati belanja kita org buku
So kami berjalan jalan lah MPH Subang
Dania dapat 2 buku, ija dapat 2 and kakak dapat 1, Incik A'an tk jumpa yg berkenan di hati
kakak dapat 1 buku tp rege dia hampir sama dgn 2 buku mama
yelah, kakak novel english, mama novel melayu...

Sekarang susah nak dapat novel yg kena dgn jiwa.
Tak mcm dulu2... tak byk novel kat pasaran tp quality tu ada
Beza dengan sekarang, lambakan novel di pasaran tp susah nak dapatkan yg berkualiti
disebabkan lambakan so plot cerita semua nya hampir sama
Membuatkan rasa boring jer nak habiskan.
kalau dulu sanggup bersengkang mata nak tahu kesudahannya..
tapi sekarang satu buku berminggu minggu nak habiskan

Yang dinantikan ialah karya dari novelist2 lama 
seperti Aisya Sofea, Fauziah Ashaari dan yg seangkatannya
Cerita, watak dan semuanya perfect bila baca karya mereka

Buku Dania... yg best ada bau ikut warna... bau Strawberry n grapes

Kakak punya...mama dah lazy nk baca English novel

Ini Mama punyaaa.. 2 yg dipinjam dan dua  my own. Dia Hero Hati ku... tk best. boring. 




Monday 8 April 2013

ONLY ON WEEKENDS

Somebody says ija masak / makan besar everytime ija post my cooking kat instagram
antara yg ija post kat IG ialah...




mana ada makan besar....simple jer tu  kan.

these happens on weekend sahaja.. itu pun time duduk rumah tk ke mana mana
and on weekends normally ija masak xtra so that boleh bawa ke dinner...
kalau outing, memang tak masak pun..
makan kenyang2 kat luar.. tp kalau required to cook for dinner, tht will be very simple one.

Alaaaah, sesekali masak mcm2 for family apa salah nye kan,
Jangan kena tunggu ada tetamu baru nak masak mcm mcm,
Lagipun puas hati org yg memamsak bila yg makan enjoy your home cook.


Thursday 4 April 2013

MISTERI DI BANGUNAN SEBELAH -

Jangkaan tarikh berpindah ke bangunan baru ni  ialah pada 1 April 2013
dek kerana masalah teknikal, proses perpindahan tertunda
Penundaan ini memberi peluang untuk staff buat upacara " masuk rumah baru"
di mulakan dengan upara Feng Shui...lepas tu upacara pecah kelapa dan tabur beras
Eh kami pun nak buat jugak... so Rabu malam hari tu diadakan majlis bacaan yassin dan doa selamat
Malangnya ija tak dapat join sbb Dania tak sihat, so i have to go back early

Majlis ni bukan under company, inisiatif muslim staff untuk buat majlis ini
Alhamdulillah dapat support dari staff .. esp from the management yg beragama islam
Tapi apa yang diluar jangkaan, Japanese bosses pun support, dan juga chinese staff yg berfikiran terbuka ...
Support mereka dari segi sumbangan walaupun kami tak minta...
kami hanya minta sumbangan RM5 dari muslim staff utk jamuan ringkas
tapi Alhamdulillah ada yg beri sumbangan lebih dari itu ... walaupun ada yg tak dapat hadir
Pendek kata  sebanyak RM600 lebih berjaya dikumpulkan hasil dr sumbangan ikhlas..
boleh lah buat bayar ustaz, dan utk jamuan ringkas seperti beriyani dan kuih muih.

Majlis diadakan di tingkat 2 bangunan baru
majlis dimulakan dengan solat maghrib, bacaan yassin dan "pembersihan" dan "pasang pagar.."
Semuanya berjalan dengan lancar
Esoknya ija dengar mcm mcm citer .. 
Ada yg citer meremang bulu roma lah
Ada yg nampak itu ini lah
Asalnya Bangunan tu dah lama kosong after tenant pindah ke tempat baru
Biasalah bila bangunan kosong kan
kalau kita tinggalkan rumah bergelap berhari hari pun sure ada yg numpang
Ekceli terdapat beberapa gangguan yg staff alami
tapi gangguan tuh bukan sampai hardcore
kacau kacau manjer gitu
sapa yg balik malam, adalah yang terdengar mcm mcm..
pernah pak Guard call boss tanya ada staff keje sampai kull 11 mlm ker sbb nampak kelibat orang/...
mengikut kata yg pernah nampak, "dia" berambut panjang.. so kami namakan "si dia" si rambut panjang

hai seriau gak nak duduk sana./.. tp insyallah tak der apa apa kut after dah di "pagar "

Oh ya, mereka  ada citer, masa di azankan setiap level/ floor, ikan awana yg di letakkan di entrance  menggelepur lain mcm
tk duduk diam..
Wallahualam.




Wednesday 3 April 2013

IKUTLAH GERAK HATI

Selalunya ija akan ikut kata atau gerak hati
tapi kali ni ntah kenapa ija melawan gerak hati

Perancangan awal kami nak berholiday ke Melaka pada hari Jumaat (29/3/13)
Tapi dek kerana full house, kami agreed to go on Saturday
"Alamak, dah nak buka sekolah
karang budak2 nak sekolah ada pulak yg demam demam"
Itu kata hati ija
Petanda dah ada....di mana ija tk teruja pun nak ke Melaka kali ini
Kebiasaannya malam tu ija dah siap2 packing baju
tp this time malaaas sgt nak pack
sampai anak anak tanya jadi ke nak gi Melaka
Dalam bermalas malasan, malam sebelum bertolak ke Melaka tu, botol sos keropok lekor terjatuh dan pecah
separuh sos terbuang
dah ler penat, satu keje nak kena mop lantai dapur
hati pun berkata " selalunya kalau botol pecah mesti ada sesuatu yg tak baik akan berlaku"
Arrggh.. pedulikan kata hati, 
anak anak dah xcited nak mandi kolam nak tidur hotel

Dan ini apa yang telah berlaku.....

Sebelum ke Melaka,  kami bersarapan di Mid Vallley layan Teppanyaki
dah kenyang trus ke Melaka...
Dalam Panas terik, jam yang amat teruk ...sehingga ke tol seremban
just imagine... very very slow moving, kekadang berhenti tk bergerak
aircond keter plak mula meragam...
time berhenti tak rasa sejuk, yg rasa angin panas
imagine dalam cuaca panas giler

Sampai hotel dah 3.15, bilik belum siap..
pukul 4 baru boleh masuk bilik
rehat kejapm, anak trus layan pool
malam keluar dinner, Dania nampak restoran Upin Ipin, 
Malas nak bertekak, kami pun masuk dining di situ
30 minit menunggu, odar tak jugak sampai
berkali kali tanya waitress jawapannya "orang ramai..."
ORANG RAMAI???? tapi apahal plak org yg datang kemudian dah kenyang 
kami yg sampai dulu ni, air pun tk nampak bayang
Incik A'an dah naik hangin dah
Ija pun panggil Manager on duty
baru lah sampai order kami
disebab hal ini ija dgn Incik A'an plak "panasss"
Dah makan trus balik hotel,
nak jln2 pasar malam pun dah hilang mood

Tgh malamnya, tiba tiba Dania demam
fever sampai 39 C.. alamak, nasib baik bawa ubat
Ija di bantu Tisya gilir gilir sponging badan Dania to low down the tempreture
Alhamdulillah pagi tuh dia ok
Bila dh ok, masing2 menggeletis nak masuk pool lagi
pastu check out, on the way back, tempreture dania tinggi balik,
Nasib baik Tisya keep sponging dengan towel basah
and dalam panas yang teramat terik dan bahang yang lain macam
di tambah plak air cond yang problem dan traffic jam yang Maha Teruk
membuat kan ija teramat amat menyesal meneruskan niat ke Melaka last weekend

So next time, kalau rasa macam tk sedap hati, jgn diteruskan...
kadang kadang rasa dan gerak hati itu adalah signal