Pages

Thursday 29 September 2011

Dania At The Cooking Class

Sekarang Dania dh obses  ngan game ni... blajar masak sampai sanggup bersengkang mata hahahaha...
but its a good game actually... menggerakkan minda kanak2 untuk menerima arahan...
yg tak good is dia suruh mamanya kat sebelah...


Dania tgh baking cake...

Finally I had Egg Salted Crab







Tempat ni hari hari ija lalu. Setiap kali lalu mata pandang ketam merah tuh jer... leleh air liur...
2 hari lepas ija layan tekak si Tisya yg dh lama nak makan Pizza Hut.  Pizza Hut sebelah restoran ni jer... Kita park our car depan kedai ni... sekali ija terpandang   HALAL logo... Ha???????????????  HALAL? eh ok nih... mata jeling2 sekeliling... eh ramai gak melayu makan...so ija kata kat Incik A'an... "Esok kita makan kat sini"... heheheh kenapa esok? esook dah gajiiiii

see the HALAL logo

So malam tadi ija n family had dinner kat Spicy Crab. mula tuh kami order yg biasa2 jer... tp bila tgk waiter dtg hantar sepinggan KETAM ke meja sebelah.. ija jadi leleh air liur....

Ija:  sedapnyaaa ketam tuh

Incik A'an : order lah

Ija: Alergi laaa ... ketam bunga ok tp ketam nipah nnt gatal2 lagi

Incik A'an : cuba dulu, kalau gatal gi klinik ambik ubat

Manyaaak cantik, yg gatal2 kulit den... hmmm tp dek kerana tergoda giler tgk kaler merah si ketam tuh (rasanya dia order spicy crab).. ija terus order... tp order Egg salted crab ...tp kena ambik risiko kalau jadi balik gatal2 ni.. tk per kita baca Bismillahirrahmanirrahim,,,,

Arrgghh.. puas rasanya dapat makan ketam...sebenarnya ija teringiin nak makan egg salted crab bila nampak opismate letak gambar ketam masak egg salted kat FB dia... sib baik ada yg halal untuk ija makan...

hmmmm... leleh tak?


jom layan side dish... yum yum

baked pari - sedap

kangkung  belacan - not bad

kari ayam -  incik A'an's choice

sutun tepung - shedaap
 sesiapa nk ke sini.. this is the addresss

Spicy Crab Sdn. Bhd.
19, Jalan Anggerik Vanilla X 31/X,Kota KemuningTel: 03-5131 2989











Monday 26 September 2011

IJAHANS - Based on Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian Dr Fadzilah Kamsah




Ini ija copy paste dr teman ija Lily

What  has Dato' Dr Fadzilaj Kamsah said untuk mereka yang lahirkan bulan Jun, terdapat beberapa ciri yg ada pada ija....


JUN (Ijahans - 2/6/73)

Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya. 


oohh.. tidak untuk memuji diri sendiri tapi yg di boldkan merah itu adalah apa yg ija lihat ada di dalam diri ija...yg baik dan tidak baik tentang ijahans.

So kawan2 yg pernah mengenali diri ija.. u know me kaaan.... 

Beraya di Sg Gadut, Seremban

Last 2 weeks ija berkumpul di rumah eldest sister ... berlunch dan early dinner skali kat sana... adik Faris n family pun join... Kak Lin tk balik kg hari tuh so anaknya Ikhwan tuntut Kuzi daging...so ija layanlah tekak budak yg baru merdeka dr UPSR.. so ija cooked Kuzi Daging ... alaah.. dtg masak jer, bahan2 kak lin dah siap kan... tp ija tak puas hati lah ngan Kuzi ni.. apa kena ntah termasin plak.. sowi yer ikhwan.. this time mak ja buat kureng sodap lah...

siap bawa kolam gi rumah mak long

dinner

pok usu, mok usu n bb rayyan

birthday boy n birthday girl... kek in advace

walauuupuun kek raya... di bawa oleh pok usu

Sunday 25 September 2011

Baked Macaroni

Incik A'an :  Mama, dept papa nak buat Hari Raya Potluck.... dia org request Macaroni Bakar mcm Tahun Lepas...

Ija: hmmmmmm....

Incik A'an : Lokman mtk buat utk dia skali.. nak tunjuk kat wife dia.. anak2 dia suka

Ija : Haaaaaaaaaaaa????

Dalam Kepala ija.. 2 bekas untuk Potluck, 1 bekas utk sendiri makan, 1 bekas utk Lokman, 1 bekas nak bawa ofis... huk alohhh byklah plok

So  dengan gigih, pada dingin dinihari bertemankan Incik A'an yg tidur berdengkur depan tv pada 21hb September, ija gigih baked macaroni ni pakai 2 oven ... Malam td [ukul 12 tgh malam, siap tumis2 dulu dan gaul2 bahan2, then put a side.

bahan2 yg siap di mixed together pada tgh malam 20/9/2011

yuumm.. see the cheese... the first bekas yg masak

bekas kaca for the Potluk, loyang biasa tu utk bfas kami anak beranak... lg 2 dalam oven
 
Macaroni Bakar ni adalah feveret kami adik beradik masa kecil2 dulu.. Resepi asal from arwah mama a it complicated sbb pakai daging yg disiat siat. so ija shortcut kan cara pembuatan dan bahan2... resepi asal tk der mushroom tk der mix vege... tp ija tambah... resepi asal pakai lebih byk telur tp ija guna cheese kat lapisan atas sekali atau org panggil garnishing so tht ija tak pakai byk sgt telur. lagi pun telur kat atas tuh lebih utk melekat kan bahan2 hiasan kan, so pakai cheese pun boleh utk berperanan sbg pelekat.

Anyway.. ija letakkan resepi ni kat bawah:

 Bahan-bahan :
1 pek macaroni
Minced chicken / beef  (more chicken/beef lg sedap)
Mixed vegertable
Button mushroom (sliced)
10 biji telur
Tomato sos

Bahan tumis :
5 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1 labu bawang besar (dimayang halus)
Lada putih
Chicken kiub

Untuk hiasan
Bawang goring
Daun saderi
Cili besar
Tomato buah
Monzarella cheese


Cara- Cara:
 Part 1:
Macaroni di rebus hingga lembut, toskan

Part 2 :
Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
 Masukkan minced chicken/beef, lada putih dan kiub ayam.
Masukkan mixed vege dan button mushroom. Masukkan perasa (garam dan kalau suka sedikit ajino)
Dah masak daging, tutup api.
Then masukkan macaroni, gaul hingga bahan2 sebati spt gambar di bawah



Part 3:
Pecahkan 8 – 10 biji telur. Pukul seketika
Masukkan bahan yg telah dimasakkan tadi.
Masukkan  tomato sos  dan sedikit bawang goreng
Gaul biar sebati. Rasa masin, masamnya. (but not too masam)

Bekas di sapu marjerin / butter.
Masukkan bahan gaul (part 2) separuh bekas
Tabor daun saderi dan bawang goreng
Masukkan lagi bahan gaul hingga penuh bekas
Tabur lagi bawang goreng dan daun saderi
Hias dgn hirisan buah tomato dan hirisan cili merah
Tabor monzarella cheese
Bakar  BOTTOM  utk 30 minit
Tukar pada BOTH untuk 15 minit.

selamat mencubaaa

Thursday 22 September 2011

Wajah Tanpa Senyum But Tells 1000s of Stories

want to see Abg Gedek SMILE besar2 bleh tak?


   Blog Begins At Forty owned by Bro Gedek tells 1000s strory di sebalik gambar dan wajah nya yg tak pernah senyum. Hari2 tunggu apa agaknya kat belakang wajah tanpa senyuman itu...rasanya post bro gedek tak pernah cecah 1500 patah perkataan ... soalan karangan exam SPM pun kena jawab lebih dr 1500 patah perkatan... but the gambar tanpa senyuman itu tells us more that 1000s story...Kadang2 the photo juga tells us a joke .. kadang2 bleh gelak sakan mengalahkan lawak Sule dalam Opera Von Java

Blog Bro Gedek ialah Blog Wajib Ija setiap hari.  Titik!

Ada satu request lah BRO ... satu hari bleh tak  Bro post dengan senyum yg lebaaaaarrr punya....

Monday 19 September 2011

Skandal Di Office - Perlu Ker?

Sana Sini Skandal
Best ker skandal?
bujang ngan bini org...
anak dara ngan laki org
bini org ngan laki org
allllaaaaa.. letih aaaaa
skandal jer lah teruna dara
naper perlu kacau org punyer?

14 tahun ija keje kat sini
berapa byk skandal daaa ija tonton
yg byk laki org ngan bini org
yg best masing2 menafikan
tp kebenaran tetap terbukti
kalau lepas keje asyik berdating
apa kess?
byk mata memandang
depa buat selamba
bila org gossip, mati matian kata sipenggosip suka buat citer
benda jahat ni tak lama puun kalau nak selamat disimpan..
bila dah busuk, yg jahat semua tebongkar

Opismate ija yg sorang ni
ada anak bini... bini cantikk bukan tk cantik
tp sbb skandal tuh sedap, so lepas sorang, sorang dia berskandal..
yg heran tuh skandal dgn opis mate jugak
bini org jugaaak
heran dan letih menengoknya..

bila dah dapat dihidu oleh pasangan masing2
mula lah pasangan nak buat kecoh kat opis
kononnya datang nak serang
teringat plak satu kes GM skandal ngan Secretary
Dgn gentleman nya si suami ngan si GM bersemuka
kat opis plak tuh
pastu GM and sexytary ni renggang skit

Skandal yg masih berjalan lancar kat opis buat masa sekarang ialah:
1) Admin Asst vs Clerk (laki org vs bini org) / (Melayu vs Melayu)
2) Manager vs Sr Exec ( Laki orang vs Bujang tp org kata janda) / (Chinese vs Chinese)
3) Executive vs Sales Assistant ( Anak Teruna vs Bini Org) / (Melayu vs Bini Org)

satu persoalan :
apa tujuan sebenarnya skandal ni semua? Sungguh ija ga ngerti! Saja untuk mengambil kesempatan untuk kepentingan masing2? si lelaki  perlukan skandal untuk "menyedapkan" dan pompuan untuk RM???? Yelah kan ... si lelaki dah penat melabur tk kan tk der imbuhan dan balasannya? yg pompuan dah penat layan si lelaki tk kan tk der hulur2? lepas makan tghari, beli itu ini cukup lah... lebih2 kang suami kat rumah suspect plak. So desprate ker? Ibu Hadoiiiii ga ngerti!!!

Wahai suami2 dan isteri2 sekalian... balasan Allah ada untuk mereka yg berselingkuh...
Kalau tak kena balasan pada diri sendiri, one day terkena balasan tuh pada anak2.. Nauzubillah.

Monday 12 September 2011

Thank you Followers

Hampir 6 bulan ija di dalam dunia blogger... tu blum campur jadi silent reader or anonymous .. kalau campur tuh dah berzaman agak nya

Niat sebenar ialah nak memfollow teman2 rapat yg dh jd bloggers dan nak menconteng2 luahan rasa dan merapu meraban sorang2..
Tapi ada yg sudi untuk berada di ruangan FOLLOWERS...
Dan sebagai menghargai mereka, pasti ija akan follow back all my followers.
Thank you to all my Followers...
Big Applause!!!!

Ija enjoy reading post2 korang...
Banyak infos  ija dapat
banyak kisah2 sedih dan gembira yg kita share dipersada ini
juga kisah2 kesakitan..
apa lagi kisah2 lucu...
ija kutip pengalaman itu sebagai ingatan ija
Juga ija kutip tips2 dan resepi
ija baca kisah2 kehidupan yg korang share
kisah kehidupan dan kepayahan yg   Kak Jee  share menjadi insan bergelar artis
kebuntuan nak memasak ija belek Kak ita, Abang Mat Gebu dan rakan2
kalau nak ceriakan pagi, ija buka Abg gedek, Kak Nowa
pendek kata rakan rakan followers
semuanya best best...

Oh ya ija nak share pasai Abg Gedek
blog dia unik
bak kata orang sakai... Let the photo speaks a thousand story... chewaah... terror org sakai buat quotes ek
(marah org sakai)
very the kreatif, as creative as his long hair ..hahahah
jgn mare bang gedek.. i know u e a cool guy...

Thank u guys (followers) for sharing and caring
happy to hv u olls on board...

Sunday 11 September 2011

Fakta Atau Auta?

mata kiri bergerak = Tandanya air mata akan jatuh?
bukan jatuh dek kerana hiris bawang merah
tp kerana nak nangis
Fakta atau Auta ni?

Dah 2 minggu mata kiri ija bergedik2 gedik bergerak
risau di hati dah 2 minggu... duk pikir kenapa bergerak2
pastu sentiasa juga pujuk hati ... Alaaa, angin dalam badan byk sgt

Ya Allah... jauhkan lah hamba mu ini dr kesedihan
dari malapetaka, kecelakaan
janganlan air mata ini tumpah kerana kesedihan
jatuhlah ia kerana kegembiraan dan kesyukuran...

Wednesday 7 September 2011

Mak Jah



Tisya ngan Mak Jah? Beraya ngan artis?

IIyaaaa.. ni artis.. ala yg berlakon jadi Mak Jah tuuu
Pesal Tisya bergambar ngan dia?

Sebenarnya dia adalah mak sedara Incik A'an, adik arwah abah Incik A'an.. kira pangkat nenek sedara tisya lah...
Setiap kali raya mesti dia datang rumah mak mertua ija..kami panggil Enduk Munah. Hari tuh ingat nak mtk kontek number Aaron Aziz ,... hehheeh segan lak

Berdoa dan Berzikir lah.. Insyallah akan dipermudahkan segalanya

Dah 11/2 hari ija tak pakai jam... Raya ke-1 pakai, raya ke 2  pakai lagi... petang raya ke 2 tu dah lupa letak mana.. so jalan2  beraya petang tu tanpa jam. Ija bleh rileks lagi... Esoknya pagi2 nak bertolak balik ke Klang, jam masih tak jumpa. ija mula panik. macamana nnt hidup ija tanpa jam itu? sure sedih giler kalau tak jumpa... Saat semua dh di luar untuk siap sedia berangkat ija masih melilau dalam rumah mencari. Dalam kekusutan dan kekalutan itu, ija teringat citer kat yati di blognya yg dia kehilangan memory card dan akhirnya dijumpai setelah membaca sepotong ayat berbunyi

 Allahumma yassir wa laa tu'assir (Ya Allah, permudahkan, jangan susahkan).


baca kisahnya di sini kak Yati .

So ija baca dan baca dan  baca.... Alhamdulillah... Allah permudahkan ...akhirnya ija jumpa semula jam kesayangan. Ija pelik juga kan sbb jam tu terletak elok jer atas makeup table dalam bilik dan dah beberapa kali ija cari di situ tp tak jumpa, terselit skit jer dr kotak tisu.

Jam tu betul2 berharga sbb dh 12 tahun ija pakai bersamaan dengan 12 tahun perkahwinan ija. jam tu merupakan hantaran perkahwinan ija dan sepasang dgn Incik A'an. Dulu Incik A'an pernah hilang lama jugak ler baru jumpa balik. Cicin kawin pun ija tak pakai hari hari macam ija pakai jam ni...

So buat teman teman .. amalkan ayat yg pendek dan mudah ini  dalam apa jua kekalutan dan kesukaran juga kehilangan. Selalu juga ija baca bila ija nak lalu satu jalan yg terkenal dgn kesesakan lalulintas, ija baca untuk Allah permudahkan laluan ija bila memalui jalan itu agar tidak ada kesesakan yg terlampau esp bila ija dah dlm kelewatan... Insyallah... bila kita ingat Allah... semuanya agak jadi mudah dan dipermudahkan.

Monday 5 September 2011

Update on Beading Project

Eksperimen memanik telah memberi hasil yang sebegini:




heheheheh... ntah apa apa nyer design

Cousins Gathering

Tahun ni dapat gahtering ngan cousins yang bukan selalu boleh jumpa walaupun masing2 tingall KL - Shah Alam..Namun Kuzie Wan Chik telah mengumpulkan sepupus yg lama tk jumpa kuzie...
Best... cuma Kak Lin tk der, dia sibuk main mercun kat Rembau, juga Burj yg tak balik raya KB thn ni.

Jom layan aksi sepupus makan kuzie

dr kiri: hani, buchik, kakok, kak chik , zahidi, abe aziz

owwh sedak sangat ko kak chik wei

jelingan manja kakok dgn mulut penuh kuzie... ahaks

bapak bapak yg tekun menikmati kuzie

ketupat samabal daging paling enak, kari daging , kuzie, roti jala n roti manis,  nasi dagang dgn bekas klasik aiskrim tuuu
Bilooo lah nk bergathering lagi ek?

Kisah Kisah di Jalan Langgar, Kota Bharu Kelantan Edisi Hari Raya: Tradisi Hari Raya Aidilfitri Yang Sungguh Nostalgia

Waktu ija kecil2 dulu, Hari Raya lah yang paling di tunggu tunggu
bukan kerana baju baru (ehh salah satu sebab jugak lah)
hidangan raya pun ija tak heran
tapi yang paling ditunggu
ialah bunyi siren motor chips  allaaaa motor polis trafik tu lah
lepas sembahyang raya, ternanti2 ketibaan Sultan Kelantan ke Makam di raja
kan rumah ija hanya beberapa meter jer dr makam di raja
Maka jalan kecil depan rumah tu lah laluan utama sultan dan pengiring2 nya
Dolu2 YM Sultan Tengku Ismail Tengku Yahya
bila sultan tiba, beduyun2 ija dan jiran ke depan makam..
bukan nak ziarah makam
tapii...
1) nak jumpa sultan, nak jumpa tg mahkota (Tg Faris)
2) nak hulur tangan minta duit...(bukan hulur tangan nak salam)  2) Nak tgk kut 2 ada Shah Rezza...hahahha lawak tul dolu2 time shah rezza femes
hulur punya hulur dapat ler 50 sen
eh dulu2 50 banyaak ooo
dh dapat 50 sen , masuk balik que
dapat lagi 20 sen
pastu que lagi, 20 sen lagi
last2 dapat ler sehinggit
ooowh nostalgia sungguh
seronok bila dipikirkan
sekarang tradisi ini ... ija teruskan pada anak anak dan anak buah
Raya Thn lepas, anak anak ija dan anak2 buah berduyun2 ke perkarangan Makam
mintak duit raya
kali ni semua dapat RM1
dengan selambanya anak buah sound "uncle, one ringgit only?"
hahahah.. bertuah nyer anak.. direct2 sound yer
Itu citer thn lepas...
thn ni anak2 kakak tak balik... so anak2 ija berduyun2 dgn anak jiran..
sekali dia org balik komplen
"kata sultan, kasi RM2 jer"
mak aiiih...bertuah nyer anak...
mama dulu dapat 50 sen jer tau
Kemudian ija ajak cik suami dan anak2 ke perkarangan Makam, Ija nak  tgk YM Sultan Muhammad atau Tg Faris dr dekat
Lalu jer depan driver sultan di hulurnya lagi RM2...
haaa kan, dapat lagi ...
Thn ni Sultan segak berbaju Melayu kaler perple siap bersampin
Thn lepas sempoi jer berjubah berkopiah
hmmm rasa bertuah jadi anak kelantan yg punya sultan yg very humble...
yuk layan gambar

Perkarangan Makam Di Raja Langgar


adam, anak jiran 

menunggu Sultan keluar


Kereta sultan dan pengiring

abang traffik yg bertugas di hari raya


suasana di perkarangan

sultan mula berjalan keluar

Sultan in purple

alaa.. dh masuk keter daah

kenderaan rasmi sultan

sajer jer ambik abang pacak tuh

dah selesaiii

bersuraaai




camerawoman Tisya so paham paham lah capture yg huru hara....

HAPPY BIRTHDAY DANIA DAN IFTAR @ FOOD VILLAGE, KB

Plan untuk Celebrate Birthday Dania dah lama Ija rancang sebab kebetulan birthday Dania jatuh dalam bulan puasa dan kebetulan juga time tu kita ada di KB. So far papa tk pernah sambut birthday cucu dia, so ija berpakat ngan adik bongsu utnuk IFTAR dan celebrate kat luar. Nak bawa sekeluarga menikmati steamboat. Yang best tu adik, faris kata dia bleh top up... legaaaaa... hehehe. Alah bukan selalu kan bawa org tua makan makan....

This is the birthday girl... Anak mama dah 4 tahun.. yeayy yeay...

mama rasa nak gigit gigit pipi tembam adik
Buffet steamboat di Food Village, Pengkalan Chepa @RM17.90 per pax. Ok laaa kan, ada nasi kerabu ada somtam ada macam macam. Pukul 6 bertolak, hampir kul 7 sampai. dah tak der parking, terpaksalah parking jauh. Yuk layan gambar jap


grill

ini Incik A'an punyer 

Rayyan mamai ... cranky

seafood bebeh


pok usu sesibuk ija menggrill


dah azan, grill belum masak

ayahanda dan wan chik posing tuuu

berselera nampak atuuk

sabar Incik A'an

kakak kesedapan lah tuh


tangan kakak gebunyaaa


acara tiup lilin bermula.. aik 2 kek?  kakak nk cheese cake, dania nak coklat..

kek dania

kek kakak tumpang nama dania


siap untuk blow

happy birthday sayangg

baca Al Fatihah dulu.. dania yg lead the bacaan ngan pelat dia

Aminnn.. semoga panjang umur ya nak

potong kek

Alhamdulillah, sempurna sudah IFTAR dan sambutan Harijadi Dania...hopefully bulan 3 thn depan bleh sambut birthday kakak ngan atuk plak.. nnt kita tukar venue ..
Terima Kasih pada Pok Ucu kerana sudi meng top up kos malam itu hehehe (janji tetap janji kaan)
Seronok rasa hati bila dapat menggembira kan orang tua..
To kak Lin, nanti bila2 dapat bekumpul, kita gi sini deh... so sad u kenot join the day. tak po.. next time

To Dania... Selamat Ulang Tahun ke 4 sayang. Tahun depan Dania dah sekolah... yeay yeay. Dania jadi anak yg baik k... jadi anak yg pandai dan yg paling penting jaga akhlaknya... Hadiah Dania? kan mama dah kasi mainan in advance dahh... lupa? heheheh...