Pages

Monday 23 May 2011

Dedikasi Aimluvs Buat Best Actor In My Heart (BAIM)

Hari ini dapat email dari Liza Aimluvs a.k.a LizaIskandar... "salam, blog dah siap. sila mampir n follow ya... baimwonglover.blogspot.com"

tk sampai 2 minit dapat sms trus follow...

Al Kisaaahhhh......
Waktu tu Benci Bilang Cinta tgh hot main kat Astro Ria.. alamak, mamak indon nie handsomelah pulaak. Surf punya surf.. ooo namanya Muhamad Baim Wong... cari tahu lagi dari facebook...jumpalaah fanpage untuk Benci Bilang Cinta. Di sini jumpa kengkawan baru seperti danisaurell, suzana ahmad, azizah mustafa dan Intan. Masing2 tak tahan nak nunggu hari hari bersama Benci Bilang Cinta..kena plak masing2 share dialog dialog keramat... langsung meroyaaan.Rentetan dr itu wujudlah Baimwong Fans Malaysia... ramai2 Like the page.. tp lama lama page ni nampaknya macam syiok sendiri. Dr ketidakpuasan hati kami.. Liza, Zie, MinZa dan Jue_Hussein bertemu di alam maya... berkongsi rasa yang sama, kami menubuhkan Baim Wong Fanpage (officials).. segala urusan di alam maya sahaja...Masih ingat lagi kenangan mula2 nak tubuhkan page ni.. Macam2 tomahan kami terima dari mereka yang tak puas hati dengan penubuhan page ini... kami gamble jer... kalau orang nampak keikhlasan kami atas dasar minat yang terlampau pada Baim Wong, maka ramai yg akan menyokong kami. Sebelum ditubuhkan, dengan kerjasama rakan di Jakarta , Acie Keyboards, kami sampaikan utusan berbentuk proposal kepada Baim menyatakan hasrat kita. Alhamdulillah atas restunya Baimwong, tertubuhlah Baimwong fanpage (ofiicial) . Kami berlima dengan rasminya menjadi Admin di Malaysia dan juga kami melantik Admin di Jakarta untuk segala urusan berkaitan BWFPO di jakarta. Semakin hari semakin ramai pengikut kami sehinggalah kini sudah mencecah 6,338 fans. Alhamdulillah.. tk sia sia usaha kami dulu yang nekan nak tubuhkan fanpage ini. 

Ist mini gathering kita buat after Raya Aidilfitri 2010 sekembalinya Liza dari Jakarta. Alhamdulillah, ramai juga yang berani datang menjayakan gathering ini. Kenapa ija kata berani datang.. sebab pelbagai perkara negatif yang diberikan oleh page yg dengki dengan kami. Kejayaan Gathering ini menambahkan keyakinan fans terhadap BWFPO. Apalagi Baim Wong sendiri sudi untuk meninggalkan sepatah dua kata di fanpage membuktikan BWFPO ini ORIGINAL. Bukan Palsu yaaaa!!!

Gathering kedua disusuli dengan kedatangan Baim Wong atas undangan ASTRO dengan kerjasama BWFPO mengumpulkan fans waktu launching Kejora Dan Bintang di Astro Ria.  Fans yang ramai menarik perhatian wartawan untuk memaparkan cerita2 tentang Baimwong and Fans di dada dada akhbar. Bangga seh...

Namun hari ke hari waktu berubah setiap saat setiap minit setiap detik..Ija terpaksa mengundurkan diri meninggalkan teman teman di Admin BWFPO atas alasan alasan tertentu. Namun, ija tetap menyokong apa jua yang dilakukan oleh BWFPO demi cinta dan minat ija pada Baim Wong..walaupuuuuuuuunn Baim Wong tidak pernah mengenali ija.. gilakan!!!!hahah

Buat teman teman Admin BWFPO.. i will always at ur side .. menyokong dan membantu kalian. Sesungguhnya ija teramat rindu waktu susah payah kita dahulu dan waktu2 kita bersama yg lain. 
To Baimwonglover.blogspot.com.. I FOLLOW.....

Untuk young power yang menerajui BWFPO... keep up a gud work. Teruskan kegemilangan BWFPo jangan sampai terkuburnya ia sepertimana BWFM. Yuk kita layan gambar2...



  




Kenangan terindah


potong kek merasmikan BWFPO

 my workstation mesti ada baim wong



2 comments:

  1. amboiiiiii.... workstation tu. Sib baik workstation kami di kontrol oleh IT. Walpaper & screensaver telah disetkan di server. Maka tiada lagi lah Baim Wong di pc ku... Huhuhu

    ReplyDelete