Pages

Wednesday 30 November 2011

ALAMAK! *GARUKEPALA*

Akibat :

Bangun lambat
Main pakai  sambil berpesan2 dgn anak2
Tak Tengok, main rasa jer..


Sampai Office terasa lain macaamm jer
haiihhh.. pakai selipar yg tak sherashi..
Kanan enggang kiri pipit rupanya
Kanan CROCODILE kiri XES
Parah!!!

Jenguk2 bawah meja
Jumpa si hitam
Berketurunan GMX Creation
Sudah uzur dan tunggu masa
Untuk disemadikan di TONG
tapi dek sikap tuannya yg suka menangguh kerja
maka dia masih menyorok di situ
hari ini dia menjadi HERO
penyelamat kepada keadaan yg parah
Menambat semula kasih tuannya
Jodoh si hitam dgn tuannya masih panjang rupanya
Walau amat tidak selesa
Namun ku pakai jua
supaya ku tidak canggung memakai sandal yang berlainan pasangan
atau agar ku tidak berkaki ayam ..


yg uzur bukan bermakna tidak berguna.. masih berjasa di usia emasnyaa


Tuesday 29 November 2011

Persediaan Persekolahan 2012



Tahun depan budak bam bam di atas akan mula bersekolah.. eh baru kindergarten year 5.
Tapi mamanya terlebih risau...Zaman  kakak nya dulu mama nya tk risau sangat.
Ija hantar Dania tempat lama kakak.. Tadika Dinamik (KRISTA)
Kenapa? Dah lah jauh skit, Chinese plak tuh. Mahal lagi
kenapa tak hantar yg dekat.. yg melayu. Murah sikit
Soalan soalan pedas dr org sekeliling
Pertama.. ija dah kenal ngan principal dia.. teacher Phang
Kedua.. ija nak dia mix dgn other races...bila dia masuk sekolah kebangsaan senag dia nak bergaul
Ketiga ...ija nak dia start to communicate in English

Bukan Ija nak menidakkan tadika2 lain seperti PASTI, KEMAS, dll..
Memang betul.. baru TADIKA.. belum menjanjikan anak2 kita xcellent dalam pelajaran
Still kena work hard because anak anak ija bukan anak Gifted..
Ramai anak2 yg  bersekolah TADIKA KEMAS becomes NO 1 student..

But.. just to be fare to my dotters.. kakak dulu sekolah KRISTA.. so same for adik.. juga di KRISTA..
Insyallah.. selagi ada daya mama dan papa.. mama papa masih ada pekerjaan untuk menanggung segala perbelanjaan persekolahan anak anak mama, selagi itulah  mama dan papa akan bagi yg terbaik untuk anak anak.

Last Monday, ija ambil kesempatan cuti ganti Awal Muharam, ija pegi settel semua hal hal sekolah anak2.. registration Kindergarten Dania, Tuisyen Kakak, baju sekolah, kasut sekolah... 60% dah settle. Tinggal 40% saje lagi..

Next Year gonna be tough for me. UPSR for Tisya.. anak nak exam... mamanya dah rasa bahang. Dah puas torture, nasihat... hopefully bebelan mama ni melekat lah sedikit kat pikirannya.

Berharap juga Dania tak ngada ngada on her 1st day at KRISTA. Takut nanti "nak mama ... nak mama" ...

Wet World Pedas Hot Spring

Last Saturday ija ke rumah Kak lin di Pinggiran Senawang. Sebenarnya nak Fetch Tisya yang dah seminggu di sana. Perancangan awal nak balik terus.. tetapi setelah dipujuk rayu oleh  abang ipar, Incik A'an pun kata oklah...

malam tu kita org dinner kat Tobing.. sebenarnya TEBING tp dek kerana bahaso nogori jadilah TOBING
Menu ?  MAcam MAcam

kualiti gambar sungguh gelap... tp syiok lepak2 sambil makan2
Tgk tuuu... nama pun ROUND TABLE..  penuh makanan 
Esoknya termakan pujuk lagi... ini pujukan si kecik Dania. Pukul 5 am dia kejutkan kami ajak gi mandi kolam. Finally kami agreed pegi Wet World Pedas Hot Spring memandangkan lokasinya dekat sangat dgn rumah kakak. The place was very crowded memandangkan school holiday

Sexy Dania with Abg Haziq

2 ringgit 1 trip.. cepat cepaat


Dania dah berani turun slide



Kakak n Adik 


Monday 28 November 2011

Pot Chicken Rice

Claypot Chicken Rice memang favourite Ija. Apa lagi kalau ada ikan masin .. yum..

Bila ija blogwalking last week, terjumpa lah resepi Pot Chicken Rice dari rumah  tun_telani .. tengok pada resepi macam  senang sangat . Mesti cuba ni..

Sabtu lepas, dalam mud malas nak masak sbb petang nak fetch tisya kat seremban. Nak buat nasi goreng Incik A'an kureng skit kalau makan nasi goreng during lunch... so ija pun singgah Pasar Segar beli wing dan bahan2 lain dan eksperimen dan percubaan ija bermula

Memang sedaap... seronok sangat sbb eksperimen menjadi...ija buat vege soup and fried baby sawi for side dish.
Ija masak sikit dulu incase tak jadi...

Komen Incik A'an :

Ija: Macamana? ok tak? aa rasa claypot chicken rice tak?
IA :  boleh.. dah hampir2 rasa..

Komen Ija: 99% seperti Claypot Chicken Rice kat Food court Tesco/Giant/Carefour. Kalau masak dalam claypot, sure jadi 100%

Terima kasih pada Tun Telani kerana berkongsi resepi yang sedap sangat.

Bigger portion utk Incik A'an

smaller portion utk Dania


Ija share resepi di sini


Pot Chicken Rice
Sumber : Tun Telani

Bahan2
       
200 g Beras -Ija guna 3 rice cup
250 ml Air- x sukat, masak mcm masak nasi biasa
200 g Isi Ayam - dipotong kasar -ija pakai wing yg dipotong kecil sbb ija tk suka isi ayam
4 bj Cendawan Kering - direbus & dihiris nipis - guna shiitake
1 tangkai Daun Bawang - dicincang kasar - 
½ Cili Merah - dihiris nipis - tk letak, tkt si kecik x mao makan
10 hiris Halia
2 ulas Bawang Putih - dicincang
2 sb Gula  - xletak, tp ganti dgn sedikit saus manis ABC - kicap ni manis 
2 sb Sos Tiram
1 sb Kicap Pekat -  guna kicap pekat manis
1 sb Kicap Cair
1 sb Minyak Bijan
1 sb Jus Halia - ija sagat halia
1 sb Serbuk Lada Hitam
sedikir Garam

Cara Memasak

Perap ayam bersama lada hitam, garam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, jus halia dan gula. Ketepikan.
Masak nasi bersama air secukupnya.
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan hirisan cili, cendawan dan ayam. Kacau sebati hingga ayam empuk.
Apabila nasi masak, masukkan ayam diatasnya. Biar hingga aroma ayam sebati bersama nasi dan kuahnya kering.
Taburkan daun bawang sebelum dihidang

    Selamat mencuba... kalau ija buat jadi sukses... kawan2 juga sukses kan. Yg penting.. resepi ni sedap

Tuesday 22 November 2011

Kuzie Vs Nasi Minyak Tulang

Wikipedia:

Kuzie - ialah makanan di raja atau istana kelantan. Walaupun berasal dr kelantan tetapi tidak semua anak kelantan tahu tentang Kuzie... sesetengah jajahan di kelantan tidak pernah tahu dan apa lagi merasa kuzie. Orang kata (ORG KATA  yer) hanya mereka dr golongan NIK sahaja yang tahu tentang masakan ini  Wallahualam. Kuzie biasanya akan di masak jika ada keraian, perayaan seperti hari raya, majlis Aqiqah. Kenduri kawin amat jarang org nak hidangkan masakan ni .. mungkin pernyediaannya agak mahal. Selain dari makan dengan nasi, ia sedap di cicah dengan roti atau roti jala

Nasi minyak Tulang
Tidak dijumpai di mana mana negeri. Penyediaan seperti nasi minyak biasa tetapi mengguna kan air rebusan tulang untuk memasak nasidi samping bahan2 tumisan dan tulang yang telah di rebus di masak bersama nasi...

Chewwaaah.. siap dengan Wikipedia tuh....

Al kisahnya, semalam (Ahad) ija dengan rajinnya telah memasak Kuzie match dengan Nasi Minyak tulang.

Tak ada bersempena dengan apa apa sambutan.. sajer nak layan tekak.
Rempah kuzie ada dlm stok, kiriman dr wan chik tempoh hari. Suppose nak buat Hari Raya Haji hari tuh, Tapi disebabkan menu raya haji dh bertukar ke BBQ, so ija simpan dulu rempahnya. Kebetulan BIL request... so ok lah.. ija ajak ipar duai dan adik beradik for lunch. aKta for lunch, ekceli sampai dinner.

Kuzie Ayam (utk 1 ekor ayam)

Rempah Kuzie
-Ija guna yang didatngkan khas dari kelantan, kalau kat sini rasanya ada beberapa jenama but ija not sure

Rempah kuzi yg tk commercialized tp permintaan tinggi di KB

20 ulas bawang merah (dimayang dan digorneg)
4 labu bawang besar (dipotong dadu dan di goreng)
sepaket hirisan badam - digoreng
sepaket kismis - goreng
suku kilo hati lembu -digoreng

bawang besar dan bayang kecil yg dah digoreng

kismis, badam dan hati lembu yg digoreng

1 botol kecil sos tomato
1 tin susu cair
garam dan gula
minyak sapi
minyak sapi tidak ada dlm gambar... terlupa

Ayam dipotong 18, diperap dengan garam, halia dan bawang putih yg ditumbuk

ayam 1/2 cooked
Cara-Cara:

Tumis rempah kuzi dengan sedikit minyak yang dicampur dengan sedikit minyak sapi.
Guna api yang perlahan
Tumisan nampak masak, masukkan sos tomato...
kacau seketika, masukkan susu cair.
Tambah air dengan sukatan 1/2 tin susu cair tadi
masak hingga kuah masak...
masak bahan2 goreng... hingga menggelegak...
masukkan garam dan gula
kalau terlalu pekat tambah kan lagi air
tetapi hati2 jgn terlalu cair
masak kuah hingga betul2 masak baru masukkan ayam yg digoreng separuh garing


setelah dimasukkan susu cair, tomato, bawang2, kismis, badam dan hati lembu


siap !!!!

Kelihatan seperti kari tetapi rasa dia 100% bukan kari...

Ni lauk sampingan

sambal belacanamat perlu bg mereka yg mementingkan kepedasan

setiap hidangan wajib ada vege - acar mentah

Alaaaaaaaaaaahh.. naper Nasi Minyak Tulang tak de dalam camera ? lupa ambik ker?
Itulah lunch kami hari ahad lepas...bersama ipar duai dan adik beradik...
jom layan gambar budak2 kecik yg lasak hari tuh...

Rayyan Iman yg bakal jadi abang long - my bro's 1st son

Rayyan tgh "kemas", kakak Dania sedap punya tidur

Kakak kesayangan Rayyan,  Kakak Tisya

Monday 21 November 2011

JAGA PERADABAN ANAK ANAK KITA

Kalau nak sentuh pasal anak2, macam macam isu akan timbul...
Sebab itu lah org kata disebabkan anak2 mak bapak boleh gaduh
Marahkah anda kalau org lain tegur sikap dan attitude anak-anak anda?
Bagi Ija.. kalau anak2 ija nakal, Ija membenarkan anak ija di tegur
demi kebaikan anak2 ija
Really I don mind  BUT haruslah teguran itu merupakan teguran sbg pengajaran...

Dulu pernah ija post kan tentang didikan anak2 seawal usia bayi
kalau bayi surelah belum nampak true colours perangai anak2 kita kan
don say anak2 belum ada akal sbb masih kecil, baru umur 3 4 tahun
kalau kita yg berakal ni tk memberi akal pada anak2 kita.. siapa lagi...
Tapi post tu ija terpaksa DELETE atas sebab sebab tertentu

Ija bukan nak kata ija PERFECT MOTHER... NO!
Saya masih dalam pembelajaran dalam ilmu keibubapaan
seboleh mungkin ija nak didik anak2 menjadi anak berakhlak mulia
Itu semua harapan setiap ibu dan bapa kan
Tapi tidak akan ada kesempurnaan  walau kita telah berusaha ke arah itu

Education yg terbaik tidak bermakna mampu menghasilkan anak yg terbaik didikannya
Top student tak semestinya menjamin anak yg terdidik dgn sempurna
Semua nya back to how we as a parent mendidik anak kita
dan semua itu bermula dari rumah
Tapi kalau anak kita TOP student PLUS berakhlah mulia..that is a BONUS
Big applause to her/his PARENT

Semalam Ija menegur tentang kelantangan seorang anak seusia 8 or 7 thn.. not sure
Bagi ija.. the word shouldn't come out from anak seusia itu
Perbincangan bukan kalangan seusia dia atau lagi muda
the discussion is between the parents
suddenly she commented and her comment shows no respect pada kita yg dewasa..
kalau jaman  mak mak kita kata dolu dolu.. DIHARAMKAN menyampuk cakap org tua2
kalau kita kecik2 dulu kalau kita menempel dekat mak2 kita yg tgh berborak pun dah kena marah
apa lagi nak menyampuk ...
Betapa zaman mak mak kita menjaga peradaban anak anak
For me, sebagai mak bapak kita kena pantau....
Jangan lah disebabkan pendidikan anak2 dah mendapat pendidikan barat, peradaban juga kena kebaratan
This is Malaysia, not AMEREKA..

Alhamdulillah, dia dah mintak maaf. Ija maafkan sebab ija fikir dia masih anak2 dan her parents dah thought her that what she did was wrong. Maaf pada uminya kalau ija tegur. Bukan ija GOOD MOM (as u said) but i hv to put a word so that perkara yg sama tk berulang. Kali ni kena kat ija... kalau tk ditegur, same thing will happen to other sbb she will think its not wrong sbb parent tk kata itu salah.

As ija said... Ija masih dalam proses belajar tentang ilmu kebapaan..anak2 ija juga tak perfect.. masing2 ada perangai... so sama sama lah kita belajar dan mendidik.

Ija hanya ada 2 anak jer dan cabaran mendidik anak2 fomfuan ni lagi mencabar. Ija respect yang ada ramai anak.. sure byk cabaran nak memberi yg terbaik untuk setiap anak. Setiap anak perangai nya berbeza. Between Tisya dan Dania ..beza nya 360 degree... I' will give my best , semampu adanya untuk mereka. Mama mahu anak2 berjaya dalam pelajaran dan dalam hidup serta berjaya menjaga akhlak anak anak mama...

Wednesday 16 November 2011

ENTRY UNTUK IKHWAN -TAHNIAH !!

Hari ini hari debaran fasa 2 bagi Cikgu Norazlina dan Cikgu Taufik al hidayah....
Fasa 1 was 2 months back ..

HARI INI......
segala debaran berakhir dengan satu Kejayaan...

Tahniah Ikwan...kerana memberi kebanggaan kepada Umi dan Abah dengan kejayaan memperolehi 5A in your UPSR...Berbaloi segala xtra attention umi dan abah pada Wan selama setahun ini. Makja tumpang gumbira. Nanti makja masakkan Kuzi ek.

the boy... Muhamad Ikhwan @ E-wan

Teringat kisah dolu2... bila ija dan kakak ija terima result ... jiran2 sure cakap .." MEsti dapat bagus punyaa... bapak kan cikgu" dan ija pelik, anak cikgu kena pandai ker?  hehehe... And now, the same quotes ija bagi kat kakak ija... "mok ayoh cikgu, sure dapatnyaa 5A.." hahahhahahah

the proud umi and abah... congrats sis n bro!
Nak Hadiah? Mai klang, mak ja kasi.. tp mak ja nak umi belanja dulu.. pepahat masak halia kek melako..

lapoor lah plak..

TAHNIAH sekali lagi dari  makja, uncle, tisya and dania ....
kerana menjadi kebanggan kami sebagai Anak sulong umi dan abah, Anok buoh sulong mak ja. pok usu, pak lang n pak teh dan Cucu sulong atuk.
Doakan kejayaan yg sama untuk Tisya next year...

P/S : Semoga skuad Harimau kita pun dapat kejayaan besar menundukkan Indonesia mlm nnt

Tuesday 15 November 2011

Wang Agihan Bantuan Kerajaan Sesi Persekolahan 2012 -RM100

Pagi tadi tengah kalut bersiap nak gi ofis, Tisya call dr sekolah. Dag dig duug .. pehal budak ni call pagi2 buta.. papanya baru jer balik dr hantar dia. Rupanya nak bagi tau hari nikena datang ambik duit Agihan Kerajaan RM100. Hmmm, itulah, semalam monteng so semalam tk dapat surat pasal benda ni. Sib baik belum keluar rumah... terus capai birth cert utk salinan.

Sampai opis, mtk izin dr Boss nak keluar kul 11. Sampai sekolah kul 11.30 , no giliran 41.. kalau tau tadi keluar lagi awal. Ada  pulak  taklimat, yer lah ADUN Andalas, Klang datang.. (lupa nama). End up pukul 12 baru buka kaunter pembayaran. Biasalah janji melayu ..eh tak.. Janji Malaysia.. ckp kull 11, sure 1 jam delayed. 

Sib baik cikgu bertugas di kaunter 4 cepat dan pantas.. maka dalam tak sampai 1/2 jam, no giliran 41 dipanggil. pukul 1.35 dah masuk ofis balik...

Alhamdulillah, rezeki anak. Dapatlah buat beli buku rampaian. Eh, ada yg tak tahu bersyukur TAU!. Ada hamba Allah ni ... dgn takburnya berkata " Alah, RM100 jer... kalau RM1,000 tu sedap lah jugak" Ini di dengar sendiri telinga kanan dan kiri ija... Tuhan dah bagi rezeki RM100 bersyukurlah, kurang sedikit beban belanja persekolahan anak2... Kalau Allah tarik semula rezeki ngkau RM100, kena pula time tuh ngko  tgh sesak... baru ngkau tahu...

Semalam dengar rancangan Rebui Tak Empuk di Radio  Nogori fm, dia org duk bincang pasal wang agihan ni. Ija tertarik dgn kata2 ustaz...

  " RM100 tu adalah Amanah untuk kita gunakan untuk keperluan sekolah anak anak... janganlah disalah gunakan untuk hal hal lain"

mesti ada sore2 sumbang akan berkata ... " alah, bukan Najib tau pun kita pakai duit tu utk apa... bukan Guru besau tau pun macamana kita belanja pakai duit RM100 tuh.."

Pada mereka yg empunya sore2 sumbang itu.. korang paham tak apa makna AMANAH? bukan AMINAH tau.. AMANAH.....

Eh, naper yer sejak dua menjak ni entry ija tak bergambar? paling2 pun gambar ehsan google... 
Dr 2 minggu lepas ija duk cari charger camera ija... tk jumpa2... org kata hilang dalam simpanan.. heheh. jenuh dh mencari..BBQ hari raya haji hari tuh pun tk der snap gambar...Bleh beli kat kedai tak? Ye laah.. kedai camera laa. tk kan kedai basikal kuut..Bila dh betul2 give up nak cari baru nak gi beli

Ombak Rindu.. see u 5th December


Ini adalah novel asal Ombak Rindu oleh Fauziah Ashaari. Ija lupa bila mula baca novel ni tapi watak dan jalan ceriter memang terpahat di ingatan. Betapa terkesannya novel ini pada Ija. Tgh baca pun duk imagine kalau buat filem sapa leh jadi hero. Masa tuh Aaron Aziz belu femes. So sapa lagi yg ija imagine.. haruslah Rosyam Noor sbb time tuh dia tgh hot, tgh muda. Tapi kalau sekarang, Aaron Aziz memang tepatlah untuk pegang watak hariz.. sbb hariz ni dalam garang dan baran dia, ada stok romantis gituuu... haaiih.. hopefully bila tgk movie ni nnt Aaron menepati imiginasi ija masa mula mula baca novel ni.




Yeehhhaaa... 5hb Dec ija dh siap2 apply leave for the sake of Ombak Rindu. Kalau boleh 1hb dec tuh ija nak ambik cuti tapi surely ramai orang kan. so ambik jer lah 5hb. Eh, ija tak bawa anak anak tauuu, mana bolehh... banyak scene daring oooo... NO NO NO... i'm going alone!.. Eh tak, my SIL nak follow.. tk kisah lah...


kan dah cakap... scene daring giler... katanya semua scene daring mendapat perlepasan FINAS... hmmm.. kalau tak daring mcm tuh tk leh laaa nak tonjolkan watak sebenar si Hariz ni kan.... tak pe tak per.. akak sukaa.. heheh

Napa ija tak sabar nak tgk movie OMBAK RINDU?
1) sebab novel tu memang BEST!
2) Sebab ada Aaron Aziz.. yeehaaaa...dgr citer dia ada next movie yg adaptasi dr novel jugak...

Hmm.. ija nak propose satu lagi buku yg best giler utk dibuat movie  - 7 Hari Menantiku. by siti rosmizah..

Ombak Rinduu...see u on 5th Dec 2011

Harapan yg tinggi agar movie ni tk mengecewakan..
sebab dulu ija teruja nak tgk Nur KAsih The Movie tp sayang.. tk seperti yg ku harapkan dan kusangkan kan.. movie itu amat mengecewakan ija.. tk sedap!..

Thursday 10 November 2011

11th November 2011 a.k.a 11.11.11

pakcik gugel

Hari yang dinanti kini tiba.... Alhamdulillah, ia jatuh pada penghulu segala hari iaitu Jumaat. Semoga kelahiran, pertunangan, perkahwinan dan apa jua sambutan yg dirancang atau jatuh pada hari ini mendapat keberkatannya.

Untuk Ija .. 11.11.11 is just a normal day.. tiada apa perancangan atau sambutan...

Pada hari ini, tok kadi sudah semestinya org yang sibuk hari ni... silap hari bulan hari ni plg kurang 10 buah rumah tok nak kena pegi kawinkan org... jgn silap sebut nama udah lah yer tok.. maklumlah byk nama nak kena hafal ni..



Doktor dan Gynecologist tk kurang juga sibuknya... tak menang tangan nak sambut baby esp yg dh booked untk ceaserian. Yang tak der masalah pun beria ia nak opt for ceaserian.. hmmm.. Apap pun ija respect kalau ibu2 yg bersalin secara normal pada tarikh ini which is unplanned dan ini dinamakan rezeki ibu itu mendapat tarikh kelahiran yang sesuai...Dalam Mykid kad, nombor sure cantik kan...  tak der ker  pejabat pendaftaran nak offer nombor mykid 111111-11-1111???? rasanya kalau ada, jual sampai  10K pun ada org nak beli...

Pada event organiser dan wedding planner juga kelam kabut dengan job dia org.. byk sangat wedding ceremony, engagement dan event-event lain yang nak dibuat pada hari ni.....party here and there, launching etc etc




Pada yg menyambut hari jadi, anniversary .. sambutan kali ni sure xtra meriah kan.. semua bersempena tarikh 11.11.11.

Bagi mereka yang takder agenda bersempena 11.11.11 ni, kena tunggu 12.12.12 lah plak... Insyallah.

Wednesday 9 November 2011

Citer Hari Raya Haji 2011

Eh, dah tak boleh wish dah ker? Tak per nak jugak...

Kepada teman teman Selamat Menyambut Hari Raya Haji... di atas kekangan waktu dan kesihatan yg terganggu, jadi ucapan ini agak lewat. Tk per kan...Alhamdulillah... saudara saudara kita di Mekah dah selesai urusan haji dan bakalan pulang dengan tiltle baru, Haji dan Hajjah.. Alhamdulillah. Bila agaknya turn Ija yer... Semoga di permudahkan untuk ija ke Mekah...Insyallah.

Kisah tentang Raya Haji... Tahun ni Ija tak balik kampung dan Ija tk buat ibadat Korban. Sebab tak balik, ialah kerana cuti yang pendek.... kalau setakat cuti 3 hari rasa mcm penat sgt nak balik... 2 hari perjalanan, 1 hari jer kat rumah. Tak puas... kesian jugak kat driver nak redah Jam. Kenapa Tak korban?... since adik pun tk balik so tak der sapa sapa nak tolong papanda lapah2 daging dsbnya. selalunya Ija wakilkan adik untuk bantu2 papanda. kesian papanda sbb raya haji thn ni tk der kebisingan anak cucu dia.  Insyallah, murah rezeki nanti ija korban thn depan. Insyallah panjang umur ....

Raya haji thn ni ija makan dengan berhemah sekali.. waah.. naper ek. The story goes like this:

Sabtu ija diajak ke Tesco pagi2 buta untuk preparation for BBQ esoknya (hari raya)... tgh2 belanja, sakit perut yg amat. ekceli sakit tu dh rasa since mlm tp ingat kan gastrik. lain mcm sakitnya.. siap "melabur" kat tesco... dh tak tahan, on the way back singgah Mediviron Klinik ambik ubat. Nasib baik dtg awal2 sbb klinik yg 24 jam ni akan ditutup malam sampai 2 hari sempena raya haji. lepas gi klinik Incik A'an nyinggah carefour dan Giant.. Ija tk sanggup nak jalan, tidur jer dalam keter. Balik umah.. Cherry berry masih berterusan .. ija tidur dulu slps makan ubat. Pukul 2 bgn masak nasi n goreng ikan jer utk anak2. Itu pun menahan jer... siap semua telan acti fast terus tidur. Ija dh demam....Alhamdulillah pukul 8 mlm bangun baru rasa ada sedikit tenaga. terus potong daging dan tulang untuk direnehkan untuk dibuat sup esok. Kesian Incik A'an yg buat kerja rumah dan kerja dapur untuk BBQ esok.

Esoknya, masih cherry berry dan ija tk berani nak makan yg berlemak dan pedas. Nasib baik rumah MIL ada nasi impit dan ayam goreng...selera pun blum ada. sampai hari ni mcm foia nak makan makanan yang bersantan. Tghari balik umah Incik A'an Marinate ikan...kaklin pun sampai dan pukul 6 the BBQ bermula..
Alhamdulilah semua lancar... perut masih belum 100% elok, tp cherry berry dah kurang.. yg penting ada tenaga. Meriah jugak lah BBQ kali ni... Tp terkilan sbb charger camera MIA.. nak mencari tgh tk der mud. Tisya kata takper mama, nnt kakak ambik pakai hp kakak, skali dia layan game sampai tk hingat kena jadi camerawoman. End up event BBQ raya haji satu pun tk der gambar..

Thanks to kak lin dan abg taufik yg jauh2 dr seremban dtg tolong .. kalau tk lembik juga lah ija hari tuh

The next day, ada lagi satu event.. event panggil menantu... Minggu lepas BFF ija (cheeewah.. mcm tisya plak pakai BFF  *bestfrenforever*)  kawin .. bertemu jodoh dgn orang Brunei, Haji Zakaria. Ija tak dapat balik meraikan hari bahagia dia tp ija dh pesan kat BFF ija sorang lagi utk arrange panggil menantu. Alhamdulillah, sempat bertemu mata sebelum depa balik Brunei.  Kalau dah bertemu kami berempat (Mc Pah, Mc Na, Pizah n me) mula lah kepala merapu dan sembang pun merapu..dah merapu naik kepala apa lagi ketawa berdekah dekah ler ketawa kami. yal ah, bila lagi nak usik pengantin baru kaan. Nasib baik ada Incik A'an dan BIL yg melayan Hj Zakaria. Menu? Ija buat macaroni bakar, ayam masak serai ngan lemang, Mc Na bawa popia versi kemboja (sedap beb) . Photo?  Harapkan tab fizah dan handphone kawan2 jer... sedih.. 
Takper.. kenangan tetap terpahat di kotak pikiran.....

pengantin yg kat tengah2... pengantin lelaki tgh sembang dgn Incik A'an..

To Mc Pah.. Selamat Pengantin baru. Bermula lah satu penghidupan yang baru di negara orang... jaga haji baik baik ye Pah.. Stove yg aku kasi tuh mu masok sedak2 ko Abe haji deh....

Itulah kisah Raya haji pertama dan kedua Ija. Nasib baik selasa ija sambung cuti... memang hari bermalasan... lepas breakfast, melingkor kat depan tv.