Pages

Thursday, 5 May 2011

Kasihnya Ibu Di Semanis Kurma

Semanis Kurma ialah rancangan bual bicara favourite ija .. suka pada topik, nasihat dan doa sepecially topik2 rumahtangga.

Malam tadi topik sempena Hari Ibu iaitu Kasihnya Ibu. Perbincangan tentang ketabahan dua orang ibu yang menjaga anak yg tidah sesempurna orang lain betul2 menyentuh perasaan ija. Mama Lina menjaga anak angkatnya yang mengidap HIV sementara Siti Fairus keseorangan menjaga anaknya yang cacat. Sebagai seorang kakak yang mempunyai adik OKU, ija dapat merasakan perasaan itu.

Ija tidak dapat menahan air mata dr jatuh berjujuran bila melihat ketabahan mereka dan perkongisan kisah hidup mereka. Ya Allah, ija mungkin tidak setabah mereka.... Ija tabik pada ibu-ibu seperti ini, Ija menjaga 2 orang anak ini saja dah menduga kesabaran dan iman ija dalam membesarkan mereka, apatah lagi mereka yang di dalam serba kekurangan dan dugaan menjaga, melayan dan membesar anak anak istimewa ini. Kisah mereka amat meruntun jiwa ija.

Tatkala Ustazah Bahiyah mendeklamasikan bait bait puisi di pengakhiran rancangan yang pasti hasil nukilan beliau, jiwa dan perasaan ija tidak lagi dapat ditahan. Ya Allah, begitu sedikit pengorbanan ija pada arwah mama. Tidak berkesempatan untuk ija mencurah bakti pada arwah. Ya Allah, adakah ija akan di layan dan dijaga oleh anak anak tatkala mereka sudah mempunyai kehidupan mereka sendiri? Apakah ija akan sendirian melalui hari tua jika masih ada umur yang panjang? Kerinduan yang amat terasa pada arwah mama membuat kan ija tersedar ... begitu lama ija tidak membekalkan Surah Yassin buat bekalan arwah di sana... Ya Allah, begitu lalai nya ija pada tanggungjawab ija sebagai anak untuk ibunya yg lebih dahulu mengadap Ilahi.

Lalu ija terus berwuduk, solat isyak dan ija sedekah kan Surah Yassin buat Mama. Ija iringkan juga doa agar amam berada di kalangan mereka yang beriman. Moga mama aman di sana....
Juga ija mendoakan kesejahteraan anak-anak dan suami. Agar anak anak ija tidak melupakan ija ketika ija sudah tidak berkudrat lagi.

Ya Allah... lindungilah anak anak ku dan suami ku juga diri ku dari musibah dan dugaan yang tidak mampu tanggungi... bahagiakanlah anak anak ku dan ku panjatkan doa agar dimana pun mereka, apa pun mereka, sayang dan cinta dia pada Mu Ya Allah dan juga pada ku dan papanya tidak akan pernah berkurang......

No comments:

Post a Comment