Pages

Tuesday 25 November 2014

JOHNNY'S BUTTER


Butter ni diterbangkan dari jauh
dari Jakarta
beli ngan kawan
harga agak mahal tp sedaap
homemade
rasa macam garlic butter BUT kalau makan garlic butter yg kat kedai biasa akan rasa garlic dia sentiasa bermain kat lidah
tapi yg ni lepas makan tak der rasa garlic melekat kat lidah

bakar roti dan terus sapu Johnny Butter...butter terus cair atas roti... makan begitu sahaja
Atau sapu di roti... letak kan salad sahaja pun sedap
but anak anak suka buat scramble egg guna Johnny butter


breakfast


CENDAWAN PUSU

Cendawan pusu?
owh.. ini sangat rare
cendawan yg teramat susah nak jumpa.
last ija makan masa waktu kanak kanak
sekarang dah tua bangka baru jumpa balik
Rezeki.... jumpa kat Rembau ... jual tepi jalan jer


waktu kecil dulu
cendawan ni sangat senang nak jumpa
sebab selalu tumbuh belakang rumah lepas hujan
bila tempat tu dah dibangunkan... mana lagi ada tanah untuk dia tumbuh.

ija suka makan yg belum kembang
sedap sangat di masak dengan telur dan di masak bening dengan pucuk niding
Malangnya dah lupa cara masak
Almaklum ler dulu dulu tau makan jer
so apa lagi Halloooo jer lah orang kat kampung
Alhamdulillah menjadi
100% rasa seperti masa makan zaman kecik kecik dolu
puas.... 


Match pula dengan siakap masak steam...wallaaaaaa
ada balance cendawan esoknya ija masak bening... owh klatey kato masok tumis air.... match dgn pucuk miding, kena lak pucuk miding tu muda muda beli kat pasar Ahad kat Simpang... ratah macam tu jeerr 

Alhamdulillah .... rezeki

Tuesday 28 October 2014

HER FIRST DENTIST APPOINTMENT

Ini kisah gigi bawah Dania yg goyang
tunggu masa nak cabut
tapi dia tak benarkan sapa sapa yg boleh menghampiri gigi dia yg goyang tu
kenapa? sbb dia pernah terpedaya dgn MakMahnya.. (bbsitter)
konon mak nak tgk jer... sekali terus Maknya ambush gigi yg dah tinggal 1% jer lg nak cabut
Apa lagi si penakut ni meraung lah
sakitnya tak... takutnya yg lebih

so yg kali ni dia nak simpan sampai tercabut sendiri
tp ija yg penat tgk ketakutan dia
nak makan takut...nak brush teeth pun takut
sakit belah kiri tapi dia makan kunyah belah kanan punyalah perlahan
bila kunyah pelan pelan.. makan pun lambat... seksa bila dining out...
kita dah siap makan dia  masih byk lagi dlm pinggan.

Ija dah tak tahan.. ija ambik cuti bawa gi dentist
without telling her
sampai dentist dia tak nak kluar.... dah nangis
malas ija nak mujuk
so si kakak ler yg tukang calm her down.
Rezeki... dapat doc feveret
doc yg kalau buat treatment ngan dia hilang takut kita sbb dia buat tak rasa sakit
sooo soft org nyer so kerja pun lemah lembut
dia guna psycology.. tak sampai 15 min .....siap
dania keluar bilik rawatan dia bleh tanya.... "Ma.. dah cabut ker?"
heheheh dah goyang giler so mana nak rasa gigi tu tercabut... plak ubat keabs yg doc letak.. algi ler tak rasa kan
Selamat RM30 derma kan denstist... walhal kalau MakMahnya buat kan free jer...
Tak kisah lerr... janji gigi nya dah cabut...
tak der lagi masalah susah  nak makan dek gigi yg goyang

Doc Steven yg terbaik


tgh tunggu kesan ubat kebas 

SETTEL....!!!!... EH GIGI NIA DAH CABUT KE MA?    BUAT PENAT JER NAGIS TADI KAAN

ANAK-ANAK IJA DAH BESAR....CEPAT MASA BERLALU

Sekarang anak anak dah tak nak pergi rumah babysitter.
Si adik, ija masih hantar tp kakak since form 2 ni dah tak nak lansung gi sana
segan sbb bbsitter ada anak bujang...
nak baring nak landing nak lepak dah segan katanya....

bila cuti sekolah sempena Deepavali hari tu
si adik tahu kakak pun cuti,
apa lagi... pun tak nak g umah bbsitter
Tanya kakak dulu... nak jaga adik tak
kakak bagi green light... hahaa apa lagi
Ija tak risau sangat sbb setiap hari adik ipar ada buat jualan depan rumah ija..
so dia org boleh tgk tgkkan since anak buah ija pun ikut maknya berniaga dan lepak kat rumah

Pagi pagi buta Ija dah bangun siapkan lauk dan nasi
so that senang dia orang nak makan
pesan kat kakak .. kalau necessary just add telur dadar jer..

Ija kat ofis monitor by calling them spot check bertanya khabar
after tghari.. ija call and kakak kata tgh masak...
risau gak main dgn gas ni... kut kut leka.. Nauzubillahiminzalik
tak lama after that kakak wassap mama
complete menu dia masak utk dia n adik..
She cooked kangkung belacan, telur dadar dan anak kembung masin PLUS kari mama




Thank you kakak tolong mama jaga adik and masak...kenyang adikkk...
But on and off adik still kena gi rumah bbsitter
at least adik dah besar skit baru boleh stop bbsitter


Ija selalu pesan kat anak anak...
mama hanya ada kakak n adik
and kakak is the eldest
tanggungjawab kakak jaga adik
bila suatu hari mama dah tak ada
tak kira dah tua ker.. muda ker...
kakak kena sayang adik AND adik kena sayang kakak
adik susah kakak kena tolong...
kakak susah adik kena tolong
dah tak der siapa nak jaga kita melainkan kita jaga each other
care each other..
tk kira apa jadi.. kakak n adik bersatu sampai akhir hayat...

Mama tak ada harta tanah berekar
tak ada duit berjuta
mama hanya mampu bagi pelajaran..
belajarlah supaya kakak n adik dapat hidup walau tak mewah tapi biarlah senang
jangan susahkan orang lain
Ingat.. jangan susahkan orang lain...
kakak ada adik.. adik ada kakak
bantu each other...

Owh... dia orang bukan 365 hari setahun berdamai
selalu jugak bergaduh
adik ciwek n kuat merajuk
kakak selalu marah and tegur when adik buat salah
sbb ija pesan marah dan tegur kalau adik buat salah esp kalau kurang ajar...
jealous?  memaamng... kakak kata adik dpt semua yg adik nk..
adik plak kata apa kakak nk semua dapat...
hurrmm.. itu adat kan.
tak bergaduh bukan adik beradik namanya
itu kita ambik itu sebagai proses pembesaran dan membina persefahaman mereka..
yang penting jangan sampai Benci membenci... jgn simpan dendam...
itu dah jadi satu penyakit hati yg perlu dirawat segera
Insyallah kita sama sama besar kan anak dengan cara yg terbaik...
Ibu mana yg tak nak anak anak mereka hidup dalam penuh kasih sayang dan berakhlak mulia kan
....

Monday 29 September 2014

WEDDING ANAK RAKAN SEKERJA

Cepat sungguh masa berlalu....
dulu anak anak kawan sekerja semua masih sekolah
kami semua muda belia
masing masing bertanya kan... UPSR dapat berapa... PMR dapat berapa
sekarang anak anak dah membesar...
kami pun menginjak ke fasa seterusnya
kami mula bertanyakan... anak kerja mana? bila nak menantu?
owhhh..  ija ni belum lagi nak bermenantu ... anak sulong baru 14thn
tapi senior senior ija kat opis ni masing masing menunggu turn buat majlis pernikahan anak
Yang satu dah selamat 16 sept 2014 hari tu
belum pun masuk 50 thn dah dapat menantu
kalau ada rejekinya...masuk 50 daah timamg cucu
nest will be this coming 11 okt 2015
lepas tu ghaya cina next year...
cepat betul masa berlalu
bermakna dah lama ija kat company ni kat... dah 16thn... my first and insyallah my last tempat kerja


Cerita pasal wedding anak Zol 16 sept 2014 hari tu
rasa mcm Hino family gathering lah pulak
dan hampir separuh dewan di konker oleh Hino staff
mana yg selalu join family outing dulu dulu
semuanya terpegun tgk anak anak dah membesar ...
dulu keciiikk jer... sekolah rendah .. skrg dah besar dr maknya...
nampak sangat Hino dah lama tak buat family outing kan...

Food pun sedap,,, sedap sangat
Tapi ija ni sibuk duk say hi dr meja ke meja
tak sempat nak menikmati sgt kesedapan makanan kenduri hari tu


Anak Zol pengantin perempuan

tgk tu masing masing sibuk duk layan babies termasuk ija... itu anak si Jazli staff Parts Dept

GIRLS PIJAMAS NIGHT


Ini lah kerja dia org bila  cousin Dania datang overnite.... waktu ni dah pukul 12 mlm.. mama dah sia 2 bakul melipat kain.. dia org belum nak tidur. Sebelum tu layan Frozen kat tv yang kakak record...meja mama dah jadi display lego dia org... anaaak anak.



yg paling kiri dah umur 10 th... yg tengah dan kanan tu sebaya .. 7 thn.


JALAN JALAN KE LUMUT PERAK

Anak anak dah lama request for holiday. Rupanya setahun ija tak bawa anak anak gi holiday... last kita org ke Sepang after holiday ke Penang last year.

So weekend sebelum cuti Hari Malaysia ija bawa anak anak ke Lumut. Ija cuba bawa anak anak ke tempat yg belum dia org pernah pergi... melihat tempat tempat orang kan. Ini asyik tak ke PD, ke Melaka jer. Sekarang nak holiday agak costly sikit, sebab ija kena ambik 2 rooms instead of 1. Anak den dah ompek bolas tahun dah aaaih... tak kan nak se katil ngan mak bapaknya lagi. Dah ambik 2 rooms ni boleh ler mama n papa "honeymoon" kaan... adik kena lah temankan kakak tidur next room. Dan yg penting connecting door. Anak Den pompuan haaa... bahayo. Nak tak nak we have to spent RM600 for the room only. Manalah nak cari hotel bilik yg RM100 skrg ni. Anak Anak pula nak hotel yg ada pool...

Ija pilih SWISS GARDEN DAMAI LAUT, LUMUT. Budak budak suka sbb pool dia besar dan cantik. Ija ambik Sea view.. so view memang lah cantik. But yg tak suka ni byk lalat. But of course kat bilik tak ader but kat cafe byk jugak... Rupanya hotel ni dah berusia 20thn lebih.

Perjalanan took us about 4 hours, decide to take Kuala Selangor Sabak Bernam route. Jauh skit lah compare to Hway Utara Selatan. Tak apa... bukan selalu ija lalu Sabak Bernam kan. So no regret lah lalu ikut jalan sini walaupun jauh sbb seronok tgk pembangunan kuala selangor, sekinchan dan sbak bernam. Yang best byk restoran restoran yg kita org dah mark utk sesi jln jln cari mkn kami nanti. Kononnya on the way balik nnt boleh singgah... antara yg menarik perhatian ija Resotan kari ikan sembilang dan gerai gerai makan yag jual mentarang.



View from our balcony. Rasa damai jer bila nampak luasnya lautan. Anak anak pula resah gelisah bila nampak pool dari jauh. Memandangkan we reached about 4 pm dan belum lunch.. so pool kena tunggu dulu. balik dr mkn baru boleh layan pool. Tapi nama pun budak kaaan... makan pun mcm dah tak selera mengenangkan pool duk melambai lambai...


The next day sebelum balik jalan jalan ke Lumut dulu. Singgah ke jeti Lumut untuk shopping makanan laut sbg buah tangan... singgah tgk kapal perang TLDM  ..


yg paling kiri tu anak buah ija... bawak dia release tension kena reseat  UPSR

Kapal yg dibuat pameran utk pengunjung
Bila sampai Sekinchan... kami tak lepas peluang nak makan mentaram. Susah tau nak dapatkan spesis mentaram ni kat pasar... kat restoran seafood pun tak dapat... yg ado bamboo stick jer alaaa pepaht tuuu...so kami singgah salah satu gerai yg banyak bayak sepanjang jalan tu and we had this..... MENTARAM BAKAR DAN MENTARAM CELUP TEPUNG.... First time ija rasa mentaram celup tepung dan itu terlajak sedaaapppp.... selalu mentaram ni org masak bening jer... letak halia bwg putih ketuk serai... but celup tepung memang sesuatu yg baru dan sedap.. rangup beb.

yg telah dibuang kulit dan dicelup tepungkan

ini yg bakor
Tercapai sudah hasrat nak makan mentaram... cuma tak sempat singgah nak rasa  kari ikan sembilang yg katanya sedap sangat tu. sebab dah malam dan driver dah penat drive 4 hours from lumut ... tak apa insyallah nanti kita jalan jalan cari makan ke kuala selangor, sekinchan dan sabak bernam. Oh ya... yg sedap di Sabak Bernam ialah rojak buah dan jagung di satu gerai di tepi jalan on the way ke lumut. Rojak tu bila dicicah dengan nenas... oooommmmaaaakkkaaaaiiii... sodap sungguh. tgh taip ni pun dah kecur...



Sunday 28 September 2014

MASAK MASAK SANA SINI

Hai semua... eh masuk rumah macam mat salleh kan... beradab sangaat..ok ok ok

Assalamualaikumm
kembali bertemu di arena  blog.. eleh... macam lah ramai memfollow kan.. update sebulan sekali belum tentu...
Tak per,, hari ini Ija lapangkan waktu untuk mngupdate walau tengah mamai.. ala biasalah lunch hour bila time tak keluar kan .. just had a short Nap. Eh penting tu... untuk kesegaran the other half session of 8 working hours .

RENDANG KACANG PANJANG

Untuk update kali ini ija nak share gambar masakan yg ija baru belajar dan gambar masakan yg lain. Yang baru ija belajar Rendang kacang panjang. Ini hasil dari follow FB dan Blog KAK JEE dan KAK CHAHAYA . Meleleh air liur tengok gambar rendang tu. Kebetulan esoknya hari sabtu, boleh ler ija jalan jalan ke pasar cari Bahan .

satu bahan yg ija tak pernah makan. tapi ija cari jugak dan masukkan jugak exactly ikut resepi kak Chahaya. tak apa.. walau ija tak makan tapi MySayang makan. MySayang tu apa yg tak makan.. semua dia makan. senang jaga ahakss...

ok nak tahu apa yg ija tak mkn tapi ija masukkan juga dalam rendang ni...


ni telur ayam tak jadi  kan.. tak tahu org panggil apa..


The rendang is superb... bukan sbb ija yg buat hehehe BUT  resepinya yg memang super duper sedap...Bagi yg tak mkn organ dalm hati pedal tu ... boleh ganti dgn tengku or kaki ayam or kelantan panggil keropeh aye...

BUBUR NASI

Ini bubur nasi . famous kat lembah kelang dan shah alam. ada beberapa restoran yg sediakan bubur nasi macma ni. Tapi tak puas sbb side dish dia tu sikit n limited jer. So kalau masak sendiri sure puas kan. Dania pula suka bubur nasi ni match dgn daging goreng kelantan style. Orang kelantan sure tahu daging goreng ni.  Daging goreng yg pasti nya tak healthy.. mana taknya.. untuk jadikan daging goreng ni sedap mesti kena minyak yg banyak.. dan minyak tu kalau gaul ngan nasi .. samada bubur atau nasi biasa memang waaallllah.Kalau kat kelantan daging akan dicampur dengan lemak lemak... perrgghhh laagiii sedap. Tapi dalam tak healthy tu tak yah ler melampau sangat samapi makan lemak kaan. Kalau dapat kat Dania memang bertambah tambah dia makan.

bawang goreng dan minyak dia tu yg buat kesedapan to the max.

Ni dia set bubur nasi ..





Ini pula ikan talang jeruk... lagi sedap dr tenggiri jeruk. Ija beli masa ke Lumut hari tu. Nyesal beli sekor. Bilaa lah lagi nak ke lumut nak beli ikan ni Bila nak makan... gaulkan bawang besar yg potong dice, cili tomato yg dipotong dice juga, ikan jeruk dan asam limau...perrghh . Aaron Aziz lalu belakang KONPEM tak sedar,,,, 


Eh.. ini bukan masak sendiri... ini steamboat kat Johnny hari tu... Ija sedang mencari resepi unuk sos dia yg super duper sedap tu

Tuesday 9 September 2014

BELUT PAKPEK

Dah lama tak layan belut
last week terjumpa kat Pasar malam Kota Kemuning
RM28 sekilo...
kerana tekak nak makan ok lahh .. beli jer half kilo
so santapan beta hari minggu itu ialah BELUT PAKPEK
Kalau kat jepun dia panggil  UNAGI PAKPEK  boleh? hahahaah



BELUT PAKPEK

Bahan blend :
seinci kunyit
5 batang serai di hiris
4 - 5 ulas bwg putih
cilipadi ikut pedas
belacan
sedikit halia.. (sikit jer)

Bawang besar di hiris
Buah Tomato
Daun limau purut di hiris halus


Tumis bahan Blend...
Masukkan Belut (boleh juga di guna sutung udang or ayam)
masukkan bawang besar, tomato dan bahan perasa
last taburkan hirisan daun limau purut
balik balikkan... siappp





DANIA'S LEGO COLLECTION

Sekarang budak budak tengah gila Lego. Mula tu ija tak ambik pot pun hal hal lego ni... tapi Dania n kakak makin lama makin syiok pulak. Selalunya dia org beli time dia org ke GM Klang dengan bapak sedara dia orang... hari tu ija sendiri ke GM ... ija plak yg rambang mata . aduhai.. ambik itu ambik ini terbang jugak ler RM150...only for toys.. haiaahhhh.. membazir kan ...

Tapi yang best kakak tukang pasang... dania yang main...

Ini collection Dania and Kakak


Ini bukan koleksi Dania.. ini ija ambik pic kat kedai jual Lego kat GM Klang

HAPPY BIRTHDAY BAM BAM DANIA

28th August 2014
Genap 7 thn anak mama
HAPPY BIRTHDAY SAYANG

Hadiah dah dapat 2 months ago. Advance.. sbb tak sabar sabar kan
so dapat kek jer lah




sekarang kan trend FROZEN

TISYA DAN K-POP

.......... memang tak boleh dipisahkan. Ntah bila minat k-pop mempengaruhi dia... rasanya bila dia start layan Running Man. Bila dia layan RM... setiap jumaat mlm dan sabtu mlm mula lah bersengkang mata menunggu RM. itu belum yg diulang tayang yg dia record. Sanggup kluarkan duit utk beli PVR....

Pengaruh dia dan menular kat si adik... kadang kadang dua org ni duk cakap korea... alaaa.. simple simple word yg kakak duk blajar informal lah. Dalam kereta tak der lg nak pasang ERA ker HOT Fm ker... dah ada 2 kpop singer yg buat havoc dalam kereta

Dari RM, ke lagu lagu  Kpop.. dah sekarang layan drama Korea pulaaak... mama nya dah tak boleh layan drama... apa lagi nk tgk HBO ker.. FOX ker

Dari RM, Lagu dan Drama... dia nak lengkapkan lagi keterujaannya dengan KPop...dia usha plak Korean Food. Haa... ini dah melibatkan mak bapak.. mana taknya... budget nk makan kat Korean Restoran kena pakai budget mama n papa. Dah! Botak ler kami. Dah bernanah telinga kami duk dgr ajakan tisya ke Korean Restoran

Finally, ija bawa dia ke Bulgogi Brothers. masa tu bulan Puasa. macam was was nak masuk. sekali tgk pelayan dia wanita melayu... masuk jumpa manager.. and he explained. Ok... kita buka puasa disini... punya lah suka si Tisya.  Menu dia yg pilih.. apa yg RM makan dia nak cuba... recommended by the Manager... we choosed Beef BBQ, and Beef BimBimBap.. (ye ker ejaanya)...


dah habiissss



sedap jugak kimchi soup ni



cara cara mkn bbq dia.. daging di gulung dengan salad

yang sakit hati kangkung dia bagi batang jer


sup ni memang tak sedap

so far penerimaan tekak mamanya oklah...boleh ler nak menelannya. Dah puas dapat makan kat sini...dah dia meroyan mintak makan kat Cafe' Bene...Cafe ni dirasmikan oleh on of RM .. Lee Kwang Soo . Selalu dia ajak kat Sunway... Tapi last week nampak plak kat Jaya Mall... melompat minah ni sbb dekat dgn opis ija. jom kita layan apo yg sodap kek Cafe' Bene..


Bread caramel.... ini highly recommended  sedaap

ABC Korea

Air Bandung Korea.. hahaha

kamsahamnida

Sunday 13 July 2014

KIMONO GIRLS AT NISHIJIN TEXTLE

Nishijin Textile adalah tempat pembuatan kimono dan textile lain
Isteri Maharaja jepun memang tempah kimono sutera mereka di sini dengan harga ratusan ribu untuk sehelai kimono
sebab tu ija tak beli... ingat nak beli buat raya
bergaya dengan kimono di pagi raya konpem tak leh makan byk..boleh jamah jer....... huhuh

Alat tenunan..



tempat tenunan di jalankan

hasil kerja ija ... hehehe

 KIMONO GIRLS


see the beautiful of kimono