Pages

Tuesday, 3 May 2011

PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2011

Ahad lepas ija dan 2 lagi keluarga (kakak dan kakak ipar) bertandang ke Pesta Buku 2011 PWTC, KL. Seawal jam 8.30 am dh keluar rumah, breakfast sekejap, pastu trus ke KL. masuk parking The Mall, nasib baiiikk ada parking, jalan skit cross the road trus sampai ke lokasi. Waktu tu dah pukul 10 lebih tapi orang dah mula ramai. Pintu mula2 kita jumpa ialah pintu KARANGKRAF.. apa lagi, terus serbuuuu...lepas kita orang berpecah. Booth ke booth kami singgah dan tersinggah lah ke booth Popular di mana terjumpa buku kak Siti Rozimah.. 7 Hari Mencintaiku . Tak pikir panjang, capai buku dan bayar. Orang2 di booth  kata pengarangnya on the way tp ija tak boleh nak tunggu sebab Dania dah mula mengada ngada... Dania memang pantang kalau berada di tempat yang ramai orang.



the only novel yang sempat beli
Dalam Dania tengah cranky, cik suami pula kepeningan.. sah sah keturunan tak boleh berada tempat orang yang ramai. Cik suami keluar mencari tempat duduk... tak lama kemudian ija dan anak2 plak join cik suami. kak lin dan kak yun ntah ke mana mana dah.. masing2 mencari keperluan mereka masing2. Tisya pula ajak mencari booth Ain Maisarah.. aduh 2 3 kali tawaf dengan Dania yg nak berdukung + mengada ngada + menangis betul2 menguji kesabaran ija,. Orang dah lah ramai, anak2 plak macam2 ragam..

Selepas ntah yang keberapa kali tawaf, baru jumpa PINK booth ..itu lah booth Ain Maisarah... Mak Aiii manusia bersesak sesak... Apalagi.. org belakang push push ija pun push push  lah... hilang dah sikap berhemah dalam diri bila dalam situasi macam tuh. Sib baik Dania nak didukung papanya, so ija suruh tisya cari buku yg mana dia minat pastu take picture Ain maisarah. Nak ambik gambar berdua ngan Ain Maisarah tak dapat sebab que panjang sangat. Tak sanggup nak que apalagi Dania dah tertidur atas dukungan papanya. 
 Muka Tisya yang tension sebab masih tak jumpa booth Ain Maisarah... yang jumpa banner jer...

 Tisya nak que untuk dapatkan signature Ain tapi the que was too long my dear 

 Dapat snap pic dr dekat pun jadilah
Sib baik Ain ni sporting nak pose... hmm cantik ek Ain Maisarah ni

Kaki dah lenguh, terus kami 3 beranak berjalan keluar ke lobi, bersila di satu sudut sambil menunggu yang lain. Dalam 30 minit semua nya dah berkumpul kami pun berjalan keluar dr PWTC. Maaakk.. tobat!!! Next time kalau nak layan book fair kena datang ngan Tisya jer... lain lain duk rumah diam diam.


No comments:

Post a Comment