Pages

Monday 23 June 2014

HINO DISCOVERY TRIP PART 2

Selepas 6 jam penerbangan... kami sampai ke Narita Airport awal pagi
Disambut oleh Tour Guide terus kami menaiki bas ke destinasi pertama
Imaginelah dengan muka bgn tidur, basuh muka gosok gigi ala kadar... kami dibawa jalan jalan
Destinasi pertama ialah Asakusa, Tokyo
Terletak nya temple dan juga pusat membeli belah cenderahati dan makanan
hai ... apa yg nak dishopping yer... kepala otak tak leh focus lg...



Asakusa Shrine - one of famous temple


Dah penat jalan jalan dalam hujan yang renyai (oh yaaa... waktu tu jepun baru berubah musim... Raining season) Kami singgah makan di Restaurant.  Tentang makan... pelancongan jepun memang alert tentang Halal Food namun itu masih baru dalam industri mereka. So untuk ija n 3 other muslim staff dihidangkan dengan seafood... biasalahkan... tempura lah....


Dari Asakusa... kami bergerak ke Moriat Museum Tokyo City View...  untuk melihat panorama Bandar Tokyo dari Tingkat 53...


Tokyo City Dari tingkat 53
Dah penat kat sini barulah kami di bawa ke penginapan di Palace Hotel, Tachikawa. Yeaaay single Room... best best best... nak dengkur ke.. nak menyeksi ker, kita sorang sorang.

...............................................................................To be continued

HINO DISCOVERY TRIP PART 1

Waduh waduh,,, berhabuk sih  ... fuh fuh fuh
haaaaachooom...
nampak sangat kan ija dah lama tak bukak rumah blog
sibuk? memang kesibukkan sikit... eh banyakkk
tiada ruang untuk ija nak berkarya... cheewah...

Hari ni tak sibuk ker?  Sibuk jugak tapi ketepikan sejenak kesibukan utk ija update blog
kita ni kena cari ruang bilamana ruang semacam tak nak bagi peluang kat kita

Ok... citer kali ini  juga tentang PELUANG
Kata pepatah Jepun ... alahai tk gheti lak nk tulis jepun
tk per.. ija translatekan jer ek
Sekira datangnya peluang dalam hidup kita
Just Grab it.. tak perlu pandang kiri kanan nak pikir nak ambil ker tidak peluang itu
takut takut peluang seumpama itu tak akan datang lagi
Sekiranya peluang datang kali kedua itu kita kata BONUS
So just grab apa jua peluang yg datang

Bercakap  tentang peluang....
after 17 years ija kerja dengan company...
Alhamdulillah akhirnya Ija diberi peluang untuk jejak ke bumi JEPUN
Ke Jepun untk discover tentang HINO
wow.... all these days ija hanya dengar HINO no company besar... well known in Japan
Dengarlah jer kan
Dan bila ija melihat dengan mata ija sendiri ... Ibupejabat di Tokyo... Assembly plant di tokyo... plant di Hamura ... melihat bagaimana produksi sebuah lori di buat .. sedari rangka hingga sebiji lori
perasaan bangga kerana menjadi HINO Family...

Ija berlepas pada 7hb June dan pulang pada 13hb June 2014... 6 hari ija di sana
melihat budaya kerja.. kehidupan dan budaya mereka
cukup untuk membuat ija jatuh cinta dengan JEPUN
Alhamdulillah ija diberikan kesihatan yang baik sepanjang ija di sana
3 hari ija dalam jadual mereka ... cukup untuk membuat ija lelah
mana tak lelah
semua nya cepat dan pantas
macam Shinkansen (Japanese Bullet Train)...
Orang Orang mereka ni walaupun dah lanjut usia tapi mereka masih pantas bergerak
Ija kagum dengan mereka yg berjalan kaki, berbasikal dan budaya naik tangga
apa yg ija maksudkan budaya naik tangga ialah walaupun ada lif tapi mereka lebih menggunakan tangga untuk ke level atas....
Dan yang paling ija tabik ialah tahap keselamatan di negara Jepun
whenever you go you will feel safe...
negara mereka tidak ada lambakan nepal, bangla dan indon... semua bangsa mereka
Pukul 9 mlm ija berani keluar jalan sorang sorang ke seven eleven mencari mineral water
padahal jam 9 mlm bandar mereka dah sunyi sbb kedai tutup kul 7 mlm

Cuma satu sahaja yg menjadi kengkangan... Bahasa
kamu faham ke tak.... dia hanya berbahasa jepeun sahaja
so komunikasi kami seumpama itik dah ayam
dari yg muda hingga ke tua...



.........................................................to be continued 


TOKYO CITY