Pages

Thursday 31 May 2012

Twitter : @sacitycouncil FB: MBSA



Ni bukan nak buat paparan lucah. Tapi ini adalah paparan sebenar di kawasan tanah persendirian yang didiami oleh ibu mertua ku di Batu 71/2, Jalan Kebun. Kita orang masih guna alamat Klang walaupun dah masuk Shah Alam sekarang.

Anjing - anjing liar ini dah lama duk berkeliaran di kawasan rumah MIL ija. Kalau sebelum ini, anak2 bebas bermain di persekitaran rumah, baik petang atau pagi. MIl pula pagi2 dengan aktiviti dia (siram pokok, tanak pokok, berkebun). Sekarang kami dah tak berani nak benarkan anak anak bermain kat luar. Silap haribulan tak cukup tanah budak2 tu lari kalau kena kejar anjing liar. Tambah lagi cuti sekolah, anak anak macam kena perintah berkurung kat dalam rumah.

Mulanya tu SIL buat aduan ke Majlis Bandaraya Klang .. depa kata Jalan KEbun dah masuk tanah jajahan  Shah Alam. So SIL pun buat lah aduan kat Majlis Bandaraya Shah Alam. Aduan macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Jenuh dan Hampeh!!!.. Then SIL ija masukkan plak aduan melalui FB since MBSA ada sediakan kemudahan online aduan.


Beratus kali SIL call No 016 243088 Cik Zuhaila .. haraaaaaaaaaaaaaammm nak diangkat. Bukan ke no tuh diberi utk menerima panggilan aduan, so kenapa tak diangkat ? Janganlah pula menyalahgunakan no itu ... mana tau, hanya jawab kalau nombor pakwe jer yg tertera.

Memandangkan anjing2 liar ni makin lama makin dah tak takut kita orang, so hari ini ija ambil alih tugas menalipon orang2 yang bertanggungjawab menangkap anjing2 tersebut.

Pagi, ija cal no hp Cik Zuhaila.... dan seperti di duga ... Tak berjawap. Hangin! Masuk websit MBSA, ada twitter utk aduan, so ija tweet @sacitycouncil....puun tk der reply. Tk taulah kut2 dia org ambik 36 jam baru nak reply.


Sebelum lunch, ija call lagi MBSA Jabatan Khidmat Bandar ... tk der nak tanya mana si Zuhaila ker.. sapa sapa ker.. trus mtk extension Pengarah.. Tn Hj Nor Isa. Tn Hj tak der... (ai.. awai nyer keluar lunch... ishhh ija tk baaikk habaq lagu tuh... ok ok maap, hati tgh Hangaaat).  Petang kul 3 call lagi, baaaru dapat cakap ngan Tn Haji. Cerita segala kesulitan, kepayahana dan bahayanya .... tapi bila sampai komplain pasai budak Zuhaila ni, aikk, Tn hj cepat2 potong mcm tk nak dgr... (tn hj ada skandal ker? issshhh tak baiiikkkk ... ok ok maap tn hj.. cuma curious sbb tn hj mcm baiik nyer backing). Tak per... ambil segala maklumat, alamat, org2 yg boleh dihubungi .... Saya sempat "merayu" kat Tn Hj supaya tindakan SEGERA sbb ni pasai keselamatan. Jgn sampa berlaku benda yg tak diingini baru nak ambil tindakan. Nauzubillah!!..

So kita tgk lah berapa lama yer... selepas aduan di buat hari ini .. direct kepada PENGARAH JABATAN KHIDMAT BANDAR.. berapa lama tindakan akan di ambil? JUST WAIT N SEE.....

Maap yer, nama nama yg ada di atas terpaksa saya letak di sini secara terang2 tanpa berselindung sbb kami tak boleh bertolak ansur kalau hal2 yg melibatkan bahaya dan keselamatan kepada ahli keluarga kami.

Kepada Kakitangan kerajaan, TOLONGLAH ubah presepsi kami bahaya KORANG TAK BUAT KERJA!  Walau tak semua tapi orang2 seperti itu yg telah mencacatkan sektor awam. Macam2 insentif korang dapat so buat lah kerja agar berbaloi insentif yg korang dapat. LETIH KALAU BERURUSAN DGN GOMEN!. Sorry.....

Tuesday 29 May 2012

SUSAHNYAAAA... NAK BERCERAI SUSU

Almost every month since masuk sekolah ni Dania batuk2.  Dah makan ubat, ok then batuk lagi. Sekarang dah 2 minggu dia batuk, jumpa doctor dah 3 kali. Even dah makan xithromax pun tk ok. Doc yg ke 3 ija try doc lain... sebelum ni jumpa doc Nazli jer (Poliklinik Shaik, Kota Kemuning). This time jumpa Dr Cheah Fraser. Muda lagi tp penerangan dia terang sgt siap lukis paru2 lagi. Dia bagitau sama ngan dr Nazli bagitau... allergy. So from Rhinothiol (betul ke eja) tukar pada sabutamol ventolin, add singulair (mahal ler kalau ubat ni ). 2 hari dania batuk kuat sgt .. effect from ventolin. Ahad petang ija lari bawa ke Mediviron sbb Shaik tutup. Kesian sgt tgk dia batuk. Rupanya yg buat dia batuk teruk ialah ventolin. dia batuk sbb tu cara utk keluarkan kahak. tp betul.. dia batuk n batuk n once dia muntah kahal, dia lega.... Doc kata 30% relief. Tp utk 3 hari i kena bersabar lah dgn batuk yg a bit kuat tuh. Insyallah...syuuh syuuh pi jauh jauh batuk Dania kan.. siaan dia batuk.. Dr Cheah Fraser pun nasihat suruh turunkan weight Dania. She put on weight because of susu. Yup, satu hari Dania minum 3- 4 bottles dan setiap botol 7-8 auns... Kalau nak tidur sure nak susu...Ini yg susah sangat2. Bukan Dr Nazli tk pernah ckp, tp everytime she cried nak susu, tk sampai hati lah plak. Tapi kali ini ija kena tegas dan buat hati kering. Nangis pun nangis lah nak oi, yg penting kesihatan Dania. kalau siang tk sgt lah dia mencari susunya...tp time malam dia nak susu. ekceli dia nak nyotnyot puting tuuu.. so Incik A'an buatkan ribena tawar2... Alhamdulillah , it works. bukan habis pun ribena dia minum, yg penting dpt nyot nyot utk kasi lelap jer. Sebelum nu ija buatkan milo kosong, masukkan dlm botol.. dia kata tak sedap... huhuhuhu. Tapi setiap kali dia cuba cuba goda mama suruh buatkan susu, hati ni rasa kesiaaaan sangat. Tp this for her own good kan.

Tak per... nia kan nak jadi BARBIE. kalau tk stop susu nanti Nia jadi BARBAM. selalu pujuk dia mcm tu...


Tuesday 22 May 2012

AL FATIHAH - NORMA

Ija has been following Moon Blog sebab nak follow story tentang Norma. Ija pun dah lupa macamana ija boleh terjumpa kisah norma dan terus follow Blog Moon. Yang pasti dari blogwalking tp dr blog sapa ija lupa. Ija follow kisah Norma... tentang ketabahan seorang pesakit kanser yang belum sempat nak  menumpah kan kasihsayang nya sebagai seorang ibu kepada anak nya, tentang kesetiaan dan kesabaran seorang suami menghadapi seorang isteri yang sakit dan kasih sayang seorang ipar yang sungguh memberi support moral dan wang ringgit kepada adik suaminya. Sesiapa yang membaca pasti kagum dengan semua yang berada di dalam kisah Norma.

Setiap pagi (kecuali hari minggu) ija tak pernah fail buka blog Moon. Even kalau tk der updates tentang Norma , seronok jugak baca aktiviti photography moon dan curtain globe sale.

Hari ini... sebelum ija start my routine, ija buka blog Moon dan today's  update Norma Telah Pergi Buat Selamanya..... Norma sudah dijemput olehNya after berperang melawan Kanser... untuk kisah selanjutnya baca lah BLOG MOON . Ija mohon sedekahlah Al Fatihah buat Norma ...

HARI YANG MENDUNG

Permulaan hari yang kelam kabut. Well its not a good start for my Tuesday. Kat office dapat message from my in law :

Just to let you know, bg ayob meninggal malam tadi. kul 11 kebumi kat Muar

Innalillahiwainahirajiun.... Tak der khabar pun yang dia sakit. Rupanya he was in ICU  last week. Sebab .. Wallahualam blum dapat clear story lagi

Then buka blog  Moon Norma is not in good condition but stable. Ija pasti ramai yang follow blog moon untuk kisah Norma.

Tiba2 insaf... aduhai... ija pun dah lama tak check up since give birth to Dania. Wow, it has been 5 years lah. lama sangat tu... Tekad, (ija ni bukannya mesra klinik/spital) i will do my full medical check up next month... naper bertangguh lagi? Alaaa... gaji 28hb maaaa.....



Monday 21 May 2012

MEMEY BANGGO!

Walaupun 2 hari dah berlalu, tp aura masih berbaki...
Walaupun kata cerca singgah di telinga
Pedulikan.. itu sudah tersurat
Kemenangan berpihak pada Kelantan
Piala sudah pun diarak pulang
Kejayaan sudah diraikan...

KAWE BANGGO !



Tuesday 15 May 2012

DUNIA MASAK IJA

Dunia masak ija hanya terpencil sahaja...
Apalah sangat berbanding dgn blog blog masakan yang ija follow
gah gah semuanya
Ija masak hanya untuk Family sahaja
Tapi biasa lah... anak anak memuji mcm makan kat hotel
Padahal sesedap rasa jer
Asal boleh mengenyangkan ... Alhamdulillah
Terkadang rindu pada masakan kelate
setakat nasi kerabu nasi belauk nasi dagang
dah bersepah org jual...
Apalagi buka jer pintu rumah
dah boleh makan nasi kerabu
tapi kalau tekak nak makan pulut pagi
sapa yg jual?
nak tak nak kenaa lah cari kat dapur sendiri..
hari tuh macam terbau bau jer ayam percik
mana nak dapat ayam percik yg seperti Ayam Percik Yati, Kota Bharu
so kita buat sendiri lah kat dapur...
walau pun bukan 100% macam Ayam Percik Yati, Kota Bharu


bakar ayam dulu.. eh ada hati..bakar jugak lah.. yeay.. percik hati yum yum yum

Sementara tunggu ayam di bakar, kita buat gravy... 

First time buat pulut pagi.. alhamdulillah jadi n puas makan, siap ada garnishing dia

Asparagus berencah sutun... 

Asam pedas tempoyak ikan patin in the making... sian Tisya tak boleh makan sebab tonsil tgh bengkak.

Ini nasi air a.k.a bubur nasi a.k.a moi... buat masa anak anak tak sihat hari tuh. 

Nanti kalau masak2 lagi kita post ek.. 

Monday 14 May 2012

HELLO WORLD... I'M PREGNANT!!!


                


Ehsan Mr Google


eh eh... gempaknya tajuk.... Eh takkkk... Ija tak pregnant laaah... Ish, kalau dapat pregnant lagi alangkah sheronoknyaaaa.. sapa tak sheronok kalau dapat baby kaan... sekarang ni pun mcm terasa rasa bila baby gerak2 dalam perut. Ija paling suka kalau time baby melasak dalam perut... tiba2 mengeras belah kiri .. aiik dia pusing plak ke bawah... ija really really appreciate that moment... kalau baby tak melasak, mula lah garu2 perut kejutkan dia...Pengalaman ija 2 org anak, masing2 berbeza... Dania akan aktif everytime after dinner... dia punya lasak sampai ija terpaksa gosok perut dan cakap " Adiik... relax laah....). Kakak time dia aktif waktu office hour... nak nak lepas lunch...

Sebenarnya tajuk di atas bukan ija nak citer pregnancy experience ija.. Pun bukan nak kasi tau satu dunia yg ija pregnant... heheh i wish tp disebabkan oleh faktor usia dan kesihatan juga history pregnancy yg lepas.. ija rasa cukuplah dua orang ajer. Alahamdullilah ada juga zuriat untuk penyambung waris. Sekarang focus pada proses pembesaran mereka.

Sehari dua ni kat twitter, timeline ija penuh dengan ucapan tahniah kepada dua  celebrities yang dah buat announcement kat twitter that they are pregnant. Waah tahniah jugak lah kepada Eira Syazira  - @EiraSyaziraS  dan Fasha Sandha - @FashaSandha1 kerana dah disahkan pregnant...Berduyun duyun congrat wishes kat twitter....Itu lah kebahagian yg tak terucap bagi pasangan yg berkahwin bila disahkan pregnant.  Cuma bagi pendapat ija.... tak salah kalau berita gembira dikongsi tapi tak perlu lah nak di war warkan sampai 1 dunia perlu diberitahu... pregnant baru 1st trimester macam macam bleh jadi... stage yg paling fragile kata orang. Bila dah confirm pregnant, good news ni boleh diberitahu pada suami, pada mak ayah kita, adik beradik.  Orang dulu2 punya nasihat.. kalau boleh tk payah nak heboh sana sini .. yelah takut apa apa jadi. Mungkin masa kita duk war warkan terbit rasa bangga dan takbur, kalau Allah tak suka, nanti rezeki ditarik balik. Sapa rugi?

Kalau Eira Syazira kata dia preggy dah 6 minggu... ok lah.. kira dah sebulan lebih. Yang si Fasha Sandha plak kata baru 1 week... laaaa... baru 1 minggu miss period.. kalau bagi ija.. ija sure diam diam dulu... bila dah miss 2 minggu baru ija buat test... baru rasa confident skit.. then after doc confirm baru lah kita boleh share the good news. Sebab ija dah experience with the error result frm the pregnancy test yg ija beli dulu.  Paham laaa... org baru tawin  ni sure over excited... plak tu katanya bunting pelamin... tp kadang2 nasihat dan pantang larang orang tua masih boleh diguna pakai dalam zaman sekarang. Di buat nya period on the 2nd week.. daah kata gugur plak..eh tak baik doakan yg tak baik ... sowi.  Well, still ija berpegang pada ..apa apa pun kesederhanaan itu penting... overexcited nnt karang ... kalau apa apa jadi dah kacau emosi.. Ija dulu pun bunting pelamin  gaaak... tp tkder nak canang... yerlaaa... thn 2000 mana ada twitter lagi ..  yer dak? kalau ada twitter sekali pun, tk der nya la nak buat announcment ....What ever just pray for them.. hope that  dapat melalui proses mengandung dengan kesihatan mummy n baby yg terbaik...

Satu lagi .. dah jadi budaya... eh bukan, dah jadi trend sekarang... masing2 sibuk nak buat Baby Shower... ini kan trend yg dibawa dr barat... ya ya ya... they said apa salah nya nak buat Baby shower. Betul... memang tak salah ( tk der dlm fatwa kan... hehehe) .. katanya niat nak sharing happy moment. Hmm... for ija.. tk payah lah ber baby shower bagai... buat jer doa selamat supaya baby nanti lahir sihat dan selamat dan proses kelahiran semua lancar... anak dan ibu dua dua sihat...Tak perlu lah baby shower semua ini...

Semua patah perkataan di atas adalah hanya pandangan dan buah pikiran ija sahaja... (kalau bahasa kasarnya, eh blog den, suko hati den laa nak tulis apo). Tidak ada bantahan dan protes untuk nama nama yang berkenaan.   Hahahah takuuut .. tkt nanti Fasha Sandha saman kang.. tk berbayor teman .... Suami dio somebody, suami den busybody joo... bukan bodybuilder...

Selamat beraktivitas....


DANIA DAN BARBIE

Dania so so so obsessed dengan Barbie sampai tension mama nak layan... everything she want barbie... asal keluar jer.. "adik nak Barbieeeee". Kalau gi Carefour, tempat yg dia tuju dulu ialah kat stationery ... dia cari stationery Barbie sampai dia pun dh pening sebab semua nya mama dah belikan... note book, pencil, colour pencil, ruler.. segala benda lah...Ada sekali kami pegi kedai buku Populor, dia jadi rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Buku BARBIE??? tak payah citer... kalah langganan bulanan mama majalah KELUARGA.

Sekarang dia heboh duk ajak gi KL... nak gi Barbie Shop kat Mid Valley... ini kes dia tgk shop ni kat majalah Barbie dan kakaknya pula kasi tau dia kedai tu kat KL. Hari hari ajak gi KL.. Mama bukan tak mau  bawa tp rasa macam gerun lah  nak ke sana.. Mana tak gerun ... BARBIE brand ni bukan murah nakk oooi... benda sehalus zarah dah rege puluhan ringgit, kalau dibuatnya dia tarik barang yg besar tak ker beratus regenya... eiiii gerun weh.

Ija nak share citer malam tadi... still pasal Dania n Barbie.... ija kemas2 drawer baju Dania dan memandangkan drawer dah over loaded, ija keluarkan baju2 yang mana dah ketat. Dan a few of her jeans terpaksa dikeluarkan dan maka terkeluarlah satu jeans yg ija belikan when she was 2. Jeans Barbie... masa tu Dania tgh gila BEN 10... dia tak pandang pun Barbie... Ija beli tu sbb ija yg suka. So last nite dia ternampak jeans ni ... apa lagi... ternganga lah dia... she tot she can still wear the jeans... Menangis nangis mitak disarongkan. Macamana nak sarongkan... betis pun tk lepas ... tak kan bleh sampai perut... The jeans still in good condition, even nampak mcm baru sangat. Dia tak terima...tak puas hati... menangis2... ala sian lah plak... so ija pujuk2 lah dan this was my pujuk :

Mama : Adik dah pakai lah jeans ni... masa tu adik kecik lagiii. adik tak ingat
Dania  :  Mama pakaikan laaahhh... adik nak pakai..*sambil nangis*
Mama : tak muat... adik kena kuruskan badan dulu... kena exercise, malam2 jgn minum susu...
Dania  :  adik suka sangat jeans ni.... adik nak kurus, nak jadi mcm barbie
Mama : ok... adik kena exercise macam ni * mama buat hands up hands down *

1  2   3 ... then ija stop... tiba2

Dania: mama buat lah lagiiii exercise.. adik nak kurus nak pakai jeans Barbie
Mama : Adik buat malam ni bukan malan ni adik trus kurusss...
Dania : wuaaaaaaaaaaaaaaa  * nangis lagi. masa exercise td nangis dah stop*
Mama: Dah,  jom kita tidur dulu...esok adik ada exam...
Dania : adik nak tidur dgn jeans Barbie...
Mama : ok laahh

Jadi... macam ni lah Dania tried to sleep with her Barbie Jeans....



Hiba plak mama tgk dikk...

Tapi mungkin dia tak selesa sbb posisi dia tidur ialah meniarap.. dia tk suka tidur terlentang mcm tuh... so what she did dia lipat jeans tu dan tidur berbantalkan jeans Barbie... Time ni ija tak snap gambar sebab ija dah mamai mamai nak zzzzzzzz.....

This morning she woke up dia nak bawa jeans tu ke sekolah.. Oh no no no sayang oii... nanti Teacher Thana marah. Dulu bawa Gitar gi sekolah (mama bleh tk perasan bila masa dia masukkan dalam beg) dh kena sound dgn teacher Thana. Dalam kelam kabut nak gi keje, ija pujuk2 dan Alhamdulillah she agree after Ija said adik boleh bawa gi rumah Mak (babysitter).

Insyallah nanti ada rezeki mama bawa adik gi Barbie Shop kat Mid Valley k. Tp adik kena janji jgn ambil yang mahal2 tau!. *mama kena bawa duit xtra oooo.... mama berisiko tinggi kalau setuju bawa adik gi sana... berisiko utk overspent!*



Thursday 3 May 2012

CERITA CERITI DI SANA SINI

Assalamualikummm, lamanya tak mencoret dan menconteng di sini.. tau tau, banyak benda baru kat blog setting kan... jadi blur seketika.. Takper slow slow kita belajar benda yb baru ni kan.. Seminggu dua yg lepas, banyak hal yg terjadi. Dan banyak juga hal hal yang menyesakkan fikiran. Semak! tp selalu zikir Allahuma Yasser Wala Tuasser ... semoga Allah permudahkan segalanya .. permudahkan urusan, permudahkan kekalutan.... Balik dari Birthday party Rayyan, tgh siapkan Dania nak tidur tiba tiba ija dikejutkan berita anak buah accident... Everybody was rushing nak ke Hospital. Since Dania dah ngamuk2 nak tidur, and since dah ramai ke sana so ija suruh Incik A'an jerlah ke sana with his sister and mother. Ija dan anak2 stay at home. Amirul was badly injured di mana terdapat tulang patah kat peha and he has to go for operation utk masukkan besi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sekarang di rumah utk berehat. Boy, u have to be strong .. tak lama lagi nak SPM...
House Renovation: After a month, alhamdulillah complete sudaahh. Yeayyy finally Pak hitam WUK dgn si kelabu WNE dah ada tempat berteduh. tiada lagi berhujan berpanas...Anak2 pun tk pyh nak berpayung bila nak ke kereta waktu hujan. Ampaian pun dah selesa di belakang rumah .. tk payah lagi nak menyemak kat depan. So misi seterusnya ialah untuk mencari garden chair nak letak kat depan..dan juga sesi menghias dengan pokok2 bunga. Pokok bunga ku semua hidup segan mati tak mau sejak2 kerja renovation di lakukan... Nanti mood berkebun datang kita kasi vitamin kat pokok yer... Citer Makan2... Atas request anak2, kita dinner lagi kat Tupai Tupai hari sabtu lepas...
(Gambar amat tidak memuaskan)... Malam selasa lepas, Incik A'an bakar ribs yg balen hari tuh dan ayam for dinner... Ija masak lemak udang dan kita makan makan di kedai depan rumah... eh kedai tuh kedai adik ipar... jom tgk Incik A'an yg rajin membakar
oh ya... just wanna share this picture
We gave a surprise cake for Incik A'an ... dia balik keje we standby kat depan pintu and TADAAAAA... as always.. Dania bizi nak nyebuk blow the candle...

Wednesday 2 May 2012

IJA FENIN

benda benda baru ni buat ija fenin... nak kena explore dulu baru reti pakai... itu yg keluar dan terpost itu dan ini... banyak citer yg nak ija share with... tp a bit bizi ler hari ni... Insyallah ija update nnt