Pages

Tuesday, 19 April 2011

Wajah Wajah Kesayangan Hamba

Tiada yg paling berharga dalam hidup seorang isteri dan ibu yg bernama Noor Aliza melainkan wajah wajah ini:
 
 


Kakak melengkapkan mama sebagai seorang wanita dan seorang isteri. Kakak mengajar mama tentang tanggungjawab sebagai ibu. Kakak mengajar mama erti kesabaran membesarkan anak anak. Mama marah kakak sebab mama nak yang terbaik untuk bekal kakak bila kakak mula mengenal erti sebenar kehidupan. Ibu Yun kata muka kakak macam muka nenek muda2 duluuu .. kakak paling tk suka bila mama kata kakak muka nenek... tapi kakak punya sikap mama...best kan. Sebagai anak yang sulong kakak harus "dewasa" harus matang harus bertanggungjawab kerana kakak adalah idola pada adik. mama sayang kakak dunia akhirat. Siapa pun kakak kelak, kakak tetap anak mama. Mama saaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyaaannng NUR AUNI BATRISYIA.




7 tahun mama, papa dan kakak tunggu adik. Alhamdulillah, 2007 Allah makbulkan doa kami. Tak susah mama bawa Nia 9 bulan dalam kandungan tp mama dpt rasa, anak mama yg sorang dan yg bongsu ini lain dr yang lain. Lasak semacam jer dalam perut mama... Walaupun mama dan papa mengharapkan kandungan kali ini lelaki tp mama bersyukur, anak perempuan mama lahir dengan sihat dan sempurna. 9 bulan mama hidup dengan insulin dan ubat darah tinggi, amat amat merisaukan mama ... bimbang apa apa berlaku pada Nia. Syukuurrr sangat, kurnia Allah pada mama seorang bayi sempurna.  Nia nakal, Nia moody Nia lasak Nia garang tp Nia menghiburkan kami sekeluarga. Nia lain sangat dr kakak... Kakak lady like, Nia tahan lasak tp dalam garang2 Nia, nia takut cat. Semua cakap Nia ikut rupa mama... tp Nia garang macam Papa... Siapa pun Nia... Nia tetap Cinta hati mama... mama saaaaaaaayaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnggg Minah..eh bukan .. Niaaaa...NUR AUNI DANIA







August 1998 rombongan merisik dr Klang ke Jalan Langgar, Kota Bharu. June 1999 rombongan kawin dr Klang ke Jalan Langgar Kota Bharu. Alhamdulillah, dah 12 tahun kita melayari alam perkahwinan dengan penyeri hidup kita, kakak dan adik...Bermacam ranjau dan onak kita lalui... kita lalui dugaan paling besar pada thn ke-5 perkahwinan, Allah menguji kita dengan dugaan maha kuat. sejak dr itu kita berusaha memahami dan mengenali, memberi dan menerima. Sesekali tergigit lidah itu sudah adat dan resam untuk mewarnai perkahwinan kita. Papa sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk kami, tp mama faham atas keterbatasan kita... banyak yang perlu kita hadkan.. tp tk mengapa, ini sudah lebih dr mencukupi. Kami tak pernah berlapar, cuma kadang2 perlu kami mengalah bila kadang2 setan menggoda kami dengan selera kami yg mula melampaui kemampuan. Papa kadang2 lucu, kadang2 tegas. Ke mana papa pergi pasti papa mau kami anak beranak ikut. Papa tk betah untuk ke mana mana tanpa kami. kadang2 mama nak berdua dua an ngan papa pun tk der peluang.

Papa, terima kasih atas pengorbanan papa, kasih sayang papa pada mama dan anak anak. papa jaga kesihatan papa... jangan ambil lewa tentang kesihatan  papa kerana kami memerlukan papa dalam keidupan kami. 24 April  papa genap 45 tahun. Papa dh tua tp anak2 masih kecil... oowh lupaa.. papa kawin lambat kan...Selamat ulang tahun sayang.... Semoga Allah memberi kesihatan dan kehidupan yang terbaik baut kita ya pa..
Mama sayang sangaaaaaaaaaaatttt kat Papa, Mohd Hanaffee Bin Othman...



I love my family....

No comments:

Post a Comment