Ija suka panggil Dania dengan nama Minah. Dania paling tk suka namanya dipanggil dengan nama Minah. kalau ija panggil dia dengan nama Minah sure dia akan perbetulkan...atau dia akan mengingatkan dan perbetulkan .. "Minah?.. D A N I A lah"
Satu malam, waktu nak suapkan ubat, dania melengah2 kan dan main main jer.. yerlah dah dekat seminggu duk makan ubat sapa tk boring dan muak...Dalam ija nak cepat dia lengah2kan apa lagi... mama's blood goes upstairs lah sayang... maka terkeluarlah "Eh Minah.. cepat lah". dan macam biasa dia buat muka tk suka bila namanya dipanggil dgn panggilan itu. Dah selesai semua, ija, cik suami siap2 nak keluar jemput tisya dari tuisyen. cik suami dah tunggu di kereta. Ija sempat ke dapur kononnya nak ambil jagung dan makan di kereta sambil2 tunggu tisya. Tengah-tengah basuh jagung tuh, datang lah dania dengan selambanya "Eh Minah cepatlah sikit... makaaaaaaaaann ajer".. Eh eh.... dia MINAHkan kita balik? Ija tk tahan gelak, masuk kereta terus story kat suami....
Itu lah kan...budak2 ni cepat sgt meniru atau mengQuoteskan (marah pakar bahasa bila baca ayat ni) apa yg terkeluar dari mulut kita kan...maka hati hati lah dalam menuturkan apa jua dihadapan anak2 terutama perkataan sepeti BANGANG, BODOH, IBAB (baca terbalik) kerana dia akan tuturkan ayat yang sama kepada kita nanti...
No comments:
Post a Comment