2 April (sabtu) menunaikan janji yg dh lama tertangguh... bawa anak anak ke Melaka. Sebenarnya dh lama kak lin ajak ke Wonderland Melaka, tp asyik kena tangguh sebab tk der masa yg sesuai. Kebetulan bulan ni ramai sgt yg sambut birthday (kak lin- 2 apr, cik suami 24 apr, mat rayyan 22 apr) so kami sepakat 3 family (kak lin, adik n my family) ni berkumpul "celebrate" kat melaka. Oh ya, plus belated birthday Tisya 22 March.. dh janji mama hadiah kan Wonderland sempena birthday dia...
Pukul 1 ++ sampai Ancasa hotel, check in, makan2 sat pastu trus ke sini @Melaka Wonderland
blum apa apa anak anak dah masuk dalam kolam...
dania plak nangis bila jumpa mascot
No comments:
Post a Comment