Pages

Wednesday, 27 April 2011

Aku Sudah Jadi Warganegara Yang Bertanggungjawab...

E-Filing... E-Filing... E Filing
Itu lah word keramat cik suami ku seminggu dua ni. Reminding me to submit because we running out of time already. 30hb is the closing date.

Psssst..nak tau 1 rahsia besar? Sebenarnya ija baru declare file incometax ni tahun lepas after 12 thn bekerja. Al maklumlah... gaji kecik katakan.. Ini pun sbb thn lepas dh start potong PCB, pastu Payroll duk bising mtk incometax number.

Selama ini tak pernah terima Borang B, gaji keciklah katakaaannn. Sampai la ni pun tk terima tp tahun ni ntah disebabkan terasa t/tanggungjawabnya bila dh potong PCB, cik suami pun dengan baik hati pegi ambil pin number. Lunch break tadi dgn gigihnya mengisi online form. Bla bla bla .... Tandatangan Dan Hantar. Weh.. ku dh jadi seorang rakyat Malaysia yang sungguh bertanggungjawab.. dan yang paling membahagiakan di kolum Jumlah Cukai Yang Perlu Di Bayar ialah RM0.00... Manakala Jumlah Cukai terlebih bayar pula... RMxxx.00... Ye ker ni? tak percaya jeeerrr .. tk pernah declare tup tup incometax plak nak buat amal jariah kat kita. Haii.. kecik tapak tangan nyiru hamba tadah...

Untuk kawan kawan yang masih belum menunaikan tanggungjawab, sila sila lah berbuat secepat mungkin sbb tarikh tutup ada tak sampai 36 jam lagi...alaah bukannya lamo... kojap yoo.. ija buat pun sambil makan tghari...blum habis makan, dah complete dah borang



Mudah? Ya.. memang mudah
Tepat?  Harap2 cukai yg terlebih bayar tu tepatlah ya.. hehehe
Selamat?  Insyallah....

No comments:

Post a Comment