Pages

Tuesday 9 September 2014

TISYA DAN K-POP

.......... memang tak boleh dipisahkan. Ntah bila minat k-pop mempengaruhi dia... rasanya bila dia start layan Running Man. Bila dia layan RM... setiap jumaat mlm dan sabtu mlm mula lah bersengkang mata menunggu RM. itu belum yg diulang tayang yg dia record. Sanggup kluarkan duit utk beli PVR....

Pengaruh dia dan menular kat si adik... kadang kadang dua org ni duk cakap korea... alaaa.. simple simple word yg kakak duk blajar informal lah. Dalam kereta tak der lg nak pasang ERA ker HOT Fm ker... dah ada 2 kpop singer yg buat havoc dalam kereta

Dari RM, ke lagu lagu  Kpop.. dah sekarang layan drama Korea pulaaak... mama nya dah tak boleh layan drama... apa lagi nk tgk HBO ker.. FOX ker

Dari RM, Lagu dan Drama... dia nak lengkapkan lagi keterujaannya dengan KPop...dia usha plak Korean Food. Haa... ini dah melibatkan mak bapak.. mana taknya... budget nk makan kat Korean Restoran kena pakai budget mama n papa. Dah! Botak ler kami. Dah bernanah telinga kami duk dgr ajakan tisya ke Korean Restoran

Finally, ija bawa dia ke Bulgogi Brothers. masa tu bulan Puasa. macam was was nak masuk. sekali tgk pelayan dia wanita melayu... masuk jumpa manager.. and he explained. Ok... kita buka puasa disini... punya lah suka si Tisya.  Menu dia yg pilih.. apa yg RM makan dia nak cuba... recommended by the Manager... we choosed Beef BBQ, and Beef BimBimBap.. (ye ker ejaanya)...


dah habiissss



sedap jugak kimchi soup ni



cara cara mkn bbq dia.. daging di gulung dengan salad

yang sakit hati kangkung dia bagi batang jer


sup ni memang tak sedap

so far penerimaan tekak mamanya oklah...boleh ler nak menelannya. Dah puas dapat makan kat sini...dah dia meroyan mintak makan kat Cafe' Bene...Cafe ni dirasmikan oleh on of RM .. Lee Kwang Soo . Selalu dia ajak kat Sunway... Tapi last week nampak plak kat Jaya Mall... melompat minah ni sbb dekat dgn opis ija. jom kita layan apo yg sodap kek Cafe' Bene..


Bread caramel.... ini highly recommended  sedaap

ABC Korea

Air Bandung Korea.. hahaha

kamsahamnida

No comments:

Post a Comment