Pages

Sunday, 28 September 2014

MASAK MASAK SANA SINI

Hai semua... eh masuk rumah macam mat salleh kan... beradab sangaat..ok ok ok

Assalamualaikumm
kembali bertemu di arena  blog.. eleh... macam lah ramai memfollow kan.. update sebulan sekali belum tentu...
Tak per,, hari ini Ija lapangkan waktu untuk mngupdate walau tengah mamai.. ala biasalah lunch hour bila time tak keluar kan .. just had a short Nap. Eh penting tu... untuk kesegaran the other half session of 8 working hours .

RENDANG KACANG PANJANG

Untuk update kali ini ija nak share gambar masakan yg ija baru belajar dan gambar masakan yg lain. Yang baru ija belajar Rendang kacang panjang. Ini hasil dari follow FB dan Blog KAK JEE dan KAK CHAHAYA . Meleleh air liur tengok gambar rendang tu. Kebetulan esoknya hari sabtu, boleh ler ija jalan jalan ke pasar cari Bahan .

satu bahan yg ija tak pernah makan. tapi ija cari jugak dan masukkan jugak exactly ikut resepi kak Chahaya. tak apa.. walau ija tak makan tapi MySayang makan. MySayang tu apa yg tak makan.. semua dia makan. senang jaga ahakss...

ok nak tahu apa yg ija tak mkn tapi ija masukkan juga dalam rendang ni...


ni telur ayam tak jadi  kan.. tak tahu org panggil apa..


The rendang is superb... bukan sbb ija yg buat hehehe BUT  resepinya yg memang super duper sedap...Bagi yg tak mkn organ dalm hati pedal tu ... boleh ganti dgn tengku or kaki ayam or kelantan panggil keropeh aye...

BUBUR NASI

Ini bubur nasi . famous kat lembah kelang dan shah alam. ada beberapa restoran yg sediakan bubur nasi macma ni. Tapi tak puas sbb side dish dia tu sikit n limited jer. So kalau masak sendiri sure puas kan. Dania pula suka bubur nasi ni match dgn daging goreng kelantan style. Orang kelantan sure tahu daging goreng ni.  Daging goreng yg pasti nya tak healthy.. mana taknya.. untuk jadikan daging goreng ni sedap mesti kena minyak yg banyak.. dan minyak tu kalau gaul ngan nasi .. samada bubur atau nasi biasa memang waaallllah.Kalau kat kelantan daging akan dicampur dengan lemak lemak... perrgghhh laagiii sedap. Tapi dalam tak healthy tu tak yah ler melampau sangat samapi makan lemak kaan. Kalau dapat kat Dania memang bertambah tambah dia makan.

bawang goreng dan minyak dia tu yg buat kesedapan to the max.

Ni dia set bubur nasi ..





Ini pula ikan talang jeruk... lagi sedap dr tenggiri jeruk. Ija beli masa ke Lumut hari tu. Nyesal beli sekor. Bilaa lah lagi nak ke lumut nak beli ikan ni Bila nak makan... gaulkan bawang besar yg potong dice, cili tomato yg dipotong dice juga, ikan jeruk dan asam limau...perrghh . Aaron Aziz lalu belakang KONPEM tak sedar,,,, 


Eh.. ini bukan masak sendiri... ini steamboat kat Johnny hari tu... Ija sedang mencari resepi unuk sos dia yg super duper sedap tu

No comments:

Post a Comment