dek kerana masalah teknikal, proses perpindahan tertunda
Penundaan ini memberi peluang untuk staff buat upacara " masuk rumah baru"
di mulakan dengan upara Feng Shui...lepas tu upacara pecah kelapa dan tabur beras
Eh kami pun nak buat jugak... so Rabu malam hari tu diadakan majlis bacaan yassin dan doa selamat
Malangnya ija tak dapat join sbb Dania tak sihat, so i have to go back early
Majlis ni bukan under company, inisiatif muslim staff untuk buat majlis ini
Alhamdulillah dapat support dari staff .. esp from the management yg beragama islam
Tapi apa yang diluar jangkaan, Japanese bosses pun support, dan juga chinese staff yg berfikiran terbuka ...
Support mereka dari segi sumbangan walaupun kami tak minta...
kami hanya minta sumbangan RM5 dari muslim staff utk jamuan ringkas
tapi Alhamdulillah ada yg beri sumbangan lebih dari itu ... walaupun ada yg tak dapat hadir
Pendek kata sebanyak RM600 lebih berjaya dikumpulkan hasil dr sumbangan ikhlas..
boleh lah buat bayar ustaz, dan utk jamuan ringkas seperti beriyani dan kuih muih.
Majlis diadakan di tingkat 2 bangunan baru
majlis dimulakan dengan solat maghrib, bacaan yassin dan "pembersihan" dan "pasang pagar.."
Semuanya berjalan dengan lancar
Esoknya ija dengar mcm mcm citer ..
Ada yg citer meremang bulu roma lah
Ada yg nampak itu ini lah
Asalnya Bangunan tu dah lama kosong after tenant pindah ke tempat baru
Biasalah bila bangunan kosong kan
Biasalah bila bangunan kosong kan
kalau kita tinggalkan rumah bergelap berhari hari pun sure ada yg numpang
Ekceli terdapat beberapa gangguan yg staff alami
tapi gangguan tuh bukan sampai hardcore
kacau kacau manjer gitu
sapa yg balik malam, adalah yang terdengar mcm mcm..
pernah pak Guard call boss tanya ada staff keje sampai kull 11 mlm ker sbb nampak kelibat orang/...
mengikut kata yg pernah nampak, "dia" berambut panjang.. so kami namakan "si dia" si rambut panjang
hai seriau gak nak duduk sana./.. tp insyallah tak der apa apa kut after dah di "pagar "
Oh ya, mereka ada citer, masa di azankan setiap level/ floor, ikan awana yg di letakkan di entrance menggelepur lain mcm
tk duduk diam..
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment