Pages

Wednesday, 3 April 2013

IKUTLAH GERAK HATI

Selalunya ija akan ikut kata atau gerak hati
tapi kali ni ntah kenapa ija melawan gerak hati

Perancangan awal kami nak berholiday ke Melaka pada hari Jumaat (29/3/13)
Tapi dek kerana full house, kami agreed to go on Saturday
"Alamak, dah nak buka sekolah
karang budak2 nak sekolah ada pulak yg demam demam"
Itu kata hati ija
Petanda dah ada....di mana ija tk teruja pun nak ke Melaka kali ini
Kebiasaannya malam tu ija dah siap2 packing baju
tp this time malaaas sgt nak pack
sampai anak anak tanya jadi ke nak gi Melaka
Dalam bermalas malasan, malam sebelum bertolak ke Melaka tu, botol sos keropok lekor terjatuh dan pecah
separuh sos terbuang
dah ler penat, satu keje nak kena mop lantai dapur
hati pun berkata " selalunya kalau botol pecah mesti ada sesuatu yg tak baik akan berlaku"
Arrggh.. pedulikan kata hati, 
anak anak dah xcited nak mandi kolam nak tidur hotel

Dan ini apa yang telah berlaku.....

Sebelum ke Melaka,  kami bersarapan di Mid Vallley layan Teppanyaki
dah kenyang trus ke Melaka...
Dalam Panas terik, jam yang amat teruk ...sehingga ke tol seremban
just imagine... very very slow moving, kekadang berhenti tk bergerak
aircond keter plak mula meragam...
time berhenti tak rasa sejuk, yg rasa angin panas
imagine dalam cuaca panas giler

Sampai hotel dah 3.15, bilik belum siap..
pukul 4 baru boleh masuk bilik
rehat kejapm, anak trus layan pool
malam keluar dinner, Dania nampak restoran Upin Ipin, 
Malas nak bertekak, kami pun masuk dining di situ
30 minit menunggu, odar tak jugak sampai
berkali kali tanya waitress jawapannya "orang ramai..."
ORANG RAMAI???? tapi apahal plak org yg datang kemudian dah kenyang 
kami yg sampai dulu ni, air pun tk nampak bayang
Incik A'an dah naik hangin dah
Ija pun panggil Manager on duty
baru lah sampai order kami
disebab hal ini ija dgn Incik A'an plak "panasss"
Dah makan trus balik hotel,
nak jln2 pasar malam pun dah hilang mood

Tgh malamnya, tiba tiba Dania demam
fever sampai 39 C.. alamak, nasib baik bawa ubat
Ija di bantu Tisya gilir gilir sponging badan Dania to low down the tempreture
Alhamdulillah pagi tuh dia ok
Bila dh ok, masing2 menggeletis nak masuk pool lagi
pastu check out, on the way back, tempreture dania tinggi balik,
Nasib baik Tisya keep sponging dengan towel basah
and dalam panas yang teramat terik dan bahang yang lain macam
di tambah plak air cond yang problem dan traffic jam yang Maha Teruk
membuat kan ija teramat amat menyesal meneruskan niat ke Melaka last weekend

So next time, kalau rasa macam tk sedap hati, jgn diteruskan...
kadang kadang rasa dan gerak hati itu adalah signal


2 comments:

  1. Bila tiba penghujung cuti panjang/cuti sekolah, kalau boleh elak, elakkan lah lalu di highway PLUS area antara Bangi/Nilai ke Seremban tu...Memang jem teruk.

    Betul tu, our instinct selalunya boleh digunapakai.

    ReplyDelete
  2. pernah ija cancel trip ke Johor last 2 years sampai kawan merajuk sbb ija tak attend wedding dia. Ija cancel sbb rasa mcm tak sedap hati. Sampai gaduh dgn husband sbb dah lama plan nak attend best fren wedding. Kenapa ija rasa tak sedap hati sbb masa tu last minit service keter dan malam sebelum bertolak keter baru siap service n repair. dek kerana itu lah tiba tiba jer rasa tk sedap hati...tak nak menyesal thts y ija cancel the trip

    ReplyDelete