dengan alasan anak tak mahu balik dari rumah si pakwe...
Ini lah isu yang diperkatakan beberapa hari lalu
ada menyokong
ada membantah
Pendapat ija??? Ija BANTAH
Itu kah sahaja yang dapat pujuk si anak dara untuk pulang ke rumah?
Ija pandang Tisya...
dia pun 12 tahun
di manakah kematangan anak ini untuk menggalas satu tanggung jawab
Apakah perkahwinan itu hanya untuk menghalalkan yang haram
Apa yang dia paham tentang MUNAKAHAT?
Pasti yang dia paham hanya bab malam pertama dan malam malam seterusnya
Belah Malam bagi nafkah batin
Siangnya duk main Barbie? Eh yang main Barbie itu Dania laaah.. heheh
Sayang kan... usia baru nak menginjak remaja...
Kalau isteri ke kuliah... itu biasa..
tapi kalau isteri baru nak daftar masuk Form 1... hurrmmm....
kalau kawan kawan seronok duk cerita tentang cinta monyet
apakah si isteri ini akan bercerita tentang hubungan seks dia dan suami kepada kawan kawan?
Adakah ini boleh dikatakan sex education yg salah salurannya...
kenapa salah saluran? kerana si isteri itu hanya akan bercerita tentang keseronokan?
Kawan kawan yg nakal pula pastu ingin mencuba keseronokan yang dirasa oleh si isteri ini
Maka masalah sosial tidak akan ada noktahnya...
menyelamat kan yang satu, yang lain terjerumus ke kancah
Ustaz di bicara Benama 24 ada berkata
dinikahkan atau tidak.. dua dua ada keburukannya
tp pilih lah yang mana memberi keburukan yg sedikit
mungkin pernikahan itu satu solusi terbaik..... hanya untuk mengelakkan maksiat...
Dalam hal ini ija salahkan mak bapak...
Education bukan sahaja di rumah
education bermula di rumah
Pergaulan anak anak perlu dipantau
Kebebasan anak perlu di kawal..
Bagi ija... kawalan itu bukan setakat di sekolah rendah
selagi dia belum berkahwin ... selagi itu kita harus ambil tahu
Tapi bila dikawal... lain pula jadinya
Ini berlaku bila dilaporkan remaja 16 thn mati jatuh dr tingkat 7 kediaman
kerana curi curi keluar nak jumpa si pakwe
dek kerana si ibu dan si bapa melarang dia berdating
haiiih.... mak bapak dah kawal
anak pula keras kepala
Masalah sosial kita semakin parah rupanya...
Back to basic.... asas agama dan hubungan dengan ibubapa...
Bagi Ija... DIHARAMKAN bercinta selagi anak anak belum habis sekolah
Nak berdating? I would say NO selagi anak anak di alam persekolahan
Masalah Sosial semakin kronik
institusi kekeluargaan semakin longgar
Anak anak makin liar
Ibu bapa makin tercabar
Jom... sama sama kita jaga
Imbangilah antara tanggungjawab dan pemantauan
Lalainya kita pada salah satu itu..
pasti menjanjikan keciciran
yang menjerumuskan kepada permasalahan
Ija nak quote kan kata kata orang kelantan ...........
"Allah, gatal gelenya nok bbini / berlaki teh dia tuuh"
Ija bukan cendikiawan
bukan ahli falsafah... juga bukan cerdik pandai agama
tapi hanya sekadar pandangan dari yg masih jahil
tentang kehidupan
namun terus berusaha
untuk mencari kesempurnaan
Kini bersyukur kerana berada di dalam kesederhanaan
untuk tidak mahu menjadi
seseorang yg mudah lupa diri...
Insyallah
pasal remaja lelaki tu, yg bengangnya boleh dia salahkan mak ngan adik budak pompuan tu (sebabkan kematian). sakit hati baca. Dahtu ramai plak yg simpati kat dia.. eeeee....
ReplyDeletesekarang nak didik anak remaja kena jadi kawan dia... tapi kena gak ada ketegasan kan..
takut tak mampu tapi marilah kita sama2 didik mereka dengan pendekatan islam.
betul tuh..kalau dulu nak jaga anak perempuan katanya baik jaga lembu sekor.. tp sekarang, anak laki ker anak pompuan ker.. cabaran nye sama. Bila dia berkawan .. kenalah kenal sapa mak bapak kawannya tuh.. anak berkawan , kita pun berkawan sesama parents.
ReplyDeleteNauzubillah, moga Allah pelihara anak anak kita dari tingkah laku dan gejalan yang lari dr batas agama ,... kan