Pages

Tuesday, 9 October 2012

MASAK PAKPEK - AYAM / BELUT / SOTONG / HATI PEDAL AYAM



Bahan - Bahan
(A)

1/2 ekor ayam (boleh juga guna belut, hati pedal ayam, sotong)- Ayam dipotong kecil
Serai 5 batang (Dihiris halus)
cilipadi 10 biji (ikut rasa nak pedas tahap mana)
belacan
kunyit  (seinci)
4-5 ulas bawang puteh

(B)
Tomato
daun limau purut
bawang besar

Blend bahan (A) hingga lumat
Tumiskan Bahan (A) yang dah diblend dengan api senderhana
bila pecah minyak, masuk kan ayam . Kalau guna sotong, make sure tumisan hampir kering baru masukkan sotong. Api masih perlahan so that ayam masak sekata. Kalau api besar, ayam belum masak, tumisan dah jadi kering.
Masukkan garam dan sedikit gula (fungsi gula utk kurang kan kepedasan)
Bila ayam sudah masak,  masukkan bawang besar yg dihiris halus, daum limau purut juga dihiris halus dan buah tomato dipotong 8
kacau hingga bawang jadi layu.


Sejarah
Asal masakan ini dari Thailand. Ija diperkenalkan dengan masakan ini bila ija balik kampung makcik ija masakkan guna belut. Masyallah so sedap bila belut masak pakpek... Dia bukan paprik tp seolah olah rendang. Elok kalau masak tidak terlalu kering, at least dapat gaul nasi dengan gravy dia. Selamat mencuba.


3 comments:

  1. ooo senang gak.. nanti boleh cuba.
    ermmm kalau saya masak cili kena guna paling banyak 5 jer kot. Karang pedas ada yang takmo makan. Padahal saya suka pedas sebab dah terbiasa dari kecik. Sekarang kena ikut citarasa anak2 huhu.. kalau nak makan pedas balik rumah mak lorr.

    ReplyDelete
  2. boleh jer...
    kat rumah kalau masak mcm ni hanya ija n Incik A'an jer makan..
    Kalau balik kg ija request Belut masak pakpek... call awal2 suruh makcik masak. Sini Belut mahal sangat.

    ReplyDelete
  3. eh, tertinggal 1 bahan - bawang puteh, 3-5 ulas

    ReplyDelete