Pages

Monday, 22 October 2012

KEFANATIK DAN KENEGERIAN MENJADI KEMENYAMPAHAN ORANG KER?

Mak aiii tajuk. Dah le tatabahasa ke laut ek. Marah pencinta BAHASA MALAYSIA kat ija.

Tak per.. bukan itu ija nak pertikaikan
Cuma ija nak luahkan kekesalan
Rentetan dari Piala Malaysia 2012
Kelatey vs ATM
Ija ni bukannya fanatik sangat
Kenegerian sesangat pun tidak
kalau tak... sure ija dah kawin oghey kelatey
Tapi kalau cakap pasal negeri tumpah darah ku
semua pun akan rasa sayangkan negeri kan
tempat tanam uri lagi dikenang kan
tapi ija hairan... kenapa ya
kalau sentuh hal kelantan, ada jer org yg benci, ada jer yg sakit hati
gedebey sangat ko oghey kelatey
sampai mengundang kebencian
kenapa org tidak lihat dan nampak
bersatunya rakyat kelantan bila negerinya "disentuh"
bersatunya rakyat kelantan bila menyokong hal hal berkaitan dgn negeri...
Orang kelantan ni amat menjaga "keluarga" nya walau di mana mereka berada
Hatta di luar negara sekali pun
Tapi sikap org kelantan sebegitu di salaherti kan sebagai KENEGERIAN
trus dihukum sebagai FANATIK!

Pernah ketika ija di UUM,
sahabat kami dari negeri yang sama
meninggal akibat kemalangan motosikal
sembahyang jenazah penuh saf dgn rakan dari kelantan
menghantar jenazah ke kampung pun di iringi dengan konvoi motosikal sahabat2 kelantan

Semua kan ada negeri masing2
kenapa rakyat negeri kamu tidak sama bersatu seperti kami?
Sayangilah negeri kamu seperti kami sayang negeri kami...

Entah lah... bagi ija..
walau bersuamikan orang Selangor
Melahirkan dua puteri di selangor
Balik kampung pun setahun sekali
Tapi dihati ija tetap bersama negeri ku
KELATAN KELATEY KLATE...



Lirik Lagu Selamat Sultan – Lagu Kebesaran Negeri Kelantan
Lanjutkan Usia Al-Sultan Kami
Sultan Kelantan Raja Ikrami
Aman Sentosa Tuhan Sirami
Kekal Memerintah Kami
Kasih Dan Taat Setia Disembahkan
Keriangan Diucapkan
Segala Kebesaran Allah Cucurkan
Bertambah Kemuliaan


2 comments:

  1. sentimen tu ada hubungkait dgn sentimen politik juga Ija...

    saya tak kisah...berkawan dgn semua org..tak kisah lah negeri atau negara mana..

    ReplyDelete
  2. itu lah kan.. dek kerana isu politik, semua nya dah dipandang serba tak kena kan..

    tapi ada yg ija tak berkenan pasal orang negeri kelantan ni..
    1) pongoh (baran) tk tentu pasal
    2) bakpo gak brehi nikoh ghama? kalu hok 2 3 tuh terjago dengan adil tk po..ni terabai sano sini

    ReplyDelete