Ija ingat itu...
Setiap anak di ingat supaya menjaga hubungan dengan mak ayah
Si anak jangan derhaka pada ibu bapa
nescaya kesusahan lah yang akan menimpa
dek kerana menyakiti hati si ibu...
Tapi si ibu juga harus
menjaga tutur kata pada si anak
kerna setiap patah kata kata si ibu
pasti menjadi satu doa
Bangang, Tolol, Bodoh, Kurang ajar
jangalah dijadikan mainan mulut si ibu
Andai kata termakbul kata kata itu
maka jadi lah anak itu bodoh, kurang ajar etc etc
dan bila anak sudah kurang ajar pada si ibu
Jatuhlah hukum Anak Derhaka
Kasihan anak...
mangsa segala doa si ibu
Si ibu...
usahlah membeza kasih sayang antara anak
bersyukurlah setiap pemberian si anak
walau hanya sepuluh sen sahaja pemberian si anak
andai kata itu hanya yg termampu
bersyukurlah dan doakanlah
supaya si anak dilimpahi rezeki
Bukan kata kata nista dihemburkan
kata- kata hina dilemparkan
dek kerana sepuluh sen pemberian si anak
hingga anak membawa rajuk
Rajuk yang ditakuti membawa kepada Derhaka
yang berdosa akhirnya si anak...
Tapi berpunca pada si Ibu..
Nauzubillah
Wahai si Ibu
Allah memberi mu rezeki
lima orang anak
mereka lahir dari rahim yang sama
Susuan pertama adalah dari air susu mu
Tapi kenapa harus kamu membezakan?
apakah kerana yg sulong berharta?
dan yang bongsu menjadi kesayangan
anak yang tengah hidup serba kekurangan
maka sewenangnya si ibu memburukkan kan yg susah
menyanjung yg berharta
dan yg bongsu sentiasa dibantu.
jangan wahai ibu.... jangan
Anak akan bertelegah sesama mereka
hanya kerana perbezaan kasih sayang dr mu
wahai Ibu
kamu bukan semakin muda
kamu meniti usia tua
dan dalam menjalani usia emas mu
hiduplah dalam hati yang tenang
jangan gundah gulana kan hati mu
dengan perbezaan yang ada di dunia ini
Fahamilah kehidupan anak anak mu
jangan wang ringgit jadi ukuran
dalam mencurahkan kasih sayang
Anak anak tidak mahu hidup
dalam hukuman mu.. Anak Derhaka
hanya kerana membawa rajuk
yg kamu sendiri ciptakan...
Aku juga ibu
Kalau ada rezeki aku juga akan merasa hari tua
Ya Allah.. peliharalah hati aku,
supaya aku akan menjadi ibu kesayangan anak anak ku...
Amin
benar tu..Memang anak ada tanggungjawab terhadap ibubapa...dan ibubapa pun ada tanggungjawab terhadap anak anak..
ReplyDeleteramai yg berkata bahawa apa yg kita alami nanti bila tua (layanan anak anak) adalah cerminan kpd apa yg kita pernah buat masa kita muda dulu, terhadap ibubapa kita sendiri
betul tuh....
ReplyDeletedan siap ada pelapis dan pewaris
neneknya perangai mcm tuh dan cucunya di groomkan menjadi seperti dia.. Nauzubillah.