Rasa nak luahkan segalanya di sini. Macam dah tak larat nak pikir. Harap2 Allah permudahkan jalan penyelesaian nya....
Dania has been with Kak Mah (the babysitter) since she was 3 months old. Segala kemanjaan dan kasih sayang Kak Mah curahkan pada Dania. She was pampered by Kak Mah and Family. Dania panggil Kak Mah dengan panggilan MAK. Makan di suap... segala kehendak Dania dituruti walau penat macamana sekali pun. Kalau Dania mintak nasi goreng favourite dia, jam jam tuh jugak Mak Mah akan buat walaupun dah terhidang lauk lain. Sekarang Dania dah 5 tahun... rasa kasih sayang Dania dan Mak sudah sebati...
Sepanjang Dania dengan Mak, ija tak perlu risau apa apa... kalau Dania demam, ubat memang tepat pada waktunya. Sarapan, makan tengahari dan makan petang lengkap segalanya...
Semalam, ija menerima perkhabaran yang merentap perasaan ija. Ija dinasihatkan agar Dania berpisah untuk sementara waktu dengan Maknya di atas sebab2 tertentu. Ija jadi buntu... ini bermakna ija terpaksa mencari babysitter yg lain untuk sementara waktu (atau untuk selamanya???). Untuk mencari babysitter yang baru bukan mudah sebab banyak hal yang perlu dipikirkan terutama bagaimana layanan mereka nanti . Pasti tidak setanding dengan layanan dan kasih sayang Mak Mah pada Dania.
Perpisahan sementara dan mungkin juga untuk selama nya ini ibarat memustuskan kasih sayang mereka. Ija pula teramat susah untuk memberitahu perkhabaran ini pada Mak Mah. Apa pun kami harus bertemu 4 mata dalam mencari penyelesaian dan persfahaman agar tidak berlaku salah faham.
Terus terang belum terbuka hati ija untuk hantar Dania pada orang lain tapi memikirkan keselamatan Dania, Ija terpaksa melakukannya. Dan satu lagi permasalahan adalah ke mana nak hantar Dania? Dania tidak semudah kakaknya, Dania a bit fussy. Dania terlalu manja...
Should i sent her ke rumah neneknya (mak mertua?) Ntah lah.. hati mcm tk merelakan? Kenapa? Satu salah sebab MIL ija dah tua, dah tak sekuat dulu kederatnya... dan sekarang she has to look after 3 orang cucunya kalau masuk Dania dah empat. Kalau Dania demam, terjaga kah masa untuk makan ubat? I hv experienced this during Tisya..
Sekarang ini ija buntu! Ija susah hati dan ija tak boleh pikir dan tak boleh nampak apa yang terbaik untuk Dania danTisya. Tambahan lagi Tahun ini Tisya akan menghadapi UPSR dan ija mahu dia tumpu dan fokus pada pelajaran dan bukan memikul tanggung jawab menjaga Dania.
Arggh.... very very DISLIKE this situation.
Allahumma yassir wa la tu'assir (O Allah: Make things easier for me and don't make them difficult).
No comments:
Post a Comment