Pages

Monday, 19 March 2012

RESAH HATI SEORANG IBU

Rasa hati seorang ibu ni kan ... kalau nak dibukukan rasanya macam tk cukup dakwat tak cukup kertas. Apa jua tentang anak, hati seorang ibu pasti tak keruan.. anak nak sunat, anak nak mula sekolah, anak nak ambik result, semuanya meresahkan hati ibu. Belum lagi anak demam ... bunyi batuk skit pun hati ibu ni dah risau.

Pagi ni, hati ija, hati seorang ibu diulit resah dan risau lagi...Malaysia digemparkan lagi dengan kes penculikan.. Pikiran ni terus memikirkan keselamatan anak-anak ija... kalau kita hantar mereka sekolah memang kita hantar sampai ke pintu. tapi time dia orang keluar dr pagar sekolah, naik van... terjamin kah keselamatan mereka... memang tidak!!. Cuma kita hanya mampu tawakkal kepada Allah sahaja. Kalau kes Dirang, masyarakat menyalahkan parents yg tak pantau anak... anak sorang2 ke kedai... tapi Kes Adik Fatihah di, didiculik sewaktu dia berteman.. 2 org plak tuh adik nya yang menemankan. Mungkin dr kes Dirang, parents Fatihah selalu mengingatkan supaya selalu berteman kalau nak ke mana mana tp jelas bahawa hatta berteman skalipun belum tentu memberi jaminan tidak diculik.

Bila dah jadi hal seperti ini, perasaan ija, seorang ibu yang bekerja  rasa seperti mahu resign dan jaga anak sepenuh masa. Hantar anak, ambik anak.. biar anak 24 jam depan mata. kalau boleh rasa nak masukkan balik mereka ke dalam perut ija supaya ija boleh bawa mereka ke mana sahaja... di situ sahaja tempat yang paling selamat....

Hanya doa seorang ibu yang mampu ija iringkan buat anak anak agar mereka sentiasa di bawah lindungan Allah swt.

2 comments:

  1. rasa makin dah tak selamat duduk malaysia...

    ReplyDelete
  2. risau sangat2... nauzubillah mintak dijauhkan...

    ReplyDelete