Pages

Wednesday, 7 December 2011

OMBAK RINDU

eh eh.. RM8?  itu tiket anak ija

Akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke TGV  Bukit Tinggi untuk menonton OMBAK RINDU
Malas nak stori mori tentang hal hal yg dah spoil my mood hari tuh... apa yg pasti ija layan Ombak Rindu dengan perasaan stress dan bengang. Hilang kosentrasi dan focus..nak nangis pun dh tk keluar air mata walau ada scene2 sedih hingga bang aaron mengalir air mata.

Komen Ija tentang Ombak Rindu.

Ija pembaca novel  yg taksub dengan jalan cerita dan watak2 yg digarap dr novel. Novel Ombak Rindu ija baca berulang ulang kali.. sebab ija taksub dengan watak Hariz yg di bina oleh penulis Fauziah Ashaari hingga timbul rasa benci, meluat, rasa marah dan segala macam perasaan pada Hariz...Dan sedikit demi sedikit penulis Fauziah Asshari berjaya mengubah perasaan itu menjadi satu rasa sayang, rasa romantik terhadap Hariz sehingga timbul rasa ingin memiliki lelaki seperti Hariz...

Tekanan yg ditimbulkan oleh Fauziah Ashaari dari deraan mental, fizikal oleh Hariz kepada Izzah membuat ija setiap detik mengubah posisi ija sewaktu membaca kerana penderaan itu seolah olah berlaku ke atas diri ija. Sedu sedan tangisan tak payah citer lah...

Tapi kenapa semua perasaan itu tidak ada apabila diadaptasi kan ke filem? Transformasi dari kebencian Hariz  kepada rasa sayang dan romatik semacam terlalu cepat.... baru skali   Hariz bagi pelempang... Hariz dah jatuh cinta? Bagi Ija TAK CUKUP....Kasih sayang dan kerinduan Hariz kepada Izzah pun rasa macam tak tertusuk ke dalam jiwa ija.. serasa biasa biasa jer...TAK SAMPAI!

Mungkin Faktor masa... kan.. bak kata teman twitter pembacaan mengambil masa 5-6 jam.. movie 2 jam jer... ok.. lah... alasan bleh terima. Hmm tak boleh ker mintak ngan finas up ke 3 jam setengah? Aik.. Bollywood bleh,  Malaysia Tak BOLEH?  So  kalau dibuat drama bersiri...  rasanya baru bleh ada RASA dan JIWA. kut. Pengarah boleh ambik byk masa untuk mempertontonkan pergolakan jiwa Hariz bila dia mula jatuh cinta dengan Izzah... sebab bagi ija dalam novel / movie Ombak Rindu.. transformasi  kebencian Hariz kepada cinta dan sayang Hariz pada Izzah adalah yang terpenting...

Dipendekkan...filem Ombak Rindu tidak mencapai tahap kepuasan ija sebagai penonton yang terlebih dahulu dikenalkan Ombak Rindu melalui proses pembacaan. Tidak seperti ija harapkan.
Ianya gah dari bibir ke bibir adalah disebabkan beberapa faktor::
1) Diadaptasikan dari novel yang pernah mengungguli carta novel terlaris
2) Aaron Aziz yang mempunyai Aaronators yg mendukung setiap drama, filem dan aktiviti Aaron
3) Media dan Aaronators yg membuat baik punyaaaa promosi

Ingat tak citer Nora Elena? Asalnya pun dari novel jugak kan.. Novel ni tak lah novel terlaris mcm Ombak rindu.. tapi cuba lihat kegilaan penonton... mungkin sbb dia di jadikan drama bersiri maka pengarah punya banyak ruang dan masa untuk memperlihatkan peranan Seth Tan yg tidak jemu memujuk Nora untuk akhirnya jatuh cinta pada Seth tan...

Kalau Ombak Rindu jadi drama bersiri sure pengarah juga byk waktu utk memperlihatkan bagaimana akhirnya Hariz tunduk pada perasaan cinta dan sayang nya pada Izzah.. bukan setakat sekali pelempang dah jatuh cinta

Walau apa pun ija puji Aaron Aziz .. berjaya memberi wajah2 marah, garang, baran, romantis, wajah yg penuh kerinduan kepada kesayangannya. Kalau dia menang BEST ACTOR pun berbaloi.. bukan kerana tumpahnya air mata jantannya ttp keseluruhan penjiwaan watak yg diluah kan dalam lakonannya. Ni komen ikhlas.. bukan kerana sbb ija minat dia   hahahah WALAU minat separuh mati. Apa apa pun Aaron ni menepati imiginasi ija sewaktu first time ija baca.... Aaron aziz handsome siuuuttt....

Juga pada Lisa ...teringat2 dia sebut "you slut !!"... sib baik finas tak potong kan

Maya ... hmmm... kalau muka maya more to typical malay look ngan slang BM dia tu pure BM, ija rasa lagi superb sbb character dia dah ada

Lain lain.. macam biasa lah

Tahniah kepada Osman Ali dan Tarantulla kerana menutup tirai 2011 dengan sebuah filem yang membuat rakyat Malaysia teruja untuk ke panggung... Walau pun ada lagi filem2 lain spt Datin Ghairah..dan Satu Malam Kubur Berasap...bagi ija itu hanya sebagai utnuk memenuhi quota finas jer kut... Tak sampai semingu dah berjuta juta pungutan.. kita tgk boleh beat KL Gangster tak?

Redha itu ikhlas... Pasrah itu menyerah.... 


Kalau boleh ija nak rekomen kat Osman Ali novel 7 Hari Mencintaiku..Membaca novel ini sehingga ija sanggup  tahan mata berjaga sampai pukul 4 am... sampai bengkak2 mata.. sampai anak yg tidur sebelah belh dengar sedu sedan ija..

2 comments:

  1. banyak nya orang review ombak rindu ni.....

    ReplyDelete
  2. kannn....

    cer bro gedek plak review.. tp kena layan movie dulu lahh...

    ReplyDelete