Pages

Wednesday 14 December 2011

Cuti Cuti Di Rumah

Weekend disambung dengan cuti gantian Birthday Sultan Selangor pada Isnin pastu sambung lagi Annual Leave on Tuesday sebab Mak Mah (BBsitter dania) balik kampung atas urusan tanah pusaka...
Seronok dan beronok ronok bila cuti lama lama... bukan gi mana pun... duduk rumah makan tidur makan tidur jer...

Cuti Sekolah tahun ni tak dapat nak jalan jalan sebb financial constrains.... byk benda yg perlu diprioritykan...

Tuesday curi masa gi beli buku buku tisya di koperasi sekolah. Maka tergunalah wang bantuan yang RM100 tu utk pembelian buku buku tisya yang totalnya RM86.30. 

Semalam start kerja... ooouuuhhh sungguh lemau... dah lemak duduk rumah, bila keluar ngadap all the traffic jam .. jadi jiwa kacau... dan dan nak jadi housewife. EH boleh ker? takutnya lepas 2 3 bulan nanar cari kerja lagi sbb tak betah duduk rumah.

Sekarang dalam kepala sedang  mencari hari yang sesuai utk ambik 2 hari lagi cuti sbb ada 7 hari lagi cuti tahunan... nak bring forward 5 hari jer ke tahun 2012...cukuplah tuh...


No comments:

Post a Comment