Ija impikan tawaran VSS...
sbb ija dah tak larat nak drive to PJ
Macam post ija yg lepas2 pasal traffik jam..
Kesesakan melampau lampau..
dulu tak seteruk ini
ija dah tak tau nak lalu mana lagi dah utk ke office..
nak lari dari Federal,
ija lalu laluan jauh... KESAS- SEAFIELD-NKVE-SUBANG TOL-KELANA JAYA-PJ
5 tahun lalu .. lancar jeer... 45 minit paling lambat drive
tapi sekarang... sesak nafas dibuatnya..
macam drive ke seremban silap silap sampai Melaka
Keluar blum 7 sampai senak senak 8.30 am
Nak tak nak ija ubah laluan..
masuk balik Federal.. KOTA KEMUNING - LKSA-BATU TIGA.- PJ
sesak memang sesak.. bayar tol batu 3 jer trus beratur
tapi jarak lebih dekat
keluar kul 7, boleh sampai PJ 8.10
so sekarang ija kembali menikmati roti dan JAM di federal highway pegi dan balik
Dan sebab sebab di atas lah mengapa ija nak VSS..
bukan ada masalah kerja..
bukan ada masalah dgn company
tp ija yg dah tak larat nak hadap..
Apa ija nak buat bila VSS?
ija nak bayar semua hutang
pastu rehat sebulan dua
jadi ibu supir pada anak anak
pastu start cari kerja yang berdekatan
yg tak memerlukan ija bayar tol
dan buang minyak dalam kesesakan jalan yang MAHA TERUK
Kenapa ija nak keje semula?
sebab ija tak gheti duduk rumah lama lama...
minda beku rasanya...
Tp ada ke company nak buat VSS? so far performance company ok..
haiih tua kat atas jalan ler jawabnyaa
Kota Kemuning @ Shah Alam banyak syarikat..tak nak try?
ReplyDeleteTapi tu lahh... masalah ija bukan pasal tempat kerja kan... pasal perjalanan tu.
Kuar 6.30 am perhaps? Melampau lah plak yer.. tapi kalau boleh mengelakkan jam?
Ya, majoriti dari rakyat Malaysia yg tinggal di bandar besar seperti KL/Shah Alam/Klang, merasa perihnya bukan sebab suasana tempat kerja, tapi tak tahan dgn jem...dah la jem..kena bayar tol...Masa terbuang, duit terbuang, kereta cepat rosak...1.5 jam driving tu mmg dah boleh sampai Seremban.
ReplyDeleteIbu, pasal kerja ija mmg tak der masalah. Mmg nak cr peluang tp nak tunggu kalau company ada offer vss .. pastu nak bermalasan dulu sblm cr keje baru
ReplyDeleteDaddy, itu yg sekarang ramai sgt muda2 dah kena blood pressure. Stress nak hadap benda mcm ni. Dulu tk terasa sgt .. skrg ni mungkin faktor umur