tayangan di TV1 pukul 4 petang tp sekarang dah habis
ija tergoda nak tengok drama ni after ija baca banyak good respons dr twitter
so ija pun layan melalui tonton.com sbb tayangan nya waktu kerja
Ia mengisahkan perbezaan kasih seorang IBU terhadap 2 anak kandung nya. Satu yang dibenci dan satu yang ditatang bagai minyak yang penuh. Kisah yang menyayat hati. Dan ija di beritahu oleh pengarah nya melalui twitter, ini berkisar kisah benar.
Tak dapat ija bayang kan ada IBU seperti itu di alam realiti. Sebenci benci IBU pada anaknya, tetap ada ruang kemaafan dan kasih ibu bawa ke mati. Semarah marah IBU, masih ada hati yang lembut untuk menerima anak nya kembali walau sebesar mana pun kesilapan anak. Kalau tak, tak kan ada ibu yang meraung kesedihan di mahkamah bila dijatuhkan hukuman.
Dalam ketidak sangkaan ija itu, rupanya ada kisah yang berlaku di depan mata ija seumpama kisah Debunga Lalang. Tak terpikir pun di fikiran ija sewaktu leka mengikuti siri drama ini, kisah ini serupa dengan kisah yg berlaku didepan mata ija... mungkin tidak 100% betul, tapi asasnya sama... cuma tahap kekejaman itu berbeza.
Ok, ija leraikan di sini tentang main topik yang dipaparkan. Ada 2 main topik.
1) Favoritism
Perlukah ada perbezaan kasih sayang antara anak? bukan ker semua anak itu lahir dari rahim ibu yang sama? so kenapa nak bezakan kasih sayang? Setiap anak punya kelebihan dan kekurangan yang berbeza, so terima lah kelebihan dan kekurangan setiap anak itu. kenapa nak bezakan anak yang pandai, anak yang cantik anak yang kawin dgn org kaya anak yang boleh bg maknya duit lebih dan anak yang tiada kemampuan.
Scenario ini ada di depan mata ija. Dan telah menjadi duri dalam hubungan ibu dan anak. Sekiranya berlaku pergaduhan antara dua beradik, Ibu seharusnya meleraikan kekusutan itu. Jadi orang tengah yang adil dan saksama. Bukan Ibu melagakan dan mencari salah. Dan pastinya kesalahan diletakkan ke atas bukan anak kesayangan demi memenangkan anak kesayangan. Sudahnya anak yg bukan pilihan IBU terluka... dan bila anak itu membawa diri atau menyendiri, si ibu pula kata anak dehaka... lupa maknya... Jadi apa kesudahannya? Ibu itu yang sebenarnya mengajar anak itu derhaka.Hubungan adik beradik semakin retak.
2) Bila RM jadi ukuran
Bila RM diletakkan sebagai ukuran kasih sayang... maka hancurlah institusi kekeluargaan. Retaklah hubungan, hilang kasih sayang. Yang berkemampuan akan mendapat banyak kasih sayang, yang tak berkemampuan redha menerima sindiran dan kebencian. Tak apa Allah mengetahui bahawa nama si ibu tidak pernah hilang di dalam setiap doa si anak yang terpinggir. Usah lah melihat kebendaan dalam mengukur keharmonian keluarga.
3) Orang Tua sebagai Pendamai, Bukan Membatu Api
Dalam apa jua permasalahan anak anak,si ibu bertindak sebagai pendamai. Bukan mengeruhkan lagi.
Bukan mencari salah anak ini untuk memenangkan si anak itu. Cari lah titik penyelasaian. Bukan Punca memecah belahkan.
Banyak iktibar yang boleh didapati dari Debunga Lalang. Kita hidup sebagai manusia tak perlu angkuh. Usah mendongak langit kalau akhirnya di tanah jua tempat hakiki kita. Ija amat amat pantang dengan mereka yg angkuh. Benci dengan mereka yang lupa diri. Siapa pun kita, Dimana jua kita HARUS sedar diri dan sedar ruang.
Ija juga ibu. Ija punya anak. Ya Allah, pelihara lah hati ini untuk menyayangi anak anak ku sama rata, adil dan saksama, dalam apa jua kebaikan dan keburukan anak anak ku. Anak Anak mama, mama sayang kalian dunia dan akhirat
Semoga kebahagian milik kita selamanyaa..
No comments:
Post a Comment