While driving kat KESAS seawal pagi on the way nak gi kerja dengan kelajuan 20km/jam
ija ternampak kelibat lori ini
tak ada yang istimewanya tentang lori ini
tapi ada sesuatu menarik perhatian ija
dan mengingatkan ija pada seseorang
teman yang bernama MC PAH.. heheh
Mc Pah ni sangat proud dengan asal usulnya
yaaa.. asal usul nya ialah dari Kota Jembal
Yang dulunya dikenali dengan daerah Kedai Lalat
unutk tahu sejarah Raja Jembal, baca sejarah di bawah...
Keturunan Raja Jembal
AImarhum Haji Nik Mat bin Raja Banjar adalah
daripada keturunan Raja Jembal yang memerintah negeri Kelantan dalam kurun ke-
16.
Keturunan Raja Jembal ini masih ramai lagi di
negeri Kelantan, terutama sekali di Kedai Lalat, Pulau Melaka dan beberapa buah
kampung lain di dalam jajahan Kota Baharu.
Sejarah Raja Jembal telah ditulis oleh Almarhum
Dato' Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud bin Nik Ismail (ayah Dato' Ahmad Nik
Kamil) sebelum Perang Dunia Kedua.
Buku sejarah Raja Jembal yang ditulisnya itu telah
dijadikan buku bacaan ilmu tawarikh bagi sekolah-sekolah Melayu di Kelantan
sebelum Perang Dunia Kedua.
Antara ahli kerabat Raja Jembal yang terkenal
ialah Puteri Saadung, anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di
bahagian Hulu Kelantan pada waktu ltu.
Asal-usul atau salsilah keturunan Raja Jembal ini
bermula daripada seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja Bersiong yang telah
singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kedat Lalat, kira-kira 10 kilometer
dari Kota Baharu.
Raja Bersiong ini dikatakan membawa dua orang anak
angkat yang bernama Raja Sakti dan seorang lagi bernama Tuan Puteri Mani
Kemian.
Ada cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu
berasal dari 'buluh betung' dan Tuan Puteri Mani Kemian itu terbit dari 'buih'.
Dan ekoran daripada cerita dongeng itulah menyebabkan anak cucu Raja Jembal
tidak memakan sayur buluh betung yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu
sejak dulu hingga sekarang.
Tetapi saya telah diberitahu bahawa cucu-cicit
Raja Jembal zaman sekarang menyifatkan cerita itu sebagai dongeng dan sudah
tidak percaya lagi dengannya.
Cikgu Tuan Mat bin Raja Kecil, seorarig guru
bersara yang arif tentang sejarah Raja Jembal berkata bahawa sekarang ini tidak
ada lagi orang daripada keturunan Raja Jembal itu yang percaya dengan dongeng
yang mengatakan asal-usul nenekmoyang mereka dari buluh betung dan buih.
"Cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu
keluar dari buluh betung dan Tuan Puteri Mani Kenilan itu keluar dari buih
hanyalah rekaan dan khayalan penulis sejarah yang tidak begitu arif tentang
sejarah dan salsilah Raja jembal," kata Cikgu Tuan Mat.
Walau bagaimanapun, Cikgu Tuan Mat mengakui bahawa
ada wasiat daripada Raja Bersiong yang tidak membenarkan anak cucunya memakan sayur
buluh betung dan tidak membenarkan anak cucunya membuat alat-alat rumah atau
alat-alat pertanian dan lain-lainnya daripada buluh betung.
Menurut Cikgu Tuan Mat lagi, anak-anak cucu Raja
Jembal juga tidak digalakkan memakan sejenis ikan bernama ikan sekacang.
Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada
perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya anak angkat Raja
Bersiong.
Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti
telah dilsytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan
beberapa daerah lain di Kelantan.
Hasil daripada perkahwinan Raja sakti dengan
Puteri Mani itu lahirlah Raja Loyur, Raja Omar, Raja Bahar dan beberapa orang
putera dan puteri lagi.
Keturunan Raja Jembal yang ada sekarang ini ialah
cucu cicit kepada Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian itu.
Menurut Cikgu Tuan Mat, pemerintahan Raja Jembal
di Kelantan berakhir setelah kemangkatan RajaKecil Sulung pada tahun 1725.
Setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung satu rebutan
kuasa telah berlaku antara putera-puteranya iaitu Raja Abdul Rahman dengan
kekandanya, Raja Pah.
Akibat daripada perebutan kuasa itu, Raja Abdul
Rahman tersingkir daripada takhta pemerintahan keturunan Raja Jembal ini dan
suami kepada Raja Pah, Tuan Besar (atau lebih dikenali sebagai Long Bahar)
mengambil alih pemerinta-han daripada keturunan Raja Jembal.
Perpecahan telah berlaku dalam kerabat keturunan
Raja Jembal lni kerana Tuan Besar (Long Bahar) yang mengambil alih pemerintahan
itu berasal dari Patani.
Sepatutnya Raja Abdul Rahman yang mewarisi takhta
bagi meneruskan kuasa keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar atau Long
Bahar itu bukan daripada keturunan Raja Jembal.
Walaupun pemerintahan Raja Jembal telah berakhir,
namun kesan sejarahnya masih wujud dengan adanya makam Raja Loyor, makam Raja
Omar dan makam Raja Bahar yang telah dibaiki dan dibina semula oleh pihak
Muzium Negara dalam tahun 1970an. Makam-makam ini terletak di sekitar
Kedai Lalat.
Sebuah sekolah menengah di Kedai Lalat telah
diberi nama Sekolah Menengah Raja Sakti dan sebuah sekolah rendah di pekan yang
sama diberl nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar.
Saya telah diberitahu bahawa kerabat keturunan
Raja Jembal yang sekarang berada di sekitar Kedai Lalat, Pulau Melaka, Sering
dan di daerah-daerah lain di Kelantan masih lagi menggunakan bahasa diraja atau
bahasa lstana dalam pertuturan antara sesama mereka.
Perkataan 'ku', 'patik', 'kanda', 'bonda',
'ayahanda', 'berangkat', 'cerat', 'mangkat' dan sebagainya masih digunakan oleh
keturunan Raja Jembal walaupun kini mereka hanyalah rakyat biasa yang tinggal
di beberapa buah kampung di Kelantan.
Ini bererti bahawa pengaruh diraja dan istana
masih tebal di kalangan cucu-cicit Raja Jembal yang masih hidup sekarang
walaupun mereka telah dipisahkan dari istana sejak tiga abad yang lalu.
Cikgu Tuan Mat memberitahu saya, Persatuan
Kebajikan Keluarga Raja Jembal telah pun ditubuhkan dan mendapat restu daripada
Persatuan Kerabat Diraja Kelantan.
Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal sekarang
diketuai oleh Raja Mahmud bin Raja Mamat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri
Limbongan dan Naib Ketuanya ialah Cikgu Tuan Mat bin Raja Kechik.
Saya juga diberitahu bahawa Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz bin Nik Mat telah dilantik sebagai penasihat kepada Persatuan
Kebajikan Keluarga Raja Jembal ltu. Pihak Kerabat Diraja Kelantan telah
diberitahu tentang perlantikan itu.
Buku ini tidak bermaksud untuk mengulas secara
panjang lebar tentang kisah dan sejarah Raja Jembal, tetapi hanya sekadar untuk
mengaitkan serba sedikit riwayat tentang datuk nenek Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz dan keluarganya sebagai berketurunan daripada Raja Jembal yang masyhur
dalam sejarah negeri Kelantan. Datuk sebelah bapa kepada Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz masih lagi menggunakan panggilan 'raja', iaitu Raja Banjar.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengingati suatu
perkara tentang almarhum datuknya ini. Raja Banjar bukanlah orang kaya
walaupun memiliki banyak tanah.
Mengikut Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, datuknya
suka merantau.
“Kadang-kadang datuk saya meninggalkan rumah
sehingga satu atau dua minggu. Apabila beliau pulang, dikerjakannyalah tanah dengan
menanam kelapa dan getah secara bersungguh-sungguh bagaikan menggantikan masa
kerjanya yang telah terbuang disebabkan merantau itu,” kata Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz.
So bila ija nampak jer lori ni, sah sah ler empunya bisnes ni dari keturunan Raja Jembal sebab dah ditulis, KERABAT JEMBAL, ada plak sticker DARULNAIM (tengok di plate lari), nama pula NIK... KONFEM OGHEY KELATEY..
No comments:
Post a Comment