Dapat call dari sister... bercerita tentang anak sulong dia, Ikhwan yang bersekolah di MARA Baling. Baru 2 minggu lepas umi nya hantar pulang ke asrama after 2 minggu cuti sekolah. Last weekend, dia balik lagi. Aii.. nak kata baru masuk, dah 6 bulan dah kat Baling sana tuh. Tak kan ler home sick lagi.. kalau fonfuan tu bleh caya gak.. ni budak laki laki laaa. Dan masa umi dia nak hantar ke bas yang di sewa khas semalam, baru lah uminya dapat cerita sebenar. Itu pun kawan dia yg cerita. Lepas dipujuk2 baru lah Ikhwan dan bercerita. Rupanya ada budak kacau dia... white board bilik kena conteng, katil kawannya di simbah cat. Bila Ikhwan dah hilang sabar, dia balas ler perbuatan budak nakal tuh.. Katanya dia buat something kat beg budak tuh. Ntah apa yg di adukan pada parents, Ikhwan akhirnya di beri amaran oleh mak bapak budak nakal tuh supaya jangan kacau anak dia. Hal2 sebegini yang buat Ikhwan jadi down. Mula buat perangai tak nak balik asrama. Masa hantar 2 minggu lepas tu siap nangis.. tp budak laki kan.. bukan dia nak bercerita,....
Persoalan ija... mana budak tuh dapat cat? Pihak sekolah cuai hingga terlepas cat ke tangan budak?
Attitued pun satu hal... kecik2 dah pandai main baling cat.. ala ala gengstar AH LONG tu?
Nasib baik kakak ada kenalan kat sekolah tu, jadi dia mintak cikgu tuh buat siasatan.
Hari tuh Tisya balik dan bagitahu kalau dia ada peluang ke asrama, dia tak mahu pergi sbb cikgu cerita masih banyak kes buli di sekolah.. hummm.. mama pun jadi tk sedap hati. kes buli yg terjadi pada anak buah ija tu bukan melibatkan senior tp sebaya...
Ija rasa ija hanya lepaskan Tisya to boarding school after PMR lah kut... biar dia besar depan mata ija.. kalau ada rezeki dia lah...
No comments:
Post a Comment