Pages

Thursday 31 May 2012

Twitter : @sacitycouncil FB: MBSA



Ni bukan nak buat paparan lucah. Tapi ini adalah paparan sebenar di kawasan tanah persendirian yang didiami oleh ibu mertua ku di Batu 71/2, Jalan Kebun. Kita orang masih guna alamat Klang walaupun dah masuk Shah Alam sekarang.

Anjing - anjing liar ini dah lama duk berkeliaran di kawasan rumah MIL ija. Kalau sebelum ini, anak2 bebas bermain di persekitaran rumah, baik petang atau pagi. MIl pula pagi2 dengan aktiviti dia (siram pokok, tanak pokok, berkebun). Sekarang kami dah tak berani nak benarkan anak anak bermain kat luar. Silap haribulan tak cukup tanah budak2 tu lari kalau kena kejar anjing liar. Tambah lagi cuti sekolah, anak anak macam kena perintah berkurung kat dalam rumah.

Mulanya tu SIL buat aduan ke Majlis Bandaraya Klang .. depa kata Jalan KEbun dah masuk tanah jajahan  Shah Alam. So SIL pun buat lah aduan kat Majlis Bandaraya Shah Alam. Aduan macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Jenuh dan Hampeh!!!.. Then SIL ija masukkan plak aduan melalui FB since MBSA ada sediakan kemudahan online aduan.


Beratus kali SIL call No 016 243088 Cik Zuhaila .. haraaaaaaaaaaaaaammm nak diangkat. Bukan ke no tuh diberi utk menerima panggilan aduan, so kenapa tak diangkat ? Janganlah pula menyalahgunakan no itu ... mana tau, hanya jawab kalau nombor pakwe jer yg tertera.

Memandangkan anjing2 liar ni makin lama makin dah tak takut kita orang, so hari ini ija ambil alih tugas menalipon orang2 yang bertanggungjawab menangkap anjing2 tersebut.

Pagi, ija cal no hp Cik Zuhaila.... dan seperti di duga ... Tak berjawap. Hangin! Masuk websit MBSA, ada twitter utk aduan, so ija tweet @sacitycouncil....puun tk der reply. Tk taulah kut2 dia org ambik 36 jam baru nak reply.


Sebelum lunch, ija call lagi MBSA Jabatan Khidmat Bandar ... tk der nak tanya mana si Zuhaila ker.. sapa sapa ker.. trus mtk extension Pengarah.. Tn Hj Nor Isa. Tn Hj tak der... (ai.. awai nyer keluar lunch... ishhh ija tk baaikk habaq lagu tuh... ok ok maap, hati tgh Hangaaat).  Petang kul 3 call lagi, baaaru dapat cakap ngan Tn Haji. Cerita segala kesulitan, kepayahana dan bahayanya .... tapi bila sampai komplain pasai budak Zuhaila ni, aikk, Tn hj cepat2 potong mcm tk nak dgr... (tn hj ada skandal ker? issshhh tak baiiikkkk ... ok ok maap tn hj.. cuma curious sbb tn hj mcm baiik nyer backing). Tak per... ambil segala maklumat, alamat, org2 yg boleh dihubungi .... Saya sempat "merayu" kat Tn Hj supaya tindakan SEGERA sbb ni pasai keselamatan. Jgn sampa berlaku benda yg tak diingini baru nak ambil tindakan. Nauzubillah!!..

So kita tgk lah berapa lama yer... selepas aduan di buat hari ini .. direct kepada PENGARAH JABATAN KHIDMAT BANDAR.. berapa lama tindakan akan di ambil? JUST WAIT N SEE.....

Maap yer, nama nama yg ada di atas terpaksa saya letak di sini secara terang2 tanpa berselindung sbb kami tak boleh bertolak ansur kalau hal2 yg melibatkan bahaya dan keselamatan kepada ahli keluarga kami.

Kepada Kakitangan kerajaan, TOLONGLAH ubah presepsi kami bahaya KORANG TAK BUAT KERJA!  Walau tak semua tapi orang2 seperti itu yg telah mencacatkan sektor awam. Macam2 insentif korang dapat so buat lah kerja agar berbaloi insentif yg korang dapat. LETIH KALAU BERURUSAN DGN GOMEN!. Sorry.....

2 comments:

  1. Sebarkan URL entri ini dalam FB..
    Biar MBSA bukak mata..
    Takkan nak jadi lagi kes kematian kena gigit anjing?
    Lagi satu, dah nak dekat PRU ni, pegi aja kat pejabat ADUN, mintak bantuan...

    ReplyDelete
  2. Kita tgk dalam 36 jam, tk der action, then kita ambik action. Kalau bab keselamatan no compromise

    ReplyDelete