Pages

Monday, 28 November 2011

Pot Chicken Rice

Claypot Chicken Rice memang favourite Ija. Apa lagi kalau ada ikan masin .. yum..

Bila ija blogwalking last week, terjumpa lah resepi Pot Chicken Rice dari rumah  tun_telani .. tengok pada resepi macam  senang sangat . Mesti cuba ni..

Sabtu lepas, dalam mud malas nak masak sbb petang nak fetch tisya kat seremban. Nak buat nasi goreng Incik A'an kureng skit kalau makan nasi goreng during lunch... so ija pun singgah Pasar Segar beli wing dan bahan2 lain dan eksperimen dan percubaan ija bermula

Memang sedaap... seronok sangat sbb eksperimen menjadi...ija buat vege soup and fried baby sawi for side dish.
Ija masak sikit dulu incase tak jadi...

Komen Incik A'an :

Ija: Macamana? ok tak? aa rasa claypot chicken rice tak?
IA :  boleh.. dah hampir2 rasa..

Komen Ija: 99% seperti Claypot Chicken Rice kat Food court Tesco/Giant/Carefour. Kalau masak dalam claypot, sure jadi 100%

Terima kasih pada Tun Telani kerana berkongsi resepi yang sedap sangat.

Bigger portion utk Incik A'an

smaller portion utk Dania


Ija share resepi di sini


Pot Chicken Rice
Sumber : Tun Telani

Bahan2
       
200 g Beras -Ija guna 3 rice cup
250 ml Air- x sukat, masak mcm masak nasi biasa
200 g Isi Ayam - dipotong kasar -ija pakai wing yg dipotong kecil sbb ija tk suka isi ayam
4 bj Cendawan Kering - direbus & dihiris nipis - guna shiitake
1 tangkai Daun Bawang - dicincang kasar - 
½ Cili Merah - dihiris nipis - tk letak, tkt si kecik x mao makan
10 hiris Halia
2 ulas Bawang Putih - dicincang
2 sb Gula  - xletak, tp ganti dgn sedikit saus manis ABC - kicap ni manis 
2 sb Sos Tiram
1 sb Kicap Pekat -  guna kicap pekat manis
1 sb Kicap Cair
1 sb Minyak Bijan
1 sb Jus Halia - ija sagat halia
1 sb Serbuk Lada Hitam
sedikir Garam

Cara Memasak

Perap ayam bersama lada hitam, garam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, jus halia dan gula. Ketepikan.
Masak nasi bersama air secukupnya.
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan hirisan cili, cendawan dan ayam. Kacau sebati hingga ayam empuk.
Apabila nasi masak, masukkan ayam diatasnya. Biar hingga aroma ayam sebati bersama nasi dan kuahnya kering.
Taburkan daun bawang sebelum dihidang

    Selamat mencuba... kalau ija buat jadi sukses... kawan2 juga sukses kan. Yg penting.. resepi ni sedap

No comments:

Post a Comment