Pages

Tuesday, 22 November 2011

Kuzie Vs Nasi Minyak Tulang

Wikipedia:

Kuzie - ialah makanan di raja atau istana kelantan. Walaupun berasal dr kelantan tetapi tidak semua anak kelantan tahu tentang Kuzie... sesetengah jajahan di kelantan tidak pernah tahu dan apa lagi merasa kuzie. Orang kata (ORG KATA  yer) hanya mereka dr golongan NIK sahaja yang tahu tentang masakan ini  Wallahualam. Kuzie biasanya akan di masak jika ada keraian, perayaan seperti hari raya, majlis Aqiqah. Kenduri kawin amat jarang org nak hidangkan masakan ni .. mungkin pernyediaannya agak mahal. Selain dari makan dengan nasi, ia sedap di cicah dengan roti atau roti jala

Nasi minyak Tulang
Tidak dijumpai di mana mana negeri. Penyediaan seperti nasi minyak biasa tetapi mengguna kan air rebusan tulang untuk memasak nasidi samping bahan2 tumisan dan tulang yang telah di rebus di masak bersama nasi...

Chewwaaah.. siap dengan Wikipedia tuh....

Al kisahnya, semalam (Ahad) ija dengan rajinnya telah memasak Kuzie match dengan Nasi Minyak tulang.

Tak ada bersempena dengan apa apa sambutan.. sajer nak layan tekak.
Rempah kuzie ada dlm stok, kiriman dr wan chik tempoh hari. Suppose nak buat Hari Raya Haji hari tuh, Tapi disebabkan menu raya haji dh bertukar ke BBQ, so ija simpan dulu rempahnya. Kebetulan BIL request... so ok lah.. ija ajak ipar duai dan adik beradik for lunch. aKta for lunch, ekceli sampai dinner.

Kuzie Ayam (utk 1 ekor ayam)

Rempah Kuzie
-Ija guna yang didatngkan khas dari kelantan, kalau kat sini rasanya ada beberapa jenama but ija not sure

Rempah kuzi yg tk commercialized tp permintaan tinggi di KB

20 ulas bawang merah (dimayang dan digorneg)
4 labu bawang besar (dipotong dadu dan di goreng)
sepaket hirisan badam - digoreng
sepaket kismis - goreng
suku kilo hati lembu -digoreng

bawang besar dan bayang kecil yg dah digoreng

kismis, badam dan hati lembu yg digoreng

1 botol kecil sos tomato
1 tin susu cair
garam dan gula
minyak sapi
minyak sapi tidak ada dlm gambar... terlupa

Ayam dipotong 18, diperap dengan garam, halia dan bawang putih yg ditumbuk

ayam 1/2 cooked
Cara-Cara:

Tumis rempah kuzi dengan sedikit minyak yang dicampur dengan sedikit minyak sapi.
Guna api yang perlahan
Tumisan nampak masak, masukkan sos tomato...
kacau seketika, masukkan susu cair.
Tambah air dengan sukatan 1/2 tin susu cair tadi
masak hingga kuah masak...
masak bahan2 goreng... hingga menggelegak...
masukkan garam dan gula
kalau terlalu pekat tambah kan lagi air
tetapi hati2 jgn terlalu cair
masak kuah hingga betul2 masak baru masukkan ayam yg digoreng separuh garing


setelah dimasukkan susu cair, tomato, bawang2, kismis, badam dan hati lembu


siap !!!!

Kelihatan seperti kari tetapi rasa dia 100% bukan kari...

Ni lauk sampingan

sambal belacanamat perlu bg mereka yg mementingkan kepedasan

setiap hidangan wajib ada vege - acar mentah

Alaaaaaaaaaaahh.. naper Nasi Minyak Tulang tak de dalam camera ? lupa ambik ker?
Itulah lunch kami hari ahad lepas...bersama ipar duai dan adik beradik...
jom layan gambar budak2 kecik yg lasak hari tuh...

Rayyan Iman yg bakal jadi abang long - my bro's 1st son

Rayyan tgh "kemas", kakak Dania sedap punya tidur

Kakak kesayangan Rayyan,  Kakak Tisya

No comments:

Post a Comment