Pages

Thursday 18 August 2011

Kerabu Saghey d' Hartinie Restoran

Kerabu Saghey atau rumpai laut adalah makanan nostalgik ija waktu kecik2 dulu. Kena plak match dgn nasi kerabu... marvelous. Last Rabu, sempena cuti Nuzul Quran ija  jalan jalan cari makan kat Restoran Hartinie @sek 10 shah alam, dan terjumpalah kerabu saghey ni... hati melonjak gumbira .. aduh sedapnyaaaa lah tak sabar rasanya nak makan. Tapi sayang seribu kali sayang, rasanya kureeeng lah. Frust sungguh. Tiba2 teringat kerabu saghey air tangan cik suami sepupuku, Zahidi. Dia buat memang sedap.

Bercakap pasal Hartinie Restoran ni... apa jenis lauk pak dan kuih muih kelate yg tak der kat sini... semuaaa ada.Sebab tuh lah malas nak ke sana sbb akan jadi lapar mata. bila lapar mata akan jadi xtrra belanja sebb semua nakkk... Alhamdulillah hari tuh akal ija telah berjaya mengawal nafsu tp berhabis jugalah RM50 henggit. Jom layan lauk pauk fev ija dr Restoran hartinie...


Ini lah kerabu saghey. Bahan2 spt tumis santan, budu, kelapa goreng... gaul together2...


Ini pula sambal pauh.. or sambal mangga. Feveret giler ni.. ija lebih suka makan gitu jer.
Bahan2:  ikan dipanggang tanpa garam, cili padi , garam dan mangga.
Cara2: tumbuk cilipadi dan garam... ikan yg dicubit2 tuh di tumbuk selepas cilipadi dah lumat. ikan jgn hancur sgt. hiris mangga halus2 gaulkan bersama... seddaaapppp...



Ni pula gulai kawah. Resepi?? Wallahualam.. tau makan jer


curry chicken feet. nyum nyum ratah jer
SSesiapa yang nak berkunjung ke Restoran Hartinie dan kalau tak boleh tahan nafsu, better bawa duit banyak2. hehehe harga boleh tahan mahal oooo

No comments:

Post a Comment