Pages

Friday 3 April 2015

DALAM KENANGAN - SHARIFAH MUHAMMAD

Kau melihat duni pada tanggal  25hb April 1973
Pergi mu menemui Penciptanya pada 25 Februari 2015
Kau dan aku dipertemukan
dalam sebuah ikatan persahabatan
dalam kita sedang meniti alam keremajaan
bersama kita menempuh kedewasaan di Universiti
dan kita terus bersahabat saat kita meredah onak dan duri kehidupan

kau dikelilingi teman kawan dan sahabat
kau disenangi oleh mereka yg kau kenali
kau dihormati kerana keperibadian mu
kau mudah didekati
kau tidak mudah untuk menunjukkan kemarahan dan kekecewaan
kerana senyuman sentiasa kau ukirkan dibibir mu
tidak kira saat sedih atau riang mu

Allah perkenankan pertemuan terakhir kita
tiada terduga oleh kita itu perjumpaan terakhir antara kau aku dan Na
tiada tanda yg dizahirkan
cuma kau lebih diam berbanding hari hari dulu saat kita berkumpul
hari itu juga hari terakhir aku salam cium pipi mu saat kita berpisah

Tak ku duga... sakit mu melarat membawa mu ke tahap kritikal
hati ku gundah ..ingin terbang ke sana
bertabah wahai sahabat... tunggu ku ke sana

Kau pergi jua
bila tiba saat itu... tidak sesaat pun akan terlewat
pagi yg hening membawa pekhabaran pemergian mu
aku kaget
aku tak percaya
mana mungkin
akhirnya air mata ini jatuh
merinduimu wahai sahabat

Damai lah wahai sahabat
tenanglah mu di sisi Pencipta...
akan ku pahatkan persahabatan kita
di hati.. di jiwa
sepanjang hayat ku...

Al Fatihah






No comments:

Post a Comment