Assalamualaikummm...
Lama sungguh tak bersiaran
Menyepi seketika bukan atas kerelaan hati...
Dalam keterpaksaan membenarkan kesepian menyelubungi paparan Ijahans
Dan dalam kesepian itu byk cerita dan kisah
Insyallah Ija akan share di sini suka duka ija
selama waktu menyepi itu.....
Dania & Kakak Dah Start Mengaji Semula
Sebelum ini Ija hantar anak anak mengaji dengan ustazah kat kampong ni jer... tapi dek kerana terlalu ramai ija macam tak yakin plak dengan cara ustazah ni mengajar, Mana tak nya sorang budak ngaji tak sampai 5 minit dah siap. Mengaji ni jangan dibuat main main... kalau kita baca dengan salah cara bacaanya berdosa.
So ija sanggup berkorban masa dan segalanya di hari Sabtu untuk anak anak ija mengaji di Pondok Adek di sek 9. Ija ambil 2 jam sekali seminggu... hari sabtu sahaja. Itu je yg ija ada masa untuk hantar dan ambil. Kalau ada hari ahad, dengan hari Ahad skali ija ambil tapi Ahad tutup daaa... Ija dah kenal owner Pondok Adek ni dah lama.... Owner dia Specialist Kanak Kanak Dr Amdan. Anak Anak ija serasi dgn doctor ni dr zaman Tisya kecil lagi. Then dia buat Child Development Centre. Ija selalu jugak hantar tisya sbb dia caj ikut hour bukan monthly. so kalau absent tak rasa rugi. Then dia tukar kepada Pondok Adek dan berdaftar under JAWI. Ustaz yg ajar lulusan bidang agama... ada yg local dan ada yg dari Syiria. One to one Method... 1 ustaz hanya ambil max 5 budak jer at one time.... Target ija anak anak ija khatam Al Quran dengan Ustaz yang mengajar cara bacaan yang betul. Biarlah at least khatam sekali dengan seorang guru. Tisya yang dah baca AlQuran diturunkan semula ke Muqadam dan Iqra sebelum memulakan dengan Al Quran. Sebab ustaz kata bacaan Tisya agak teru... semua nya litang pukang. Tak kisah lah... kalau itu yang sepatutnya. Dania bermula dengan iqra'. Risau jugak tkt Dania tak tahan 2 jam. Macam Tisya dah besar. But so far Alhamdulillah...
Ini tanggungjawab kami sebagai ibu bapa memberi didikan agama untuk anak anak... Insyallah satu hari nanti ija pulak join dia orang. Oh ya... menerima student dr 5 thn hingga ke dewasa....
BAHAN BACAAN TERKINI
Sambungan Adam Dan Hawa.... mula tu dia jual online jer... ija tak sempat nak beli dah habis. Bila dia announce ada jual di Karangkraf masa pesta jualan hari tuh ija sanggup ambil half day sbb tak nak berebut on weekend. sure ramai orang. Alhamdulillah dapat. Tapi bila dah jadi hak milik.. masa pulak mencemburui... asyik tak sempat nak baca jer... sibuk bebenior ke teman ni sampai dah tak de masa utk novels.... tak pe akan ija curi masa demi Adam dan hawa......
No comments:
Post a Comment