Pages

Monday, 3 September 2012

DAGING KERING

Pernah makan daging kering? haaa.... pernah tgk tak?

Setiap kali Ramadhan, ija selalu teringat daging kering sbb ia terlalu nostalgia buat ija n family. Kalau sebulan sebelum puasa arwah mama dah siap beli daging dan dia kering kan sendiri. Buatnya senang tp renyah. Just marinate daging tuh dgn garam pastu keringkan bawah matahari terik. Kena panas terik tau, kalau tak akan dihinggap lalat dan lalat akan tinggalkan telur lalat. bila dah betul2 garing simpan peti dan itu adalah menu wajib waktu sahur kerna ia membangkitkan selera.  Cara nak sediakan menu ni... daging yg seketul yg dah kering tuh akan di tumbuk sampai seketul tuh jadi pecah2... then goreng garing, tabur dgn bawang goreng. Pergh. sedap giler.

Sekarang makanan ini semakin luput. Kalau tanya orang sekarang, sure tak tahu .. walaupun org kelatan sendiri. Dan sekarang dah di commercialize ... daging yg semakin nipis, dan packaging yang bersih . Tapi daging ini tidak dapat diperolehi di mana mana pasaran. Nak dapat tiap tiap tahun puun susah. Tp tahun ni rezeki ija dapat bersahur dan berbuka  Daging Kering. Suppliernya ialah kawan ex opismate ... cik puan Haizam. parents dia org Telipot... dan family dia tahu pasal daging kering ni. So sebelum puasa hari tu Haizam call ija tanya nak tak daging ni... Ija apa lagi... trus jawab NAAAKKK. Ija order 6 pack which  harga dia RM12 per pack... bagi sepeket utk my sis n my bro. Sangat sedap di makan dengan nasi panas2...

Kalau dulu kena tumbuk kasi leper, then baru goreng, sekarang tak payah susah2 lagi nak menubuk, just masuk jer ke dalam kuali yg dipanaskan minyak, goreng dalam seminit dua jer... trus angkat. Garing jer daging tu. Then tabur kan dengan bawang merah yg dihiris dan digoreng (bawang goreng lerr). Tak mao yg dah siap2 goreng yg dijual tu.. dh hilang aromanya. kalau homemade bawang goreng tu aroma nya bessst sgt.  Daging ni pun sedap kalau makan ngan bubur nasi...

New packaging ..

Sedaaap gileer


3 comments:

  1. Assalamualaikum,boleh tahu kat mane blh beli daging kering ini,mohon bantu sma / whatsapp 0129341637

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,boleh tahu kat mane blh beli daging kering ini,mohon bantu sma / whatsapp 0129341637

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,boleh tahu kat mane blh beli daging kering ini,mohon bantu sma / whatsapp 0129341637

    ReplyDelete