Pages

Wednesday, 18 January 2012

MAAFKAN DAN BERDOALAH, INSYALLAH ALLAH BERI PETUNJUK

Sejak dua menjak ni tgh hot story tentang pergolakan rumahtangga Rita Rudani dan Aidil. Ija ada follow rita ni kat tweeter, kembar Aidil, si Zaquan pun ija follow. Mula tuh terbaca perang twitter dua org ni.. tiba2 kuar paper hari Ahad katanya Aidil dah keluar rumah... hmmm dah nekad lah si Aidil tu.

Ija di sini bukan nak kepoh nak nyibukkan diri hal rumah tangga orang orang fofulor ni. Ija duk baca luahan rasa hati Rita di twitter... dan dari luahan itu Rita mengharapkan satu kebenaran akan muncul suatu hari nanti.
Dari itu ija terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang pernah menduga keimanan ija..

I have a story to share..Ija pernah mengalami situasi di mana ija tak tahu apa dan di mana silap ija sehingga ija dihukum dengan satu hukaman yang agak berat. Amat menyakitkan hati hingga timbul satu perasaan BENCI.  Sungguh tidak selesa bila dalam hidup kita ada perasaan perasaan Negatif yang menguasai diri.

Dato Dr Fadilah Kamsah selalu mengingat kan  kita, sebelum tidur.. maafkan semua org yg pernah menyakiti kita. Maafkan juga semua yang kita kenal walaupun tiada dosa antara kita dengan mereka. Thats what I did... Sebelum tidur... antara kita mahu lelap dan jaga... berdoalah ... "Sekiranya salah faham ini berpunca dari aku, Ya Allah bagi lah peluang untuk ku memohn maaf dari nya tetapi sekiranya puncanya bukan dari aku, Engkau tunjukkanlah kebenarannya. Datang lah dia pada ku memohon maaf atau menerima kemaafan. Sesungguh nya aku memaafkan dia atas kebencian dan kemarahannya pada ku.... Amin"

Dan di saat2 kemelut begini, luangkan masa untuk mendengar ceramah ugama kerana melalui kisah-kisah nabi dan ajaran ajaran islam yang disampaikan oleh ahli pandai agama ini akan memberi ketenangan dan membuka minda kita terhadap permasalahan yang kita hadapi. Bukalah TV AlHijarah dan TV9, tonton lah 30 minit bersama Ustaz Don, Tanyalah Ustaz/Ustazah, Semanis Kurma.. atau segmen2 yang lain... Insyallah Allah akan memberi jalan dan petunjuk pada permasalahan yang kita hadapi.

Alhamdulillah.. Allah telah melembutkan hati dia untuk berbaik dengan ija...Dalam apa apa permasalahan... dekati lah teman teman atau sesiapa sahaja yang boleh memberi nasihat bukan mendekati mereka yang mempengaruhi kita kearah keburukan. Faktor sekeliling juga memainkan peranan penting. Sekiranya kita didekati oleh mereka yang mahu memecahbelahkan ... akal yang waras dan pikiran yang matang amat penting supaya kelak nanti tiada penyesalan...

Menulis itu mudah... berkata juga mudah... tetapi untuk memikul beban dan menghadapinya, hanya Allah yang tahu. .. Wallaualamm

1 comment: