Pages

Tuesday, 11 December 2012

CUTI CUTI JOHOR 3D2N BERTUKAR JADI 4D3N : P1

Alhamdulillah... percutian keluarga terlaksana sudah
And today ija back to work
Dengan mood holiday masih ada
Aduhai.. focus Ija ... focus

Ini lah pertama kali ija jejak kaki ke Johor Darul Takzim
Berpandukan GPS, kami jelajah dari JB, KULAI, NUSAJAYA dan ke KOTA ISKANDAR
Dan Planned holiday 2D1N bertukar kepada unplanned 3D2N

Day 1: Homestay @ Taman Delima 2, Johor Bharu


This is a Semi D house... sangat luas, selesa dan sesuai untuk yg datang dengan 2 atau 3 family. # rooms kat atas, 1 kat bawah. Master bedroom attached with a bathroom. Each room ada aircond and fan.  Rate very cheap RM300 for one house ya. So kalau 3 or 4 family boleh ler kongsi kongsi. Permintaan yg tinggi dan dgn sbb itu ija hanya dapat utk 1 mlm sahaja... frust sungguh. Kalau nak tgk detail pergi ke mudah.my and taip Homestay Taman Delima 2. Owner duduk selang 1 rumah dr homestay. Easy access to town, dekat dgn Tesco and AEON, breakfast pun senang  boleh tapau nasi lemak dekat area perumahan berdekatan dalam 3 minit drive jer...

jom tgk bilik....

TOILET

MASTER BEDROOM

SINGLE ROOM

DINING

HALL


RUANG SOLAT TNGKAT ATAS
Alamak, lupa nak ambil photo kitchen, it just a small dapur, ada peti ais yg quite uzur, kettle, pinggan mangkuk sudu garfu n gelas...Kat belakang ruang jemur kain yg sgt luas boleh parking keter pun. Kawasan tu kalau nak ber bbq memang sesuai tp tk tahu lah pula tuan rumah allow or not.

Day 2 : Jejak kasih di Taman Saujana, Kota Tinggi

Junaidah Sarkarsi ialah ex roomate masa study di UUM. She's my junior. Thn lepas dia kawin ija tk dapat hadir  sampai lah dia dah dapat baby. Alhamdulillah, dah sampai Johor, ija cari jugak kesempatan pegi rumah dia. Dengan bantuan GPS.. sampai jugaaak rumah Jun. Ya Allah.. rindu gileerr...

look at the Barbams... Dania n Johan... 
Dari Kota Tinggi trus ke Kulai Town sbb nak check in Kulai  City Inn Hotel . Melalui Felda Taib Andak kampung mawi ...oooooo kat sini rupanya Felda yg tiba2 femes dek kerana anak jati kampung ini Mawi.
About the hotel.. boleh laaa. 3 star jer. Lepas rehat trus ke  Johor Premium Outlet.. masih berpandukan GPS sampai nak sesat.

Sampai Johor Wajib Singgah

Bukti yang kami dah sampai sini
lalu jerrrr



to be continued........

Sunday, 2 December 2012

HOMEMADE CIKENCOP

Last Saturday, ija prepared a simple dinner for family
simple2 jerlah... sbb badan dah penat
penat dek bersesak sesak kat MID VALLEY
after how many years I have not been there
dgn jam nya... dgn berpusing2 kat parking tk jupa jln keluar, dgn sooo ramai orgnya
Selain beralih angin  (asyik2 Aeon bukit tinggi, asyik2 Subang Parade) dan bawa anak jln2
Ija ke Mid Valley ada misi, misi melayan tekak ...
hari tuh ada bgtau Incik A'an laaa dah tk mkn tepanyaki kan
so di sini lah Incik A'an melaksanankan misi anak tekak bininya... heheh
Puas walau pun terpaksa que nak dapatkan seat...
Nak ambik gambor segan kat tukang masak depan mata tuh
tkt nnt kata jakun.. hehehe
It was first time for anak anak, not for mama n papa
Eh .. td nak citer pasal dinne, melalut lak ke lain

Ok... since lunch dah kul 3 pm...
so malam still terasa kenyang...
since ada ayam kat peti, ija suruh Incik a'an marinate
ija operasikan mushroom sos and salad.
Ngam ngam Garuda dan Ghimau masuk padang 
Dinner siap dan kami anak beranak layan dinner depan tv
Sib baik gol pertama Ghimau kami dah siap makan, kalau tak mau tercekik ciken cop..
mana taknya... bersorak bkn main...

Tk ler terror mana, tp utk Family boleh laaa.. sedap di tekak kami.. heheh


JANJI DITEPATI - SETTLED!

Alhamdulillah, selesai sudah "hutang" mama dengan kakak.
Hutang itu adalah janji janji mama
Kini tertunai sudah ...

Janji 1:
Twilight Saga 2
Janji ni disebabkan kakak miss yang part 1 dulu
Masa tu clash dgn Ombak Rindu
So bila keluar Part 2, kakak tuntutlah kan
Jumaat Malam hari tuh 5 of us layan movie ni kat TGV Bukit Tinggi
Eh why 5? owwh.. Tisya bawa BFF dia, Zafeerah
Actually movie ni sungguh tak sesuai untuk bawa anak anak
ada lah se dua adegan yg tk wajib ditonton...
keluar jer part tu, anak anak dikerah supaya tutup mata.. hehehe..
Kakak and Zaf sheronok lah, mmg dia org follow citer ni
For Dania... yg dia tahu citer vampire...30 mins sblm citer habis dia give up... zzzzzzzzzzzzz
For Mama... from beginning till the end, sepatah haram mama tk paham..so mama join Dania zzzzzz
For Papa... membebel cer dia.. "lenkali kalau citer mcm ni jgn ajak papa lah"

Beli RM 14 untuk tidur memang tk berbaloi


Budak ni tk tidur siang.. dia tgh melawan mata yg mengantuk. 
Janji ke 2:
Appreciation Reward.

This is my promised for her achievement in UPSR.
Walaupun tk memberangsangkan but she still have A s and no C and D.
Its ok for mama, bukan rezeki kakak.
Its not that mama puas hati, but mama redha.
I know u can do better than this... so prove it to me.
Janji mama RM100 for books.
Last Saturday, dengan baik hati papa bawa ke MPH Mid Valley.
Kakak grab 4 books which dah lebih RM100. Sendiri top up yerrr
Adik pun pau 1 buku... biasalaah.. sticker book
Self Reward untuk saya.. 1 novel   SUAMI KU USTAZ
cari PILOT CAFE tak der lah pulak
eh kenapa ija cari novel2 ni?
Sbb dua dua novel ini akan diadaptasikan ke filem

So after this tak der nak demand apa apa lagi yer.
Hari hari asyik duk kata boriiingggg.... booorriiinnngg

Next week family holiday 3D2N  ke Johor
Jalan Jalan ke Legoland

Aiiii... cuti mama dah senak.. 5 hari jeerr bf ke 2013.






Thursday, 29 November 2012

TEROWONG RAHSIA DIJUMPAI DI PALEKBANG KELANTAN

Malam tadi tgh rileks rileks duk layan FB
Mostly rakan FB duk luah betapa tidak sabarnya mereka nak layan Episod 56
Ye lah kan.. Am ngan Ain dah nak ehem ehem
kebetulan malam Jumaat pulak scene romantis tuh
laggi lah penuh dgn mudnya...
Mcm ija ni kena tungu beberapa jam baru boleh tonton.
org tk der mustika HD lah katakaaaan.

Eh melalut pula...
ok, tgh syok scroll tetiba tebaca di status I love Kelatan... GEMPAR.
TEROWONG RAHSIA DIJUMPAI DI PALEKBANG
ija duk pikir kat mana Palekbang ni ek
Macam pernah nampak sign board tp belah mana yerr..
puas pikir... tanya rakan fb tk der lak komen
End up call papa kat kg... oooo rupanya kat Tumpat
Ekceli berdekatan dengan Wakaf Bharu.. mungkin daerah Tumpat.
Lagi tepat dekat dgn Kampung Laut, berdekatan dengan sg Kelantan

Ija nak ulas tk pandai so kalau nak detail info
baca kat SINI

No Wonderlah Flyover yang merentasi Sg Kelantan tak siap siap ..

skali tgk mcm perigi jer kan
INFO:
- sejauh 100km,  bersambung hingga ke Tak Bai..
   Kalau bersambung ke Tak Bai bermakna adakah dia merentasi Sg Golok? Hmmm dalam sungai 
   ada   terowong? 
- dijumpai oleh kontraktor yang sedang membuat kerja tanah
- Di kawal rapi oleh pihak berkuasa
- Di guna oleh tentera jepun.
- Tempat simpan emas Melayu Purba....ada saki baki emas tak..? mas dolu2 tinggi harga tuuuu

Masa call papa kat kg, ija tanya ada dgr citer tak pasal ni... dah heboh dahh...
Dia kata tak tahu menahu..
hehehe... padahal Palekbang dan Kampung Laut tu kawasan dia jaman muda2 dolu...
Dia pernah mengajar di Sek Men Kampung Laut tuh...

Tapi tk keluar plak kat paper ngan Buletin Utama..
oooo UMNO sedang sibuk bersidang
Buletin Utama pun sibuk buat liptan UMNO kan..
Tak der masa nak ambik tahu hal remeh ni..
Halatuju Parti lagi penting

Eh boleh gitu? Opppsss... ambo surrender.. ambo tok minak politik...
Loh laaa demo.. ambo nok tahu hal sejaroh klatey jah

Wednesday, 28 November 2012

CHINESE MUSLIM RESTORAN -MOHD CHAN ABDULLAH

Ija memang penggemar chinese food
dan dengan itu chinese muslim restoran memang pilihan ija
tp restoran chinese muslim memang agak mahal
tu yang takut nak masuk and dining kat situ
tapi sejak ija diperkenalkan dengan  ADAM LAI restoran
tekak ni asyik gatalll jer nak layan Shark Fin Soup.

Kat Kota Kemuning the famous Mohd Chan Abdullah dah dibuka
hari2 lalu jer depan restoran...
tiap kali lalu ramaiiiii jer orang
kami pun asyik duk tanya.. sedap ker ek?
One Day we will try  ekkk

So mlm tadi berpeluang untuk dinner kat MOhd Chan Abdullah
hurmmm.. tekak ija kata lebih sedap food kat ADAM LAI
dah nampak specialties kat Adam Lai yg tak der kat lain
Seperti Adam Lai Chicken, dan Combination vege dia (kailan)
memang sedap....
2 menu tu menu wajib kami setiap kali ke Adam Lai..
Oh ya, Adam Lai located at SEK 15.

Jom tgk apa yg kita makan semalam di Mohd Chan Abdullah

Shark Fin Soup - RM20 Small

Ija punya tp lupa nama sbb nama dalam chinese.. Chicken apa ntah

Incik A'an punyer

Dania's Nasi Ayam - Dania pelik tgk ayam dia so kami order Roasted Chicken
Yang tak der dalam gambar Nasi Fish sweet sour, Roasted Chicken and Terung Crispy (tk crispy pun)

Harga - Reasonable lah... Byk mcm tu just cost my RM85.20.



Monday, 26 November 2012

HALAL HARAM


Dear Thahirah,  





Further to your enquiry, we are sorry to inform you that our shop in KL Sogo is not HALAL-certified.

Thank you very much for your interest in our company.
 

Best Regards,
FOUR LEAVES PTE LTD (198003150E)

11 Enterprise Road Singapore 629823

STEVEN ONG

GENERAL MANAGER

Tel  :  6268-6516     Fax :  6266-5470

stevenong@fourleaves.com.sg
http://www.fourleaves.com.sg/


Alamakkkk... dah brapa byk roti dan kek dri kedai ni dah masuk perut ija...
sbb setiap kali ke sogo setiap kali itu lah ija akan singgah

roti n cakes dia memang variety... sedap plak tuh
aduhaiii... rupanya tk certify halal
bukan apa... bila roti sedap tkt dikhuatiri mengandungi wain
kan wain di guna pakai dalam bakery kalau dak kasi sedap

Ija forward the email to colleague ija
just for info lah kan
then dia dtg kat table ija
and this is our conversation pertaining to this issue

Kak xxx:  awak, kalau ada wain, tk memabukkan, boleh laaaa
Ija         :  ???????... mana boleh... kalau benda tuh dah sah sah haram, setitik pun dah kira tak halal
Kak xxx: benda tuh kan buat dgn anggur... tk mabuk tak per . Macam alkohol dalam perfum, Dr marshitah
               kata boleh buat solat
Ija         : Mana boleh... tk sah solat
Kak xx :  BOLEH ( bunyi mcm dah nak gaduh) Dr mashitah sendiri ckp

Ija cut off the conversation tkt jd gaduh...
Dr pengetahuan yg basic ini... once it HARAM, setitik ker, setengah titik kan ttp jadi HAram.
memang asal dr anggur tp pembuatan dan pemprossesan utk jadikan arak dan alcohol tu dah tak jadi halal.
Ke ada dalil2 lain membolehkan sedikit alkohol dal perfum boleh buat solat spt kata Dr marshitah.

Mohon pencerahan wahai kawan kawan...

Saturday, 24 November 2012

MASALAH SOSIAL REMAJA SEMAKIN SEROUS?

Anak umur 12 tahun dinikahkan
dengan alasan anak tak mahu balik dari rumah si pakwe...
Ini lah isu yang diperkatakan beberapa hari lalu
ada menyokong
ada membantah
Pendapat ija??? Ija BANTAH
Itu kah sahaja yang dapat pujuk si anak dara untuk pulang ke rumah?

Ija pandang Tisya...
dia pun 12 tahun
di manakah kematangan anak ini untuk menggalas satu tanggung jawab
Apakah perkahwinan itu hanya untuk menghalalkan yang haram
Apa yang dia paham tentang MUNAKAHAT?
Pasti yang dia paham hanya bab malam pertama dan malam malam seterusnya
Belah Malam bagi nafkah batin
Siangnya duk main Barbie? Eh yang main Barbie itu Dania laaah.. heheh

Sayang kan... usia baru nak menginjak remaja...

Kalau isteri ke kuliah... itu biasa..
tapi kalau isteri baru nak daftar masuk Form 1... hurrmmm....
kalau kawan kawan seronok duk cerita tentang cinta monyet
apakah si isteri ini akan bercerita tentang hubungan seks dia dan suami kepada kawan kawan?
Adakah ini boleh dikatakan sex education yg salah salurannya...
kenapa salah saluran? kerana si isteri itu hanya akan bercerita tentang keseronokan?
Kawan kawan yg nakal pula pastu ingin mencuba keseronokan yang dirasa oleh si isteri ini
Maka masalah sosial tidak akan ada noktahnya...
menyelamat kan yang satu, yang lain terjerumus ke kancah

Ustaz di bicara Benama 24 ada berkata
dinikahkan atau tidak.. dua dua  ada keburukannya
tp pilih lah yang mana memberi keburukan yg sedikit 
mungkin pernikahan itu satu solusi terbaik.....  hanya untuk mengelakkan maksiat...

Dalam hal ini ija salahkan mak bapak...
Education bukan sahaja di rumah
education bermula di rumah
Pergaulan anak anak perlu dipantau
Kebebasan anak perlu di kawal..
Bagi ija... kawalan itu bukan setakat di sekolah rendah
selagi dia belum berkahwin ... selagi itu kita harus ambil tahu

Tapi bila dikawal... lain pula jadinya
Ini berlaku bila dilaporkan remaja 16 thn mati jatuh dr tingkat 7 kediaman
kerana curi curi  keluar nak jumpa si pakwe
dek kerana si ibu dan si bapa melarang dia berdating
haiiih.... mak bapak dah kawal
anak pula keras kepala
Masalah sosial kita semakin parah rupanya...

Back to basic.... asas agama dan hubungan dengan ibubapa...

Bagi Ija... DIHARAMKAN bercinta selagi anak anak belum habis sekolah
Nak berdating? I would say NO selagi anak anak di alam persekolahan


Masalah Sosial semakin kronik
institusi kekeluargaan semakin longgar
Anak anak makin liar
Ibu bapa makin tercabar

Jom... sama sama kita jaga 
Imbangilah antara tanggungjawab dan pemantauan
Lalainya kita pada salah satu itu..
pasti menjanjikan keciciran 
yang menjerumuskan kepada permasalahan

Ija nak quote kan kata kata orang kelantan ...........
"Allah, gatal gelenya nok bbini / berlaki teh dia tuuh"

Ija bukan cendikiawan
bukan ahli falsafah... juga bukan cerdik pandai agama
tapi hanya sekadar pandangan dari yg masih jahil
tentang kehidupan
namun terus berusaha 
untuk mencari kesempurnaan
Kini bersyukur kerana berada di dalam kesederhanaan
untuk tidak mahu menjadi
seseorang yg mudah lupa diri...
Insyallah