Pages

Wednesday, 30 November 2011

ALAMAK! *GARUKEPALA*

Akibat :

Bangun lambat
Main pakai  sambil berpesan2 dgn anak2
Tak Tengok, main rasa jer..


Sampai Office terasa lain macaamm jer
haiihhh.. pakai selipar yg tak sherashi..
Kanan enggang kiri pipit rupanya
Kanan CROCODILE kiri XES
Parah!!!

Jenguk2 bawah meja
Jumpa si hitam
Berketurunan GMX Creation
Sudah uzur dan tunggu masa
Untuk disemadikan di TONG
tapi dek sikap tuannya yg suka menangguh kerja
maka dia masih menyorok di situ
hari ini dia menjadi HERO
penyelamat kepada keadaan yg parah
Menambat semula kasih tuannya
Jodoh si hitam dgn tuannya masih panjang rupanya
Walau amat tidak selesa
Namun ku pakai jua
supaya ku tidak canggung memakai sandal yang berlainan pasangan
atau agar ku tidak berkaki ayam ..


yg uzur bukan bermakna tidak berguna.. masih berjasa di usia emasnyaa


Tuesday, 29 November 2011

Persediaan Persekolahan 2012



Tahun depan budak bam bam di atas akan mula bersekolah.. eh baru kindergarten year 5.
Tapi mamanya terlebih risau...Zaman  kakak nya dulu mama nya tk risau sangat.
Ija hantar Dania tempat lama kakak.. Tadika Dinamik (KRISTA)
Kenapa? Dah lah jauh skit, Chinese plak tuh. Mahal lagi
kenapa tak hantar yg dekat.. yg melayu. Murah sikit
Soalan soalan pedas dr org sekeliling
Pertama.. ija dah kenal ngan principal dia.. teacher Phang
Kedua.. ija nak dia mix dgn other races...bila dia masuk sekolah kebangsaan senag dia nak bergaul
Ketiga ...ija nak dia start to communicate in English

Bukan Ija nak menidakkan tadika2 lain seperti PASTI, KEMAS, dll..
Memang betul.. baru TADIKA.. belum menjanjikan anak2 kita xcellent dalam pelajaran
Still kena work hard because anak anak ija bukan anak Gifted..
Ramai anak2 yg  bersekolah TADIKA KEMAS becomes NO 1 student..

But.. just to be fare to my dotters.. kakak dulu sekolah KRISTA.. so same for adik.. juga di KRISTA..
Insyallah.. selagi ada daya mama dan papa.. mama papa masih ada pekerjaan untuk menanggung segala perbelanjaan persekolahan anak anak mama, selagi itulah  mama dan papa akan bagi yg terbaik untuk anak anak.

Last Monday, ija ambil kesempatan cuti ganti Awal Muharam, ija pegi settel semua hal hal sekolah anak2.. registration Kindergarten Dania, Tuisyen Kakak, baju sekolah, kasut sekolah... 60% dah settle. Tinggal 40% saje lagi..

Next Year gonna be tough for me. UPSR for Tisya.. anak nak exam... mamanya dah rasa bahang. Dah puas torture, nasihat... hopefully bebelan mama ni melekat lah sedikit kat pikirannya.

Berharap juga Dania tak ngada ngada on her 1st day at KRISTA. Takut nanti "nak mama ... nak mama" ...

Wet World Pedas Hot Spring

Last Saturday ija ke rumah Kak lin di Pinggiran Senawang. Sebenarnya nak Fetch Tisya yang dah seminggu di sana. Perancangan awal nak balik terus.. tetapi setelah dipujuk rayu oleh  abang ipar, Incik A'an pun kata oklah...

malam tu kita org dinner kat Tobing.. sebenarnya TEBING tp dek kerana bahaso nogori jadilah TOBING
Menu ?  MAcam MAcam

kualiti gambar sungguh gelap... tp syiok lepak2 sambil makan2
Tgk tuuu... nama pun ROUND TABLE..  penuh makanan 
Esoknya termakan pujuk lagi... ini pujukan si kecik Dania. Pukul 5 am dia kejutkan kami ajak gi mandi kolam. Finally kami agreed pegi Wet World Pedas Hot Spring memandangkan lokasinya dekat sangat dgn rumah kakak. The place was very crowded memandangkan school holiday

Sexy Dania with Abg Haziq

2 ringgit 1 trip.. cepat cepaat


Dania dah berani turun slide



Kakak n Adik 


Monday, 28 November 2011

Pot Chicken Rice

Claypot Chicken Rice memang favourite Ija. Apa lagi kalau ada ikan masin .. yum..

Bila ija blogwalking last week, terjumpa lah resepi Pot Chicken Rice dari rumah  tun_telani .. tengok pada resepi macam  senang sangat . Mesti cuba ni..

Sabtu lepas, dalam mud malas nak masak sbb petang nak fetch tisya kat seremban. Nak buat nasi goreng Incik A'an kureng skit kalau makan nasi goreng during lunch... so ija pun singgah Pasar Segar beli wing dan bahan2 lain dan eksperimen dan percubaan ija bermula

Memang sedaap... seronok sangat sbb eksperimen menjadi...ija buat vege soup and fried baby sawi for side dish.
Ija masak sikit dulu incase tak jadi...

Komen Incik A'an :

Ija: Macamana? ok tak? aa rasa claypot chicken rice tak?
IA :  boleh.. dah hampir2 rasa..

Komen Ija: 99% seperti Claypot Chicken Rice kat Food court Tesco/Giant/Carefour. Kalau masak dalam claypot, sure jadi 100%

Terima kasih pada Tun Telani kerana berkongsi resepi yang sedap sangat.

Bigger portion utk Incik A'an

smaller portion utk Dania


Ija share resepi di sini


Pot Chicken Rice
Sumber : Tun Telani

Bahan2
       
200 g Beras -Ija guna 3 rice cup
250 ml Air- x sukat, masak mcm masak nasi biasa
200 g Isi Ayam - dipotong kasar -ija pakai wing yg dipotong kecil sbb ija tk suka isi ayam
4 bj Cendawan Kering - direbus & dihiris nipis - guna shiitake
1 tangkai Daun Bawang - dicincang kasar - 
½ Cili Merah - dihiris nipis - tk letak, tkt si kecik x mao makan
10 hiris Halia
2 ulas Bawang Putih - dicincang
2 sb Gula  - xletak, tp ganti dgn sedikit saus manis ABC - kicap ni manis 
2 sb Sos Tiram
1 sb Kicap Pekat -  guna kicap pekat manis
1 sb Kicap Cair
1 sb Minyak Bijan
1 sb Jus Halia - ija sagat halia
1 sb Serbuk Lada Hitam
sedikir Garam

Cara Memasak

Perap ayam bersama lada hitam, garam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, jus halia dan gula. Ketepikan.
Masak nasi bersama air secukupnya.
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan hirisan cili, cendawan dan ayam. Kacau sebati hingga ayam empuk.
Apabila nasi masak, masukkan ayam diatasnya. Biar hingga aroma ayam sebati bersama nasi dan kuahnya kering.
Taburkan daun bawang sebelum dihidang

    Selamat mencuba... kalau ija buat jadi sukses... kawan2 juga sukses kan. Yg penting.. resepi ni sedap

Tuesday, 22 November 2011

Kuzie Vs Nasi Minyak Tulang

Wikipedia:

Kuzie - ialah makanan di raja atau istana kelantan. Walaupun berasal dr kelantan tetapi tidak semua anak kelantan tahu tentang Kuzie... sesetengah jajahan di kelantan tidak pernah tahu dan apa lagi merasa kuzie. Orang kata (ORG KATA  yer) hanya mereka dr golongan NIK sahaja yang tahu tentang masakan ini  Wallahualam. Kuzie biasanya akan di masak jika ada keraian, perayaan seperti hari raya, majlis Aqiqah. Kenduri kawin amat jarang org nak hidangkan masakan ni .. mungkin pernyediaannya agak mahal. Selain dari makan dengan nasi, ia sedap di cicah dengan roti atau roti jala

Nasi minyak Tulang
Tidak dijumpai di mana mana negeri. Penyediaan seperti nasi minyak biasa tetapi mengguna kan air rebusan tulang untuk memasak nasidi samping bahan2 tumisan dan tulang yang telah di rebus di masak bersama nasi...

Chewwaaah.. siap dengan Wikipedia tuh....

Al kisahnya, semalam (Ahad) ija dengan rajinnya telah memasak Kuzie match dengan Nasi Minyak tulang.

Tak ada bersempena dengan apa apa sambutan.. sajer nak layan tekak.
Rempah kuzie ada dlm stok, kiriman dr wan chik tempoh hari. Suppose nak buat Hari Raya Haji hari tuh, Tapi disebabkan menu raya haji dh bertukar ke BBQ, so ija simpan dulu rempahnya. Kebetulan BIL request... so ok lah.. ija ajak ipar duai dan adik beradik for lunch. aKta for lunch, ekceli sampai dinner.

Kuzie Ayam (utk 1 ekor ayam)

Rempah Kuzie
-Ija guna yang didatngkan khas dari kelantan, kalau kat sini rasanya ada beberapa jenama but ija not sure

Rempah kuzi yg tk commercialized tp permintaan tinggi di KB

20 ulas bawang merah (dimayang dan digorneg)
4 labu bawang besar (dipotong dadu dan di goreng)
sepaket hirisan badam - digoreng
sepaket kismis - goreng
suku kilo hati lembu -digoreng

bawang besar dan bayang kecil yg dah digoreng

kismis, badam dan hati lembu yg digoreng

1 botol kecil sos tomato
1 tin susu cair
garam dan gula
minyak sapi
minyak sapi tidak ada dlm gambar... terlupa

Ayam dipotong 18, diperap dengan garam, halia dan bawang putih yg ditumbuk

ayam 1/2 cooked
Cara-Cara:

Tumis rempah kuzi dengan sedikit minyak yang dicampur dengan sedikit minyak sapi.
Guna api yang perlahan
Tumisan nampak masak, masukkan sos tomato...
kacau seketika, masukkan susu cair.
Tambah air dengan sukatan 1/2 tin susu cair tadi
masak hingga kuah masak...
masak bahan2 goreng... hingga menggelegak...
masukkan garam dan gula
kalau terlalu pekat tambah kan lagi air
tetapi hati2 jgn terlalu cair
masak kuah hingga betul2 masak baru masukkan ayam yg digoreng separuh garing


setelah dimasukkan susu cair, tomato, bawang2, kismis, badam dan hati lembu


siap !!!!

Kelihatan seperti kari tetapi rasa dia 100% bukan kari...

Ni lauk sampingan

sambal belacanamat perlu bg mereka yg mementingkan kepedasan

setiap hidangan wajib ada vege - acar mentah

Alaaaaaaaaaaahh.. naper Nasi Minyak Tulang tak de dalam camera ? lupa ambik ker?
Itulah lunch kami hari ahad lepas...bersama ipar duai dan adik beradik...
jom layan gambar budak2 kecik yg lasak hari tuh...

Rayyan Iman yg bakal jadi abang long - my bro's 1st son

Rayyan tgh "kemas", kakak Dania sedap punya tidur

Kakak kesayangan Rayyan,  Kakak Tisya

Monday, 21 November 2011

JAGA PERADABAN ANAK ANAK KITA

Kalau nak sentuh pasal anak2, macam macam isu akan timbul...
Sebab itu lah org kata disebabkan anak2 mak bapak boleh gaduh
Marahkah anda kalau org lain tegur sikap dan attitude anak-anak anda?
Bagi Ija.. kalau anak2 ija nakal, Ija membenarkan anak ija di tegur
demi kebaikan anak2 ija
Really I don mind  BUT haruslah teguran itu merupakan teguran sbg pengajaran...

Dulu pernah ija post kan tentang didikan anak2 seawal usia bayi
kalau bayi surelah belum nampak true colours perangai anak2 kita kan
don say anak2 belum ada akal sbb masih kecil, baru umur 3 4 tahun
kalau kita yg berakal ni tk memberi akal pada anak2 kita.. siapa lagi...
Tapi post tu ija terpaksa DELETE atas sebab sebab tertentu

Ija bukan nak kata ija PERFECT MOTHER... NO!
Saya masih dalam pembelajaran dalam ilmu keibubapaan
seboleh mungkin ija nak didik anak2 menjadi anak berakhlak mulia
Itu semua harapan setiap ibu dan bapa kan
Tapi tidak akan ada kesempurnaan  walau kita telah berusaha ke arah itu

Education yg terbaik tidak bermakna mampu menghasilkan anak yg terbaik didikannya
Top student tak semestinya menjamin anak yg terdidik dgn sempurna
Semua nya back to how we as a parent mendidik anak kita
dan semua itu bermula dari rumah
Tapi kalau anak kita TOP student PLUS berakhlah mulia..that is a BONUS
Big applause to her/his PARENT

Semalam Ija menegur tentang kelantangan seorang anak seusia 8 or 7 thn.. not sure
Bagi ija.. the word shouldn't come out from anak seusia itu
Perbincangan bukan kalangan seusia dia atau lagi muda
the discussion is between the parents
suddenly she commented and her comment shows no respect pada kita yg dewasa..
kalau jaman  mak mak kita kata dolu dolu.. DIHARAMKAN menyampuk cakap org tua2
kalau kita kecik2 dulu kalau kita menempel dekat mak2 kita yg tgh berborak pun dah kena marah
apa lagi nak menyampuk ...
Betapa zaman mak mak kita menjaga peradaban anak anak
For me, sebagai mak bapak kita kena pantau....
Jangan lah disebabkan pendidikan anak2 dah mendapat pendidikan barat, peradaban juga kena kebaratan
This is Malaysia, not AMEREKA..

Alhamdulillah, dia dah mintak maaf. Ija maafkan sebab ija fikir dia masih anak2 dan her parents dah thought her that what she did was wrong. Maaf pada uminya kalau ija tegur. Bukan ija GOOD MOM (as u said) but i hv to put a word so that perkara yg sama tk berulang. Kali ni kena kat ija... kalau tk ditegur, same thing will happen to other sbb she will think its not wrong sbb parent tk kata itu salah.

As ija said... Ija masih dalam proses belajar tentang ilmu kebapaan..anak2 ija juga tak perfect.. masing2 ada perangai... so sama sama lah kita belajar dan mendidik.

Ija hanya ada 2 anak jer dan cabaran mendidik anak2 fomfuan ni lagi mencabar. Ija respect yang ada ramai anak.. sure byk cabaran nak memberi yg terbaik untuk setiap anak. Setiap anak perangai nya berbeza. Between Tisya dan Dania ..beza nya 360 degree... I' will give my best , semampu adanya untuk mereka. Mama mahu anak2 berjaya dalam pelajaran dan dalam hidup serta berjaya menjaga akhlak anak anak mama...

Wednesday, 16 November 2011

ENTRY UNTUK IKHWAN -TAHNIAH !!

Hari ini hari debaran fasa 2 bagi Cikgu Norazlina dan Cikgu Taufik al hidayah....
Fasa 1 was 2 months back ..

HARI INI......
segala debaran berakhir dengan satu Kejayaan...

Tahniah Ikwan...kerana memberi kebanggaan kepada Umi dan Abah dengan kejayaan memperolehi 5A in your UPSR...Berbaloi segala xtra attention umi dan abah pada Wan selama setahun ini. Makja tumpang gumbira. Nanti makja masakkan Kuzi ek.

the boy... Muhamad Ikhwan @ E-wan

Teringat kisah dolu2... bila ija dan kakak ija terima result ... jiran2 sure cakap .." MEsti dapat bagus punyaa... bapak kan cikgu" dan ija pelik, anak cikgu kena pandai ker?  hehehe... And now, the same quotes ija bagi kat kakak ija... "mok ayoh cikgu, sure dapatnyaa 5A.." hahahhahahah

the proud umi and abah... congrats sis n bro!
Nak Hadiah? Mai klang, mak ja kasi.. tp mak ja nak umi belanja dulu.. pepahat masak halia kek melako..

lapoor lah plak..

TAHNIAH sekali lagi dari  makja, uncle, tisya and dania ....
kerana menjadi kebanggan kami sebagai Anak sulong umi dan abah, Anok buoh sulong mak ja. pok usu, pak lang n pak teh dan Cucu sulong atuk.
Doakan kejayaan yg sama untuk Tisya next year...

P/S : Semoga skuad Harimau kita pun dapat kejayaan besar menundukkan Indonesia mlm nnt