Pages

Sunday, 28 September 2014

MASAK MASAK SANA SINI

Hai semua... eh masuk rumah macam mat salleh kan... beradab sangaat..ok ok ok

Assalamualaikumm
kembali bertemu di arena  blog.. eleh... macam lah ramai memfollow kan.. update sebulan sekali belum tentu...
Tak per,, hari ini Ija lapangkan waktu untuk mngupdate walau tengah mamai.. ala biasalah lunch hour bila time tak keluar kan .. just had a short Nap. Eh penting tu... untuk kesegaran the other half session of 8 working hours .

RENDANG KACANG PANJANG

Untuk update kali ini ija nak share gambar masakan yg ija baru belajar dan gambar masakan yg lain. Yang baru ija belajar Rendang kacang panjang. Ini hasil dari follow FB dan Blog KAK JEE dan KAK CHAHAYA . Meleleh air liur tengok gambar rendang tu. Kebetulan esoknya hari sabtu, boleh ler ija jalan jalan ke pasar cari Bahan .

satu bahan yg ija tak pernah makan. tapi ija cari jugak dan masukkan jugak exactly ikut resepi kak Chahaya. tak apa.. walau ija tak makan tapi MySayang makan. MySayang tu apa yg tak makan.. semua dia makan. senang jaga ahakss...

ok nak tahu apa yg ija tak mkn tapi ija masukkan juga dalam rendang ni...


ni telur ayam tak jadi  kan.. tak tahu org panggil apa..


The rendang is superb... bukan sbb ija yg buat hehehe BUT  resepinya yg memang super duper sedap...Bagi yg tak mkn organ dalm hati pedal tu ... boleh ganti dgn tengku or kaki ayam or kelantan panggil keropeh aye...

BUBUR NASI

Ini bubur nasi . famous kat lembah kelang dan shah alam. ada beberapa restoran yg sediakan bubur nasi macma ni. Tapi tak puas sbb side dish dia tu sikit n limited jer. So kalau masak sendiri sure puas kan. Dania pula suka bubur nasi ni match dgn daging goreng kelantan style. Orang kelantan sure tahu daging goreng ni.  Daging goreng yg pasti nya tak healthy.. mana taknya.. untuk jadikan daging goreng ni sedap mesti kena minyak yg banyak.. dan minyak tu kalau gaul ngan nasi .. samada bubur atau nasi biasa memang waaallllah.Kalau kat kelantan daging akan dicampur dengan lemak lemak... perrgghhh laagiii sedap. Tapi dalam tak healthy tu tak yah ler melampau sangat samapi makan lemak kaan. Kalau dapat kat Dania memang bertambah tambah dia makan.

bawang goreng dan minyak dia tu yg buat kesedapan to the max.

Ni dia set bubur nasi ..





Ini pula ikan talang jeruk... lagi sedap dr tenggiri jeruk. Ija beli masa ke Lumut hari tu. Nyesal beli sekor. Bilaa lah lagi nak ke lumut nak beli ikan ni Bila nak makan... gaulkan bawang besar yg potong dice, cili tomato yg dipotong dice juga, ikan jeruk dan asam limau...perrghh . Aaron Aziz lalu belakang KONPEM tak sedar,,,, 


Eh.. ini bukan masak sendiri... ini steamboat kat Johnny hari tu... Ija sedang mencari resepi unuk sos dia yg super duper sedap tu

Tuesday, 9 September 2014

BELUT PAKPEK

Dah lama tak layan belut
last week terjumpa kat Pasar malam Kota Kemuning
RM28 sekilo...
kerana tekak nak makan ok lahh .. beli jer half kilo
so santapan beta hari minggu itu ialah BELUT PAKPEK
Kalau kat jepun dia panggil  UNAGI PAKPEK  boleh? hahahaah



BELUT PAKPEK

Bahan blend :
seinci kunyit
5 batang serai di hiris
4 - 5 ulas bwg putih
cilipadi ikut pedas
belacan
sedikit halia.. (sikit jer)

Bawang besar di hiris
Buah Tomato
Daun limau purut di hiris halus


Tumis bahan Blend...
Masukkan Belut (boleh juga di guna sutung udang or ayam)
masukkan bawang besar, tomato dan bahan perasa
last taburkan hirisan daun limau purut
balik balikkan... siappp





DANIA'S LEGO COLLECTION

Sekarang budak budak tengah gila Lego. Mula tu ija tak ambik pot pun hal hal lego ni... tapi Dania n kakak makin lama makin syiok pulak. Selalunya dia org beli time dia org ke GM Klang dengan bapak sedara dia orang... hari tu ija sendiri ke GM ... ija plak yg rambang mata . aduhai.. ambik itu ambik ini terbang jugak ler RM150...only for toys.. haiaahhhh.. membazir kan ...

Tapi yang best kakak tukang pasang... dania yang main...

Ini collection Dania and Kakak


Ini bukan koleksi Dania.. ini ija ambik pic kat kedai jual Lego kat GM Klang

HAPPY BIRTHDAY BAM BAM DANIA

28th August 2014
Genap 7 thn anak mama
HAPPY BIRTHDAY SAYANG

Hadiah dah dapat 2 months ago. Advance.. sbb tak sabar sabar kan
so dapat kek jer lah




sekarang kan trend FROZEN

TISYA DAN K-POP

.......... memang tak boleh dipisahkan. Ntah bila minat k-pop mempengaruhi dia... rasanya bila dia start layan Running Man. Bila dia layan RM... setiap jumaat mlm dan sabtu mlm mula lah bersengkang mata menunggu RM. itu belum yg diulang tayang yg dia record. Sanggup kluarkan duit utk beli PVR....

Pengaruh dia dan menular kat si adik... kadang kadang dua org ni duk cakap korea... alaaa.. simple simple word yg kakak duk blajar informal lah. Dalam kereta tak der lg nak pasang ERA ker HOT Fm ker... dah ada 2 kpop singer yg buat havoc dalam kereta

Dari RM, ke lagu lagu  Kpop.. dah sekarang layan drama Korea pulaaak... mama nya dah tak boleh layan drama... apa lagi nk tgk HBO ker.. FOX ker

Dari RM, Lagu dan Drama... dia nak lengkapkan lagi keterujaannya dengan KPop...dia usha plak Korean Food. Haa... ini dah melibatkan mak bapak.. mana taknya... budget nk makan kat Korean Restoran kena pakai budget mama n papa. Dah! Botak ler kami. Dah bernanah telinga kami duk dgr ajakan tisya ke Korean Restoran

Finally, ija bawa dia ke Bulgogi Brothers. masa tu bulan Puasa. macam was was nak masuk. sekali tgk pelayan dia wanita melayu... masuk jumpa manager.. and he explained. Ok... kita buka puasa disini... punya lah suka si Tisya.  Menu dia yg pilih.. apa yg RM makan dia nak cuba... recommended by the Manager... we choosed Beef BBQ, and Beef BimBimBap.. (ye ker ejaanya)...


dah habiissss



sedap jugak kimchi soup ni



cara cara mkn bbq dia.. daging di gulung dengan salad

yang sakit hati kangkung dia bagi batang jer


sup ni memang tak sedap

so far penerimaan tekak mamanya oklah...boleh ler nak menelannya. Dah puas dapat makan kat sini...dah dia meroyan mintak makan kat Cafe' Bene...Cafe ni dirasmikan oleh on of RM .. Lee Kwang Soo . Selalu dia ajak kat Sunway... Tapi last week nampak plak kat Jaya Mall... melompat minah ni sbb dekat dgn opis ija. jom kita layan apo yg sodap kek Cafe' Bene..


Bread caramel.... ini highly recommended  sedaap

ABC Korea

Air Bandung Korea.. hahaha

kamsahamnida

Sunday, 13 July 2014

KIMONO GIRLS AT NISHIJIN TEXTLE

Nishijin Textile adalah tempat pembuatan kimono dan textile lain
Isteri Maharaja jepun memang tempah kimono sutera mereka di sini dengan harga ratusan ribu untuk sehelai kimono
sebab tu ija tak beli... ingat nak beli buat raya
bergaya dengan kimono di pagi raya konpem tak leh makan byk..boleh jamah jer....... huhuh

Alat tenunan..



tempat tenunan di jalankan

hasil kerja ija ... hehehe

 KIMONO GIRLS


see the beautiful of kimono



JAPANESE GARDEN


Depan Hino HQ