Pages

Sunday, 13 July 2014

BYE BYE JAPAN.....SAYONARA


7 hari 6 malam di Jepun meninggalkan satu kenangan yg paling best...
Sebagai seorang yg tak pernah terbang ke luar negara dan ini pengalaman pertama...trip ini betul betul terkesan di hati
Ija betul betul tak sangka nama terpilih untuk menyertai trip ini
apa lagi kos semua ditanggung syarikat
bawa duit beli buah tangan jer

Pengalaman menaiki bullet train
pengalaman melihat budaya mereka
pengalaman melihat bandar mereka
pengalaman meihat cara kehidupan mereka

Sesunguhnya negara jepun adalah sebuah negara yag teramat bersih... dari Toilet awam hinggalah ke kaki lima
sebuah negara yg budaya kehidupan mereka cepat dan pantas
dan yg paling penting.. Selamat.. 
7 hari ija kat sana tak nampak pun bas sekolah
anak anak kecil pun jalan kaki
yg teenage skit naik basikal
tak perlu nak risau ragut ke.. culik ke

Mereka rajin bercucuk tanam...
tgh tgh bandar, tanak sekangkang kera pun mereka boleh tanam mcm mcm dan kawasan tanaman mereka teratur dan bersih

cuma satu jer masalah kat jepun ni serba serbi ... Barang mahal makanan mahal 
Dan masalah komunikasi.... kalau yg tua tua tak paham English boleh lah terima kan... ini budak sekolah pun tak kan tak fahaam
or mereka tak nak layan kita yg berbahasa english kuut
sudah nya ckp dengan bahasia isyarat

DAN SATU LAGI YANG MENGKAGUMKAN IJA
MEREKA MEMANG RAJIN BEKERJA
DARI YG MUDA SAMPAI KE TUA
DARI ANGKUT SAMPAH SAMPAI KE YG JAGA TRAFIK
SEMUA BANGSA MEREKA
TAK AKAN JUMPA INDON.. NEPAL  BANGLA
I WISH MY COUNTRY PUN MACAM MEREKA... BUT... HUURRMM

FAREWELL PARTY - END OF HINO DISCOVERY TRIP

Farewell party di adakan di SODOH .. sebuat restaurant Western... lari dari lauk pauk jepun hahahaha
Nama pun party kan... so wine beer bla bla bla.. named it u got it
Since muslim pun 4  orang jer, dengan kita kita orang pun di served kan arak...
Ingat nak duk hotel jer... tapi kang tak kena plak... so joinlah dia org

jalan masuk ke restaurant

Restaurant ni berdekatan dengan kediaman... masa nak balik pelayan dia org siap remind kita jgn buat bising takut mengganggu kejiranan mereka. Betapa mereka menjaga kejiranan mereka.

tgk lah gelas gelas itu

 
seafood and indonesian food jer lah yg boleh makan... tak per.. balik  hotel ada lg maggie kalau lapar
Malas nak upload gambar gambar mereka yg mabuk dan sedang bersuka ria...

HINO DISCOVERY TRIP - TEA CEREMONY AT MYOSHINJIN TEMPLE


kami disambut oleh tiga gadis jepun dengan pakaian kimono

dua orang yg dilipih untuk hidangan tea


Tea master - kerja ini adalah turun temurun. Dah byk generasi dalam keluarga nya yg jadi Tea Master

Penerangan diberikan oleh lelaki botak yg berdiri tu sblm upacara dimulakan

kuih dihidang utk peserta 

Upacara dimulakan

Bowl dibersihkan dahulu

Tea was served


Kalau kita minum dgn ada bunyi itu biadap kan.. tapi utk tea ceremony kena minum ada bunyi utk menandakan kepuasan

HINO DISCOVERY TRIP - KYOTO

Masih bercerita tentang trip to Japan
Maaf,  masa teramat terhad untuk ija berkongsi kisah but try my best utk upload the pics

Jom... Let the pictures tell the story...
Kyoto... terkenal dengan bangunan lama dan temple

Kiyomizu Temple 






 Masa sampai kat sini crowded sangat sbb ada rombongan dari sekolah... Di sini juga terdapat byk  gift shops yg agak murah compare to Asakusa, Tokyo

KINKAKUJI TEMPLE

Bermacam cerita tersimpan di temple ini... tentang raja.. anak raja....

look at the bonzai... berusia beratus tahun... suka sgt tgk bonzai dia org




MIYOSHINJIN TEMPLE






Di Temple ini masih aktif dengan aktiviti "bertafakur" dia orang
Jom kita tgk bilik bilik dalam temple ini

tempat mereka melakukan aktiviti bertafakur....

soo cantik kan


Bersambungg.......

Friday, 4 July 2014

HINO DISCOVERY TRIP PART 2: FOOD..

Biarkan gambar berbicara...

oh ya before that... the tour guide bgtau... Halal Food is very new to their industry pelancongan... but they alert about it..
so dia org concern about muslim food intake... sbb tu byk seafood dalam menu kami sepanjang trip. Even masa kat Hino museum .. ada disediakan prayer room...

Jom kita tgk pics

1st Meal in Tokyo... kerana lapor telan jerrr.. janji halal
 Ukai Toriyama Restaurant
Restaurant ni dikatakan antara Restaurant yang mahal di jepun... terletak di kaki bukit yg dingiiin sangat berusia more than 200 years..
Cer tgk landscape dia yg cantik ...
tapiiii food... hurmm.. rasa mcm tak berbaloi dgn kemahalannya



Ukai Toriyama Restaurant

tauhu nan sekeping

ni jer yg boleh makan, kesian kat perut den

ikan ni pahit gilerrr... pahit bukan sbb hangus  dibakar tp isi ikan dia tu  dah mmg pahit

dek kerana tak kenyang... balik hotel jalan kaki gi 7e beli nasi seketul... balik makan dgn serunding dalam cawan green tea dia org.. baru bleh tidur... so kalau ke Jepun silalah bawa stok makanan sendiri
Lunch In Kyoto
Alah... lupa pulak nama restaurant .. hehehe

nampak tak dessert dalam mangkuk putih... sedaaaap... rasa nak mintak maaf

yang ni baru rasa kenyang...

untuk malam malam yg free n easy yg tak include dinner.. maka ini lah dinner ija..... tak daya nak layan food dia org yg mahal mahal. berangan nak makan unagi.. skali rege 2000 yen... baik makan kat sushi king jer

Monday, 23 June 2014

HINO DISCOVERY TRIP PART 2

Selepas 6 jam penerbangan... kami sampai ke Narita Airport awal pagi
Disambut oleh Tour Guide terus kami menaiki bas ke destinasi pertama
Imaginelah dengan muka bgn tidur, basuh muka gosok gigi ala kadar... kami dibawa jalan jalan
Destinasi pertama ialah Asakusa, Tokyo
Terletak nya temple dan juga pusat membeli belah cenderahati dan makanan
hai ... apa yg nak dishopping yer... kepala otak tak leh focus lg...



Asakusa Shrine - one of famous temple


Dah penat jalan jalan dalam hujan yang renyai (oh yaaa... waktu tu jepun baru berubah musim... Raining season) Kami singgah makan di Restaurant.  Tentang makan... pelancongan jepun memang alert tentang Halal Food namun itu masih baru dalam industri mereka. So untuk ija n 3 other muslim staff dihidangkan dengan seafood... biasalahkan... tempura lah....


Dari Asakusa... kami bergerak ke Moriat Museum Tokyo City View...  untuk melihat panorama Bandar Tokyo dari Tingkat 53...


Tokyo City Dari tingkat 53
Dah penat kat sini barulah kami di bawa ke penginapan di Palace Hotel, Tachikawa. Yeaaay single Room... best best best... nak dengkur ke.. nak menyeksi ker, kita sorang sorang.

...............................................................................To be continued

HINO DISCOVERY TRIP PART 1

Waduh waduh,,, berhabuk sih  ... fuh fuh fuh
haaaaachooom...
nampak sangat kan ija dah lama tak bukak rumah blog
sibuk? memang kesibukkan sikit... eh banyakkk
tiada ruang untuk ija nak berkarya... cheewah...

Hari ni tak sibuk ker?  Sibuk jugak tapi ketepikan sejenak kesibukan utk ija update blog
kita ni kena cari ruang bilamana ruang semacam tak nak bagi peluang kat kita

Ok... citer kali ini  juga tentang PELUANG
Kata pepatah Jepun ... alahai tk gheti lak nk tulis jepun
tk per.. ija translatekan jer ek
Sekira datangnya peluang dalam hidup kita
Just Grab it.. tak perlu pandang kiri kanan nak pikir nak ambil ker tidak peluang itu
takut takut peluang seumpama itu tak akan datang lagi
Sekiranya peluang datang kali kedua itu kita kata BONUS
So just grab apa jua peluang yg datang

Bercakap  tentang peluang....
after 17 years ija kerja dengan company...
Alhamdulillah akhirnya Ija diberi peluang untuk jejak ke bumi JEPUN
Ke Jepun untk discover tentang HINO
wow.... all these days ija hanya dengar HINO no company besar... well known in Japan
Dengarlah jer kan
Dan bila ija melihat dengan mata ija sendiri ... Ibupejabat di Tokyo... Assembly plant di tokyo... plant di Hamura ... melihat bagaimana produksi sebuah lori di buat .. sedari rangka hingga sebiji lori
perasaan bangga kerana menjadi HINO Family...

Ija berlepas pada 7hb June dan pulang pada 13hb June 2014... 6 hari ija di sana
melihat budaya kerja.. kehidupan dan budaya mereka
cukup untuk membuat ija jatuh cinta dengan JEPUN
Alhamdulillah ija diberikan kesihatan yang baik sepanjang ija di sana
3 hari ija dalam jadual mereka ... cukup untuk membuat ija lelah
mana tak lelah
semua nya cepat dan pantas
macam Shinkansen (Japanese Bullet Train)...
Orang Orang mereka ni walaupun dah lanjut usia tapi mereka masih pantas bergerak
Ija kagum dengan mereka yg berjalan kaki, berbasikal dan budaya naik tangga
apa yg ija maksudkan budaya naik tangga ialah walaupun ada lif tapi mereka lebih menggunakan tangga untuk ke level atas....
Dan yang paling ija tabik ialah tahap keselamatan di negara Jepun
whenever you go you will feel safe...
negara mereka tidak ada lambakan nepal, bangla dan indon... semua bangsa mereka
Pukul 9 mlm ija berani keluar jalan sorang sorang ke seven eleven mencari mineral water
padahal jam 9 mlm bandar mereka dah sunyi sbb kedai tutup kul 7 mlm

Cuma satu sahaja yg menjadi kengkangan... Bahasa
kamu faham ke tak.... dia hanya berbahasa jepeun sahaja
so komunikasi kami seumpama itik dah ayam
dari yg muda hingga ke tua...



.........................................................to be continued 


TOKYO CITY