Pages

Monday, 23 June 2014

HINO DISCOVERY TRIP PART 1

Waduh waduh,,, berhabuk sih  ... fuh fuh fuh
haaaaachooom...
nampak sangat kan ija dah lama tak bukak rumah blog
sibuk? memang kesibukkan sikit... eh banyakkk
tiada ruang untuk ija nak berkarya... cheewah...

Hari ni tak sibuk ker?  Sibuk jugak tapi ketepikan sejenak kesibukan utk ija update blog
kita ni kena cari ruang bilamana ruang semacam tak nak bagi peluang kat kita

Ok... citer kali ini  juga tentang PELUANG
Kata pepatah Jepun ... alahai tk gheti lak nk tulis jepun
tk per.. ija translatekan jer ek
Sekira datangnya peluang dalam hidup kita
Just Grab it.. tak perlu pandang kiri kanan nak pikir nak ambil ker tidak peluang itu
takut takut peluang seumpama itu tak akan datang lagi
Sekiranya peluang datang kali kedua itu kita kata BONUS
So just grab apa jua peluang yg datang

Bercakap  tentang peluang....
after 17 years ija kerja dengan company...
Alhamdulillah akhirnya Ija diberi peluang untuk jejak ke bumi JEPUN
Ke Jepun untk discover tentang HINO
wow.... all these days ija hanya dengar HINO no company besar... well known in Japan
Dengarlah jer kan
Dan bila ija melihat dengan mata ija sendiri ... Ibupejabat di Tokyo... Assembly plant di tokyo... plant di Hamura ... melihat bagaimana produksi sebuah lori di buat .. sedari rangka hingga sebiji lori
perasaan bangga kerana menjadi HINO Family...

Ija berlepas pada 7hb June dan pulang pada 13hb June 2014... 6 hari ija di sana
melihat budaya kerja.. kehidupan dan budaya mereka
cukup untuk membuat ija jatuh cinta dengan JEPUN
Alhamdulillah ija diberikan kesihatan yang baik sepanjang ija di sana
3 hari ija dalam jadual mereka ... cukup untuk membuat ija lelah
mana tak lelah
semua nya cepat dan pantas
macam Shinkansen (Japanese Bullet Train)...
Orang Orang mereka ni walaupun dah lanjut usia tapi mereka masih pantas bergerak
Ija kagum dengan mereka yg berjalan kaki, berbasikal dan budaya naik tangga
apa yg ija maksudkan budaya naik tangga ialah walaupun ada lif tapi mereka lebih menggunakan tangga untuk ke level atas....
Dan yang paling ija tabik ialah tahap keselamatan di negara Jepun
whenever you go you will feel safe...
negara mereka tidak ada lambakan nepal, bangla dan indon... semua bangsa mereka
Pukul 9 mlm ija berani keluar jalan sorang sorang ke seven eleven mencari mineral water
padahal jam 9 mlm bandar mereka dah sunyi sbb kedai tutup kul 7 mlm

Cuma satu sahaja yg menjadi kengkangan... Bahasa
kamu faham ke tak.... dia hanya berbahasa jepeun sahaja
so komunikasi kami seumpama itik dah ayam
dari yg muda hingga ke tua...



.........................................................to be continued 


TOKYO CITY


Monday, 5 May 2014

BULAN APRIL BULAN BIRTHDAY CELEBRATIONS

Bulan April ramai sungguh yang meraikan harijadi
jom kita lihat senarainyaaa

2hb  my dear sista Norazlina Ab Kadir
20hb  anak buah Nur Insyirah Hanani
22hb anak buah Mohd Rayyan Iman
24hb MySyg Incik A'an

Huh jenuh gak kan
selalunya akan ber bbq tapi thn ni kita makan makan seafood kat Bagan Lalang...
Unfortunately 1hb adik bongsu balik kg.. so celebrate 2 family jer lah

lauk pauk... itu  jenahak sweet sour belum enterprame... org ramai sbb cuti Hari Buruh

suka cutun goreng tepung tapi yg di makan tepung nye jer... dah habis tepung sutum ,asuk pinggan mama
Janji dgn Kak lin jumpa di Bagan kul 5.30... ija sampai kul 5. Call kak lin rupanya tgh lepak baring baring lagi kat rumah

memandangkan dia dr Seremban... so terpaksalah kami beraktiviti sementara menunggu
ini lah aktiviti kami... SELFIE.....
Memang betul lah kajian yg dibuat SELFIE ni satu penyakit mental ..... yang berjangkit










Dah penat BERSELFIE... kak lin tak jugak sampai... Dania dah bising kelaparan sbb kami skip lunch. So sebagai alas perut kami ke kedai berdekatan layan Bakso ... hanya untuk Dania... alamak sedap giler lah plak bakso dia.... tak per... tahan perut untuk seafood

Budak lapar tak nak share bakso....


Thursday, 17 April 2014

ROASTED OATS WITH MILK AND FRUITS

Alkisahnya ija ni tak suka susu
masa mengandungkan Tisya ija paksa rela minum susu... hanya HL jer yg boleh telan
Time Dania ija malas gah nak memaksa diri , so ija minum jer soya
dalam 4 beranak ni ija sorang jer bermusuh dengan susu
tapi dalam peti tak pernah putus dr susu
ada jer dutch lady full cream.. semua anak anak suka...baguslah sorang pun tak ikut mamanya

Satu hari ija beli susu HL..kotak kecik
Tisya macam tak percaya "biar betul mama beli susu...."
Ija cakap... mama ada projek
diam diam jerrr


Tau apa projek ija?



haaa.. yummy tak?

ni gara gara ofismate ija duk promote roasted oats ni..



oats ni kalau time ngantuk kat opis boleh jer makan begitu sajer buat sebagai kudapan. tapi bila di makan dengan susu HL, slice the banana, anggur.. it turns sooo  yummy. for breakfast it highly recommended sbb akan kenyang sampai time lunch

Sebenarnya ija tgk instagram neelofa makan cam ni tp dia letak all the berries,,,, itu yg bagi idea tu... tp ija belasah jer apa yg ada .. heheheheh

kononnya diet meals lah kaaan.. Diet nya entah ke mana

Wednesday, 16 April 2014

JALAN JALAN MAKEY SOKMO

Kalau berderats ( Jalan Jalan Makan Angin) good food memang tak boleh dipisahkan. Walau sekenyang mana kita dah makan kat rumah.. tapi bila keluar jejalan sure perut dan tekak akan lapar dan dahaga balik.
Itu lah kami..... 

Jom  tengok antara tempat yang sempat kami singgah menjamu selera

Gerai Asam Pedas Muar, Medan Selera Sek 8 Petaling Jaya
 Gambar di atas tu dekat dengan ofis ija... ini bukan siri jejalan makan angin tapi ini siri Cari Makan Waktu Lunch Hour. Asam pedas terbaik wok kat sini... Also Mee bandung..... kul 3  sure mata layu bila ngadap PC kat opis




Ini kisah mencoba makanan Indonesia.. lebih spesifik... menu Bali... di mana? Ole Ole Bali.
Kisahnya masa ke Sunway Pyramid waktu Lee Kwang Soo datang... ija duk lau lalang depan restoran ni...
Macam ada kuasa menarik lah nak mencuba menu kat sini... mcm best jer...
So one day kami ke Sunway Pyramid lagi... memang ija tak lepas peluang... tarik MySyg masuk aaa... Dania dah kecut perut ajak balik bila tgk all the patung yg diletak sbg hiasan...
Sib baik makan pujuk tapi dia dah hilang selera makan...
jgn tanya nama menu sbb dah lupa beb



Mengimbau kenangan bercinto di Restoran Serai, Seksyen 3 Shah Alam
Malam tu ke Plaza Masalam nak layan sup ayam kat Pelita Nasi Kandar... skali terlalu ramai org... takut tak der tempat duduk... the kami pusing pusing ke sek 10, 11  ... pppun ramai org

So kami sajer lalu depan Restoran Serai... tak tahu kenapa kami stop kat depan restoran ni... hahahah mmg rezeki nak makan kat sini lah kut
Banyak Kenangan swaktu bercinto sbb tempat dating selalu kat sini..
Simple order jer..
salted chicken, omelet, sizzling taufoo and lemon chicken
Alhamdulillah
The moody kakak pun dah boleh senyum kekenyangan

BILA S3 MAMA DALAM GENGGAMAN KAKAK & ADIK











Inilah yang terjadi bila handphone mama dalam genggaman mereka .....BERSELFIE

HOME COOK

Sejak catu mencatu ni... kerja memasak pun menjadi alternates
tak der air... dining out
ade air.... mode masak on
yg bagus nya ni... bila break 2 hari... mood untuk memasak time air ada jadi terlebih rajin
so lets see what i cooked when my cooking mood is on ..heheheheh



ini dah dekat setahun tak buat... Macaroni Bakar

owh.. ini bukan sup ketam but tomyam seafood homemade by  MySyg

sambal putik pauh a.k.a fish salad with mango... waaahh sound very the western kan

asam podeh tempoyak ikan patin... patin n tempoyak from pahang


cobaan pertama egg salted crab... alhamdulillah adalah rasa walau tak se perfect Adam Lai

CHEESE CAKE- CUBAAT PERTAMA YG MEMUASKAN

Salam awak awak semua....
Haihh.. payah sungguh nk mengarang kat sini sjak bebanan kerja opis yang banyak
tapi hari digagahkan jugak
punya kesempatan... so apa lagi kan...
jom share apa yg ija ada sejak menyepi seketika



Yeaayyy berjaya ija membaking sejak dihadiahkan oven oleh MySyg
Sebenarnya dah lama ija dicabar oleh MySyg untuk buat cheese cake
tapi asyik tertangguh sebab bila gugel resepi... agak renyah jugak nak buat
ye laah... yg terror sure kata senang but utk ija for sure akan terhegeh hegeh
so coincidentally, masa ija jalan jalan baca blog
terjumpalah resepi yg tersgt senang (waah dah bernai ckp senang ek) di blog We Tell Sweet Stories
resepi yg mudah dan di paparkan sekali bahan bahan
so ija gi Hero Supermarket and ija beli exactly bahan yg dia guna...
baru ku tahu kos nak buat cis kek ni bukan calang calang weh
tapi tak per... spend lebih skit utk satu kualiti yg bagus...
dan inilah hasilnya.... dibantu oleh rakyat rakyat yg sangat ringan tulang untuk 'menolong'




ini bahan bahan nyaa :


Raw

hiasi lah with jelly and strawberry