Pages

Monday, 18 November 2013

CUZZIE'S WEDDING - NIK AMI FADIAH & NOR EZMIR

lepas akad nikah


Cousin ija is the penagntin perempuan. Anak bongsu my youngest uncle. The one and only uncle yang masih ada at my mom's side....

Akad nikah on Saturday kat rumag pengantin perempuan and majlis bersanding kat Kayangan Height Club. Ija berkesempatan ke majilis bersanding jer.

Yang best bila gi kenduri kawin ni bila dapat jumpa sedara mara sepupu sepapat. Ija very close dgn cuzzies from my mom's side. Dan hari tu dapat jumpa aunties from 2nd cousin 3rd cousins etc etc etc . Sebenarnya arwah moyang ija ni kawin 4... so aunties ni dr 1st wife hingga ke 4th wife la... hurmm.. sungguh ramai yg ija tak kenal esp from the 1st wife. bila dah masuk 40 baru tahu asal keturunan... then keluarlah "ooooo mokcik ni dr family 2nd wife"..... hurmm selama ni ingatkan dr 1 mak 1 ayah jer.. huhuhuh

Anyway... to the bride n groom, selamat pengantin baru... semoga kekal hingga ke Jannah... cepat cepat buat baby sbb Cu n Cumai (my uncle n auntie) dah tak sabra nak timang cucu.


datang lambat, sempat majlis potong kek jer
 
bila dah jumpa kerabat
 
part of sepupu n anok sepupu from Nik Sharifah clan (3rd wife)
 

BILA KELATAN CUISINE MENGGARU GARU DI ANAK TEKAK

...... maka datanglah mood untuk memasak makanan Kelantan...
dan antaranya...

Sambal Putik Pauh



Inilah rupa sambal putik pauh. Pauh ialah sama ertinya dengan manga. Dan makna Putik pauh ialah manga yang muda. Resepinya :


Bahan Bahan :
1 biji Mangga muda.
3 ikan kembung sederhana bsarnya  (bukan mambong)
cili padi (ikut citarasa kepedasannya)
Garam secubit rasa

Cara nya:
Racik manga muda macam nak buat kerabu manga
ikan kembung di bakar (ija bakar atas stove, tp jgn terlalu kering bakarnya itu)
tumbuk cilipadi bersama garam,
masukkkan manga yang diracik, tumbuk manja manja, jangan terlalu lumat.
Supaya bila makan terasa crunchy manga itu
masukkan ikan bakar yang telah dipisahkan dr tulang
tumbuk atau lenyekkan sehingga sebati dengan cili, garam dan manga

Rasa nya fishy, pedas dan masam
aduh kecur air liur dibuatnya
yum yum yum


IKEY BUDU

 


 mana ikannya... mana budunya???
Ikan budu ialah ikan perkasam... kenapa dipanggil ikan budu... sebab ikan dan budu sama sama kaedah pembuatannya ialah PERAM
Musim Ikan budu tiba bila musim bah / tengkujuh
kan nelayan tak boleh ke laut
so ikan yang ditangkap diperam utk di jual di waktu mereka tak dapat ke laut
kalau dapat makan ikan ni dengan nasi panas  , pergh... bertingkek tingkek pinggan nasi
tak payah lauk lain
tapi kalau nak lauk lain dia match dengan masak sardine... kecur air liur kawe
Ikan ni ija kirim kat adik masa dia balik KB hari tuh...
Hanya boleh didapati di Kelatey SAHAJA

IKAN BUDU
Bahan :
Telur - dalam 2 biji
ikan budu - di potong dalam 1 inci
bawang besar - di mayang
cili padi - dipotong kecil
Limau nipis

Satukan kesemuanya di dalam telur. Tak perlu telur sebab ikan budu dah masin
di dalam kuali yang panas, masukkan ikan ... gorengkan hingga garing
kemudian tuangkan telur yg telah dicampur dengan bawang dan cili ke atas ikan
goring  hingga masak

Cara  Makan :

Tuangkan perahan limau nipis keatas hirisan ikan yg tersembunyi di dalam telur....

Kalau ada  kawan kawan yg nak pegi Kelantan, kirim lah ikan budu....


 ikan budu berada di dalam telur.....

SEKITAR DANIA'S 6TH YEARS BIRTHDAY @ 28 AUG 2013

Ceriter 3 bulan lepas... huhuhu... tak per coretkan juga utk kenangan...
 
Mula tu Dania macam kejap nak celebrate kejap tak nak .... pujuk nyer pujuk dia kata ok. actually dia kata dia malu nak celebrate kat Q Dees. Di sebabkan last minute preparation... ini jerlah yang mampu ija buat...
 
 
Kek - last minute order ngan adik ipar ... azera. Rainbow cake
Creamy pasta -  masak pagi, kul 9 hantar ke Q-Dees
 


untuk kawan kawan... pink for gegirl, blue for boboy


 untuk cikgu. semua pink sbb cikgu semua gegirl
 


 cikgu surprise bila ada rainbow cake... teacher nani kata selalu pareny bawa butter cake n coklat cake.. sampai budak dah tak mau makan. But for that day, rainbow cake liciinn... hum memilih betul budak budak sekarang kan
 

 No goodies bag. Ija buat kelainan... buat coklat Ball.. ini pun adik ipar yang buat
 
 


CHIIL AT CHILLI'S

Tak pernah ler  ke sini. Tapi teringin nak dining here bila dengar comment dan ceriter kawan kawan opis. So after Q-Dees  concert hari tu... ija bawa anak anak ke sini for dinner. Sajer meraikan Dania's Graduation Day... (final exam belum lagi dah graduate hahahah)

Bagi tekak western food lover macam Tisya... memang seronok lah. Kalau tekak nasi macam Dania.. Definitely she will ask for nasi. Makan burger bukan selera dia...

Hari tuh kami pergi for starter.... heheh and we fall in love with their ceaser salad. Sampai teringat ingat. Insyallah akan dating lagi for their steak n rib...

salad yang sangat sedap hokey. sowi gambar sangat blur

 Nanchos
burger for kids

Eleh malu lah pulaak... tisya n cousin, Achik
 
 


Q-DEES LOVE TO LIFE CONCERT

Ahhh.. ini cerita bulan lepas punya cerita. Aduh, sungguh sungguh masa tak mengizinkan ija "berkarya" di dunia IJAHANS.

Ini budak kecik punya concert. Held at Summit  Subang. Kawasan yg ada construction sure congested. Nasib baik Dania dah assemble kat sekolah dan naik bas from there. Bagus dia buat mcm ni so tht tak der students yg dtg lambat...

Ija dah risau giler dah ... dah ler lewat, park kereta ntah mana mana ... dah lupa kat mana dewan tu. Takut terlepas show Dania jer... Alhamdulillah managed to reach betul betul event tu start.
Event habis 6 petang.

Dania n Papa after the concert

end of the concert
 

ni joget lagu 60s kenangan ku

7 tahun lepas, ija ke dewan yang sama untuk Tisya punya concert but itu under KRISTA. This year di dewan yang sama untuk last concert Dania under Q-Dees...Betapa cepat masa berlalu
Nest year Dania dah masuk Tahun Satu... huhuhu anak anak dah membesar...Bila anak anak dah besar rinduu plak nak gendong baby.

Wednesday, 23 October 2013

Cerita Dan Kisah

Assalamualaikummm...
Lama sungguh tak bersiaran
Menyepi seketika bukan atas kerelaan hati...
Dalam keterpaksaan membenarkan kesepian menyelubungi paparan Ijahans
Dan dalam kesepian itu byk cerita dan kisah
Insyallah Ija akan share di sini suka duka ija
selama waktu menyepi itu.....

Dania & Kakak Dah Start Mengaji Semula


Sebelum ini Ija hantar anak anak mengaji dengan ustazah kat kampong ni jer... tapi dek kerana terlalu ramai ija macam tak yakin plak dengan cara ustazah ni mengajar, Mana tak nya sorang budak ngaji tak sampai 5 minit dah siap. Mengaji ni jangan dibuat main main... kalau kita baca dengan salah cara bacaanya berdosa. 

So ija sanggup berkorban masa dan segalanya di hari Sabtu untuk anak anak ija mengaji di Pondok Adek di sek 9. Ija ambil 2 jam sekali seminggu... hari sabtu sahaja. Itu je yg ija ada masa untuk hantar dan ambil. Kalau ada hari ahad, dengan hari Ahad skali ija ambil tapi Ahad tutup daaa... Ija dah kenal owner Pondok Adek ni dah lama.... Owner dia Specialist Kanak Kanak Dr Amdan. Anak Anak ija serasi dgn doctor ni dr zaman Tisya kecil lagi. Then dia buat Child Development Centre. Ija selalu jugak hantar tisya sbb dia caj ikut hour bukan monthly. so kalau absent tak rasa rugi. Then dia tukar kepada Pondok Adek dan berdaftar under JAWI. Ustaz yg ajar lulusan bidang agama... ada yg local dan ada yg dari Syiria. One to one Method... 1 ustaz hanya ambil max 5 budak jer at one time.... Target ija anak anak ija khatam Al Quran dengan Ustaz yang mengajar cara bacaan yang betul. Biarlah at least khatam sekali dengan seorang guru. Tisya yang dah baca AlQuran diturunkan semula ke Muqadam dan Iqra sebelum memulakan dengan Al Quran. Sebab ustaz kata bacaan Tisya agak teru... semua nya litang pukang. Tak kisah lah... kalau itu yang sepatutnya. Dania bermula dengan iqra'. Risau jugak tkt Dania tak tahan 2 jam. Macam Tisya dah besar. But so far Alhamdulillah...
Ini tanggungjawab kami sebagai ibu bapa memberi didikan agama untuk anak anak... Insyallah satu hari nanti ija pulak join dia orang. Oh ya... menerima student dr 5 thn hingga ke dewasa....

BAHAN BACAAN TERKINI

 

Sambungan Adam Dan Hawa.... mula tu dia jual online jer... ija tak sempat nak beli dah habis. Bila dia announce ada jual di Karangkraf masa pesta jualan hari tuh ija sanggup ambil half day sbb tak nak berebut on weekend. sure ramai orang. Alhamdulillah dapat. Tapi bila dah jadi hak milik.. masa pulak mencemburui... asyik tak sempat nak baca jer... sibuk bebenior ke teman ni sampai dah tak de masa utk novels.... tak pe akan ija curi masa demi Adam dan hawa......

Monday, 14 October 2013

HAAAIIIIII... IJAHANS IS BACK

Salam semua....

ku tekan tekan
Tak dapat
Ku cari cari
juga tak dapat
putus asa? ooh tidak
kerna ku rindu giler nak bercerita

semua usaha tu ku buat di ruang pejabat ku
kerna ku ga punya waktu nak mengadap pc di rumah
ntah kenapa ter rajin pula ku nak mengadap pc
gara gara modem baru setelah modem lama dipanah petir
atau aku masih berjodoh dengan Blog kesayangan ku

Insyallah di kelapangan ku
akan ku titip kisah suka duka kehidupan ku di sini
yang pasti hanya yang boleh dikongsi sahaja
yang bakinya biar ku simpan ketat ketat untuk diriku sahaja

Stay tune...
i see you soon