Pages

Wednesday, 10 April 2013

MCM TERCABUT JANTUNG RASANYA

Pagi tadi  yang sungguh mendebarkan
rasa mcm nak tercabut jantung
bila baru jer sampai ofis,
beg baru jer letak kat atas kerusi
tiba2 telepon berbunyi dan tertera no telephon Ayah Ngah
for sure panggilan dr kampung.. hati terus berdebar
Saat panggilan dijawab,
Ija ditanya "Ja, papa keno stroke ko?"
Dup, rasa macam direntap jantung ini..
"tadi oghey masjid pakak duk tanyo ayoh ngoh... betul ko?"
"Takdi lalu depey ghumoh keto papa takdok, tepon shahrir dio tok jawab"
Ahh panik ... panik...
tapi kalau ada apa apa perkhabaran kenapa tak der orang call?
Relax dulu ija...
" tak po ayoh ngoh, nnt ja call papa or chik..."

"Hello, Assalamualaikum chik (ibu tiri ija)"
" Walaikumussalam... bakpo ja?"
"Chik, papa sihat ko?"
" Papa sihat, Alhamdulillah. Bakpo?"
Legaaaaaaa.... perasaan sungguh lega.
Then ija call pasal panggilan dr ayah ngoh tadi...
Rupanya yang meninggal last monday ialah abang sulong chik ...
tp chik tk sempat nak call bagitau ija

Baru last week ija ada termimpi yang papa ija sakit
esoknya ija trus call chik, Alhamdulillah papa sihat

Ini mungkin suruh ija balik jenguk papa di kampung
last ija balik was November last year
perancangannya nak balik raya puasa...
hmmm... insyallah .. kena set cuti denagn Incik A'an

Tuesday, 9 April 2013

READING IN PROGRESS

Lately dah slow skit activity membaca
Mana tak nya asyik ber media sosial jer
tambah tambah lagi sekrg dah mcm mcm... Keek la, WeChat la

Walau pun dah slow tp minat membaca tk pernah pudar
tak lengkap rasanya kalau tak der buku kat meja kecik tepi katil.
Walau dapat baca 2 Bab jer seminggu pun dah rasa puas

3 weeks ago Incik A'an dengan baik hati belanja kita org buku
So kami berjalan jalan lah MPH Subang
Dania dapat 2 buku, ija dapat 2 and kakak dapat 1, Incik A'an tk jumpa yg berkenan di hati
kakak dapat 1 buku tp rege dia hampir sama dgn 2 buku mama
yelah, kakak novel english, mama novel melayu...

Sekarang susah nak dapat novel yg kena dgn jiwa.
Tak mcm dulu2... tak byk novel kat pasaran tp quality tu ada
Beza dengan sekarang, lambakan novel di pasaran tp susah nak dapatkan yg berkualiti
disebabkan lambakan so plot cerita semua nya hampir sama
Membuatkan rasa boring jer nak habiskan.
kalau dulu sanggup bersengkang mata nak tahu kesudahannya..
tapi sekarang satu buku berminggu minggu nak habiskan

Yang dinantikan ialah karya dari novelist2 lama 
seperti Aisya Sofea, Fauziah Ashaari dan yg seangkatannya
Cerita, watak dan semuanya perfect bila baca karya mereka

Buku Dania... yg best ada bau ikut warna... bau Strawberry n grapes

Kakak punya...mama dah lazy nk baca English novel

Ini Mama punyaaa.. 2 yg dipinjam dan dua  my own. Dia Hero Hati ku... tk best. boring. 




Monday, 8 April 2013

ONLY ON WEEKENDS

Somebody says ija masak / makan besar everytime ija post my cooking kat instagram
antara yg ija post kat IG ialah...




mana ada makan besar....simple jer tu  kan.

these happens on weekend sahaja.. itu pun time duduk rumah tk ke mana mana
and on weekends normally ija masak xtra so that boleh bawa ke dinner...
kalau outing, memang tak masak pun..
makan kenyang2 kat luar.. tp kalau required to cook for dinner, tht will be very simple one.

Alaaaah, sesekali masak mcm2 for family apa salah nye kan,
Jangan kena tunggu ada tetamu baru nak masak mcm mcm,
Lagipun puas hati org yg memamsak bila yg makan enjoy your home cook.


Thursday, 4 April 2013

MISTERI DI BANGUNAN SEBELAH -

Jangkaan tarikh berpindah ke bangunan baru ni  ialah pada 1 April 2013
dek kerana masalah teknikal, proses perpindahan tertunda
Penundaan ini memberi peluang untuk staff buat upacara " masuk rumah baru"
di mulakan dengan upara Feng Shui...lepas tu upacara pecah kelapa dan tabur beras
Eh kami pun nak buat jugak... so Rabu malam hari tu diadakan majlis bacaan yassin dan doa selamat
Malangnya ija tak dapat join sbb Dania tak sihat, so i have to go back early

Majlis ni bukan under company, inisiatif muslim staff untuk buat majlis ini
Alhamdulillah dapat support dari staff .. esp from the management yg beragama islam
Tapi apa yang diluar jangkaan, Japanese bosses pun support, dan juga chinese staff yg berfikiran terbuka ...
Support mereka dari segi sumbangan walaupun kami tak minta...
kami hanya minta sumbangan RM5 dari muslim staff utk jamuan ringkas
tapi Alhamdulillah ada yg beri sumbangan lebih dari itu ... walaupun ada yg tak dapat hadir
Pendek kata  sebanyak RM600 lebih berjaya dikumpulkan hasil dr sumbangan ikhlas..
boleh lah buat bayar ustaz, dan utk jamuan ringkas seperti beriyani dan kuih muih.

Majlis diadakan di tingkat 2 bangunan baru
majlis dimulakan dengan solat maghrib, bacaan yassin dan "pembersihan" dan "pasang pagar.."
Semuanya berjalan dengan lancar
Esoknya ija dengar mcm mcm citer .. 
Ada yg citer meremang bulu roma lah
Ada yg nampak itu ini lah
Asalnya Bangunan tu dah lama kosong after tenant pindah ke tempat baru
Biasalah bila bangunan kosong kan
kalau kita tinggalkan rumah bergelap berhari hari pun sure ada yg numpang
Ekceli terdapat beberapa gangguan yg staff alami
tapi gangguan tuh bukan sampai hardcore
kacau kacau manjer gitu
sapa yg balik malam, adalah yang terdengar mcm mcm..
pernah pak Guard call boss tanya ada staff keje sampai kull 11 mlm ker sbb nampak kelibat orang/...
mengikut kata yg pernah nampak, "dia" berambut panjang.. so kami namakan "si dia" si rambut panjang

hai seriau gak nak duduk sana./.. tp insyallah tak der apa apa kut after dah di "pagar "

Oh ya, mereka  ada citer, masa di azankan setiap level/ floor, ikan awana yg di letakkan di entrance  menggelepur lain mcm
tk duduk diam..
Wallahualam.




Wednesday, 3 April 2013

IKUTLAH GERAK HATI

Selalunya ija akan ikut kata atau gerak hati
tapi kali ni ntah kenapa ija melawan gerak hati

Perancangan awal kami nak berholiday ke Melaka pada hari Jumaat (29/3/13)
Tapi dek kerana full house, kami agreed to go on Saturday
"Alamak, dah nak buka sekolah
karang budak2 nak sekolah ada pulak yg demam demam"
Itu kata hati ija
Petanda dah ada....di mana ija tk teruja pun nak ke Melaka kali ini
Kebiasaannya malam tu ija dah siap2 packing baju
tp this time malaaas sgt nak pack
sampai anak anak tanya jadi ke nak gi Melaka
Dalam bermalas malasan, malam sebelum bertolak ke Melaka tu, botol sos keropok lekor terjatuh dan pecah
separuh sos terbuang
dah ler penat, satu keje nak kena mop lantai dapur
hati pun berkata " selalunya kalau botol pecah mesti ada sesuatu yg tak baik akan berlaku"
Arrggh.. pedulikan kata hati, 
anak anak dah xcited nak mandi kolam nak tidur hotel

Dan ini apa yang telah berlaku.....

Sebelum ke Melaka,  kami bersarapan di Mid Vallley layan Teppanyaki
dah kenyang trus ke Melaka...
Dalam Panas terik, jam yang amat teruk ...sehingga ke tol seremban
just imagine... very very slow moving, kekadang berhenti tk bergerak
aircond keter plak mula meragam...
time berhenti tak rasa sejuk, yg rasa angin panas
imagine dalam cuaca panas giler

Sampai hotel dah 3.15, bilik belum siap..
pukul 4 baru boleh masuk bilik
rehat kejapm, anak trus layan pool
malam keluar dinner, Dania nampak restoran Upin Ipin, 
Malas nak bertekak, kami pun masuk dining di situ
30 minit menunggu, odar tak jugak sampai
berkali kali tanya waitress jawapannya "orang ramai..."
ORANG RAMAI???? tapi apahal plak org yg datang kemudian dah kenyang 
kami yg sampai dulu ni, air pun tk nampak bayang
Incik A'an dah naik hangin dah
Ija pun panggil Manager on duty
baru lah sampai order kami
disebab hal ini ija dgn Incik A'an plak "panasss"
Dah makan trus balik hotel,
nak jln2 pasar malam pun dah hilang mood

Tgh malamnya, tiba tiba Dania demam
fever sampai 39 C.. alamak, nasib baik bawa ubat
Ija di bantu Tisya gilir gilir sponging badan Dania to low down the tempreture
Alhamdulillah pagi tuh dia ok
Bila dh ok, masing2 menggeletis nak masuk pool lagi
pastu check out, on the way back, tempreture dania tinggi balik,
Nasib baik Tisya keep sponging dengan towel basah
and dalam panas yang teramat terik dan bahang yang lain macam
di tambah plak air cond yang problem dan traffic jam yang Maha Teruk
membuat kan ija teramat amat menyesal meneruskan niat ke Melaka last weekend

So next time, kalau rasa macam tk sedap hati, jgn diteruskan...
kadang kadang rasa dan gerak hati itu adalah signal


Sunday, 24 March 2013

FENG SHUI VS SYIRIK

Sekarang ni ofis ija tengah kelam kabut nak pindah
bukan pindah jauh puun .. bangunan sebelah jer ni haa
dulu ada tenant.. tp dah lama pindah.
dah lama kosong pun...
since dah ramai staff dan ruang makin sempit so Management decided to shift
bangunan sebelah ni ada 4 floor, yg current 2 floors jer
Since last week slowly dah start packing sbb 1st April officially beroperasi ..

Hari ni boss kata Sabtu ni kena datang
untuk upacara Feng Shui
Dia kata dtg sekejap and we have to sit at our place/ table for a few minutes at least
kalau setakat datang duduk jer fahamlah
tapi ni nak kena bawa beras, bawang putih, daun teh
eh eh... nak buat makan makan ker?
Dah staff melayu tertanya tanya
"tak syirik ker kalau kita follow? kalau tak dtg boleh tak?'
Kalau kita percaya .. memang akan jatuh syirik
kalau nak datang jugak, kita bawak ler buku yassin...
Haiihh... mcm mcm
company ni company Jepun
Shareholder bumiputera
tp kalau  apa apa ikut adat cina...
nampak sgt dia org berkuasa
yg shareholder melayu tu tunggul ker?
alah, muka pun tk nampak melayu

Alalmak.. harap2 tiada management yg baca blog ija

 oh ya... budak2 driver boss yg buat OT tgh2 malam
selalu jumpa si rambut panjang kat building baru  ni sebelum renovation
meremang pulak bulu roma kita..
Nasib baik HR department kat ground floor... tak payah panjat lif... huhuhuhu


SALAH PERCATURAN

Ingatkan cuti sekolah jalan clear
so hari ini melabatkan segala urusan di waktu pg
bangun pun lambat, siapkan bfast lambat
kelaur pun lambat... 7.30
ingat ka jalan tk se sesak seperti biasa
tp ija salah percaturan
hr ni masuk Lateness Record... Haiiya