Pages

Monday, 12 September 2011

Thank you Followers

Hampir 6 bulan ija di dalam dunia blogger... tu blum campur jadi silent reader or anonymous .. kalau campur tuh dah berzaman agak nya

Niat sebenar ialah nak memfollow teman2 rapat yg dh jd bloggers dan nak menconteng2 luahan rasa dan merapu meraban sorang2..
Tapi ada yg sudi untuk berada di ruangan FOLLOWERS...
Dan sebagai menghargai mereka, pasti ija akan follow back all my followers.
Thank you to all my Followers...
Big Applause!!!!

Ija enjoy reading post2 korang...
Banyak infos  ija dapat
banyak kisah2 sedih dan gembira yg kita share dipersada ini
juga kisah2 kesakitan..
apa lagi kisah2 lucu...
ija kutip pengalaman itu sebagai ingatan ija
Juga ija kutip tips2 dan resepi
ija baca kisah2 kehidupan yg korang share
kisah kehidupan dan kepayahan yg   Kak Jee  share menjadi insan bergelar artis
kebuntuan nak memasak ija belek Kak ita, Abang Mat Gebu dan rakan2
kalau nak ceriakan pagi, ija buka Abg gedek, Kak Nowa
pendek kata rakan rakan followers
semuanya best best...

Oh ya ija nak share pasai Abg Gedek
blog dia unik
bak kata orang sakai... Let the photo speaks a thousand story... chewaah... terror org sakai buat quotes ek
(marah org sakai)
very the kreatif, as creative as his long hair ..hahahah
jgn mare bang gedek.. i know u e a cool guy...

Thank u guys (followers) for sharing and caring
happy to hv u olls on board...

Sunday, 11 September 2011

Fakta Atau Auta?

mata kiri bergerak = Tandanya air mata akan jatuh?
bukan jatuh dek kerana hiris bawang merah
tp kerana nak nangis
Fakta atau Auta ni?

Dah 2 minggu mata kiri ija bergedik2 gedik bergerak
risau di hati dah 2 minggu... duk pikir kenapa bergerak2
pastu sentiasa juga pujuk hati ... Alaaa, angin dalam badan byk sgt

Ya Allah... jauhkan lah hamba mu ini dr kesedihan
dari malapetaka, kecelakaan
janganlan air mata ini tumpah kerana kesedihan
jatuhlah ia kerana kegembiraan dan kesyukuran...

Wednesday, 7 September 2011

Mak Jah



Tisya ngan Mak Jah? Beraya ngan artis?

IIyaaaa.. ni artis.. ala yg berlakon jadi Mak Jah tuuu
Pesal Tisya bergambar ngan dia?

Sebenarnya dia adalah mak sedara Incik A'an, adik arwah abah Incik A'an.. kira pangkat nenek sedara tisya lah...
Setiap kali raya mesti dia datang rumah mak mertua ija..kami panggil Enduk Munah. Hari tuh ingat nak mtk kontek number Aaron Aziz ,... hehheeh segan lak

Berdoa dan Berzikir lah.. Insyallah akan dipermudahkan segalanya

Dah 11/2 hari ija tak pakai jam... Raya ke-1 pakai, raya ke 2  pakai lagi... petang raya ke 2 tu dah lupa letak mana.. so jalan2  beraya petang tu tanpa jam. Ija bleh rileks lagi... Esoknya pagi2 nak bertolak balik ke Klang, jam masih tak jumpa. ija mula panik. macamana nnt hidup ija tanpa jam itu? sure sedih giler kalau tak jumpa... Saat semua dh di luar untuk siap sedia berangkat ija masih melilau dalam rumah mencari. Dalam kekusutan dan kekalutan itu, ija teringat citer kat yati di blognya yg dia kehilangan memory card dan akhirnya dijumpai setelah membaca sepotong ayat berbunyi

 Allahumma yassir wa laa tu'assir (Ya Allah, permudahkan, jangan susahkan).


baca kisahnya di sini kak Yati .

So ija baca dan baca dan  baca.... Alhamdulillah... Allah permudahkan ...akhirnya ija jumpa semula jam kesayangan. Ija pelik juga kan sbb jam tu terletak elok jer atas makeup table dalam bilik dan dah beberapa kali ija cari di situ tp tak jumpa, terselit skit jer dr kotak tisu.

Jam tu betul2 berharga sbb dh 12 tahun ija pakai bersamaan dengan 12 tahun perkahwinan ija. jam tu merupakan hantaran perkahwinan ija dan sepasang dgn Incik A'an. Dulu Incik A'an pernah hilang lama jugak ler baru jumpa balik. Cicin kawin pun ija tak pakai hari hari macam ija pakai jam ni...

So buat teman teman .. amalkan ayat yg pendek dan mudah ini  dalam apa jua kekalutan dan kesukaran juga kehilangan. Selalu juga ija baca bila ija nak lalu satu jalan yg terkenal dgn kesesakan lalulintas, ija baca untuk Allah permudahkan laluan ija bila memalui jalan itu agar tidak ada kesesakan yg terlampau esp bila ija dah dlm kelewatan... Insyallah... bila kita ingat Allah... semuanya agak jadi mudah dan dipermudahkan.

Monday, 5 September 2011

Update on Beading Project

Eksperimen memanik telah memberi hasil yang sebegini:




heheheheh... ntah apa apa nyer design

Cousins Gathering

Tahun ni dapat gahtering ngan cousins yang bukan selalu boleh jumpa walaupun masing2 tingall KL - Shah Alam..Namun Kuzie Wan Chik telah mengumpulkan sepupus yg lama tk jumpa kuzie...
Best... cuma Kak Lin tk der, dia sibuk main mercun kat Rembau, juga Burj yg tak balik raya KB thn ni.

Jom layan aksi sepupus makan kuzie

dr kiri: hani, buchik, kakok, kak chik , zahidi, abe aziz

owwh sedak sangat ko kak chik wei

jelingan manja kakok dgn mulut penuh kuzie... ahaks

bapak bapak yg tekun menikmati kuzie

ketupat samabal daging paling enak, kari daging , kuzie, roti jala n roti manis,  nasi dagang dgn bekas klasik aiskrim tuuu
Bilooo lah nk bergathering lagi ek?

Kisah Kisah di Jalan Langgar, Kota Bharu Kelantan Edisi Hari Raya: Tradisi Hari Raya Aidilfitri Yang Sungguh Nostalgia

Waktu ija kecil2 dulu, Hari Raya lah yang paling di tunggu tunggu
bukan kerana baju baru (ehh salah satu sebab jugak lah)
hidangan raya pun ija tak heran
tapi yang paling ditunggu
ialah bunyi siren motor chips  allaaaa motor polis trafik tu lah
lepas sembahyang raya, ternanti2 ketibaan Sultan Kelantan ke Makam di raja
kan rumah ija hanya beberapa meter jer dr makam di raja
Maka jalan kecil depan rumah tu lah laluan utama sultan dan pengiring2 nya
Dolu2 YM Sultan Tengku Ismail Tengku Yahya
bila sultan tiba, beduyun2 ija dan jiran ke depan makam..
bukan nak ziarah makam
tapii...
1) nak jumpa sultan, nak jumpa tg mahkota (Tg Faris)
2) nak hulur tangan minta duit...(bukan hulur tangan nak salam)  2) Nak tgk kut 2 ada Shah Rezza...hahahha lawak tul dolu2 time shah rezza femes
hulur punya hulur dapat ler 50 sen
eh dulu2 50 banyaak ooo
dh dapat 50 sen , masuk balik que
dapat lagi 20 sen
pastu que lagi, 20 sen lagi
last2 dapat ler sehinggit
ooowh nostalgia sungguh
seronok bila dipikirkan
sekarang tradisi ini ... ija teruskan pada anak anak dan anak buah
Raya Thn lepas, anak anak ija dan anak2 buah berduyun2 ke perkarangan Makam
mintak duit raya
kali ni semua dapat RM1
dengan selambanya anak buah sound "uncle, one ringgit only?"
hahahah.. bertuah nyer anak.. direct2 sound yer
Itu citer thn lepas...
thn ni anak2 kakak tak balik... so anak2 ija berduyun2 dgn anak jiran..
sekali dia org balik komplen
"kata sultan, kasi RM2 jer"
mak aiiih...bertuah nyer anak...
mama dulu dapat 50 sen jer tau
Kemudian ija ajak cik suami dan anak2 ke perkarangan Makam, Ija nak  tgk YM Sultan Muhammad atau Tg Faris dr dekat
Lalu jer depan driver sultan di hulurnya lagi RM2...
haaa kan, dapat lagi ...
Thn ni Sultan segak berbaju Melayu kaler perple siap bersampin
Thn lepas sempoi jer berjubah berkopiah
hmmm rasa bertuah jadi anak kelantan yg punya sultan yg very humble...
yuk layan gambar

Perkarangan Makam Di Raja Langgar


adam, anak jiran 

menunggu Sultan keluar


Kereta sultan dan pengiring

abang traffik yg bertugas di hari raya


suasana di perkarangan

sultan mula berjalan keluar

Sultan in purple

alaa.. dh masuk keter daah

kenderaan rasmi sultan

sajer jer ambik abang pacak tuh

dah selesaiii

bersuraaai




camerawoman Tisya so paham paham lah capture yg huru hara....