Pages

Thursday, 5 May 2011

Kisah Biji Kopi, Lobak Merah (Carrot) dan Telur

Kisah ini dipendengarkan pada ija dr rancangan Semanis Kurma oleh perunding keluarga... alamak.. ija lupa lah nama dia. Ija paparkan disini buat ingatan ija dan sesiapa yang membaca.....Kisah ini amat amat berkesan pada diri Ija.


Biji Kopi - berwarna hitam pekat, keras bijinya


Lobak Merah (Carrot) - keras sifat dan fizikalnya


Telur - Begitu fragile sifatnya..


Ketiga tiga bahan ini di letakkan di dalam air yang sangat panas.

Lihat apa yang terjadi pada ketiga tiga bahan ini setelah terendam di dalam air panas tersebut.

Carrot - Sifatnya yang keras itu tiba2 jadi lembut dan fragile, lembik
Telur - Sifatnya yg mudah pecah dan lembut akhirnya menjadi keras
Biji kopi - mengubahkan air yang putih menjadi hitam

Kisah sebalik cerita di atas.
Air panas diumpamakan sebagai musibah dan dugaan dalam hidup. Mereka yang seperti carrot ialah umpama mereka yga keras diluarnya aapabila terkena musibah, mereka terus menjadi lemah tak bermaya. Manakala telur pula seperti mereka yang pada fizikalnya nampak lembut tetapi setelah diduga mereka terus berubah menjadi seorang yang keras hati...
Kita lihat pada biji kopi..... bila dimasukkan ke dalam air panas, dia berubah 100% menjadi cecair dan cecair ini kalau di tambah creamer dan gula, pasti menjadi sedap dan manis.

Maka jadilah kita seperti biji kopi... bila di datangi musibah, kita akan mengubahkan  musibah itu kepada sesuatu yang manis dan sedap.  Musibah itu mengajar kita lebih tabah dan lebih menghargai hidup. Hidup lebih bermakna jika musibah itu dapat kita tangani dan kita atasi dangan akal fikiran yang matang .... Insyallah...

Kasihnya Ibu Di Semanis Kurma

Semanis Kurma ialah rancangan bual bicara favourite ija .. suka pada topik, nasihat dan doa sepecially topik2 rumahtangga.

Malam tadi topik sempena Hari Ibu iaitu Kasihnya Ibu. Perbincangan tentang ketabahan dua orang ibu yang menjaga anak yg tidah sesempurna orang lain betul2 menyentuh perasaan ija. Mama Lina menjaga anak angkatnya yang mengidap HIV sementara Siti Fairus keseorangan menjaga anaknya yang cacat. Sebagai seorang kakak yang mempunyai adik OKU, ija dapat merasakan perasaan itu.

Ija tidak dapat menahan air mata dr jatuh berjujuran bila melihat ketabahan mereka dan perkongisan kisah hidup mereka. Ya Allah, ija mungkin tidak setabah mereka.... Ija tabik pada ibu-ibu seperti ini, Ija menjaga 2 orang anak ini saja dah menduga kesabaran dan iman ija dalam membesarkan mereka, apatah lagi mereka yang di dalam serba kekurangan dan dugaan menjaga, melayan dan membesar anak anak istimewa ini. Kisah mereka amat meruntun jiwa ija.

Tatkala Ustazah Bahiyah mendeklamasikan bait bait puisi di pengakhiran rancangan yang pasti hasil nukilan beliau, jiwa dan perasaan ija tidak lagi dapat ditahan. Ya Allah, begitu sedikit pengorbanan ija pada arwah mama. Tidak berkesempatan untuk ija mencurah bakti pada arwah. Ya Allah, adakah ija akan di layan dan dijaga oleh anak anak tatkala mereka sudah mempunyai kehidupan mereka sendiri? Apakah ija akan sendirian melalui hari tua jika masih ada umur yang panjang? Kerinduan yang amat terasa pada arwah mama membuat kan ija tersedar ... begitu lama ija tidak membekalkan Surah Yassin buat bekalan arwah di sana... Ya Allah, begitu lalai nya ija pada tanggungjawab ija sebagai anak untuk ibunya yg lebih dahulu mengadap Ilahi.

Lalu ija terus berwuduk, solat isyak dan ija sedekah kan Surah Yassin buat Mama. Ija iringkan juga doa agar amam berada di kalangan mereka yang beriman. Moga mama aman di sana....
Juga ija mendoakan kesejahteraan anak-anak dan suami. Agar anak anak ija tidak melupakan ija ketika ija sudah tidak berkudrat lagi.

Ya Allah... lindungilah anak anak ku dan suami ku juga diri ku dari musibah dan dugaan yang tidak mampu tanggungi... bahagiakanlah anak anak ku dan ku panjatkan doa agar dimana pun mereka, apa pun mereka, sayang dan cinta dia pada Mu Ya Allah dan juga pada ku dan papanya tidak akan pernah berkurang......

Wednesday, 4 May 2011

Anjing Menyalak Di Subuh Hari

Seperti hari hari biasa..laungan azan subuh akan berkumandang dengan kuat dan jelas memecah hening dinihari mengejutkan warga Jalan Kebun menunaikan rukan islam. Tetapi hari ini sepertinya ada kejanggalan bila laungan azan disahut oleh salakan anjing. Ija termenung ... Allah Maha Mengetahuii.....

Tuesday, 3 May 2011

FOOD TESTING

Macam biasalahhh.. kalau company event yang melibatkan human resource ija lah org yg bertanggugjawab untuk catering. End of May ada Ekdien Run dan para peserta akan di jamu dengan bbq. Rasa tekak ni macam nak tukar selero.. eceh.. macam lah ija yg Run ek... so godek godek lah dari internet. Seperti yang pernah experienced before, ija ambik caterer dr internet dan without food testing, end up tak memuaskan. Maka kali ini kami request untuk food testing di restoran  Kampung ku Restoran di Subang. Ija bawa 2  orang staff HR, Amidie dan Hadi. Request kami seperti di bawah:

 (maaf.. gambar di bawah adalah disebabkan kes kelaparan.. dah makan half way baru teringat nak take pic)

 Grill Chicken...  sedap

 Grilled Lamb - puun sedap

Ni pinggan ija... habiiissss

oh ya,..tk sempat nak ambik gambar western fried rice, Amidie dah licinkan pinggan...

PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2011

Ahad lepas ija dan 2 lagi keluarga (kakak dan kakak ipar) bertandang ke Pesta Buku 2011 PWTC, KL. Seawal jam 8.30 am dh keluar rumah, breakfast sekejap, pastu trus ke KL. masuk parking The Mall, nasib baiiikk ada parking, jalan skit cross the road trus sampai ke lokasi. Waktu tu dah pukul 10 lebih tapi orang dah mula ramai. Pintu mula2 kita jumpa ialah pintu KARANGKRAF.. apa lagi, terus serbuuuu...lepas kita orang berpecah. Booth ke booth kami singgah dan tersinggah lah ke booth Popular di mana terjumpa buku kak Siti Rozimah.. 7 Hari Mencintaiku . Tak pikir panjang, capai buku dan bayar. Orang2 di booth  kata pengarangnya on the way tp ija tak boleh nak tunggu sebab Dania dah mula mengada ngada... Dania memang pantang kalau berada di tempat yang ramai orang.



the only novel yang sempat beli
Dalam Dania tengah cranky, cik suami pula kepeningan.. sah sah keturunan tak boleh berada tempat orang yang ramai. Cik suami keluar mencari tempat duduk... tak lama kemudian ija dan anak2 plak join cik suami. kak lin dan kak yun ntah ke mana mana dah.. masing2 mencari keperluan mereka masing2. Tisya pula ajak mencari booth Ain Maisarah.. aduh 2 3 kali tawaf dengan Dania yg nak berdukung + mengada ngada + menangis betul2 menguji kesabaran ija,. Orang dah lah ramai, anak2 plak macam2 ragam..

Selepas ntah yang keberapa kali tawaf, baru jumpa PINK booth ..itu lah booth Ain Maisarah... Mak Aiii manusia bersesak sesak... Apalagi.. org belakang push push ija pun push push  lah... hilang dah sikap berhemah dalam diri bila dalam situasi macam tuh. Sib baik Dania nak didukung papanya, so ija suruh tisya cari buku yg mana dia minat pastu take picture Ain maisarah. Nak ambik gambar berdua ngan Ain Maisarah tak dapat sebab que panjang sangat. Tak sanggup nak que apalagi Dania dah tertidur atas dukungan papanya. 
 Muka Tisya yang tension sebab masih tak jumpa booth Ain Maisarah... yang jumpa banner jer...

 Tisya nak que untuk dapatkan signature Ain tapi the que was too long my dear 

 Dapat snap pic dr dekat pun jadilah
Sib baik Ain ni sporting nak pose... hmm cantik ek Ain Maisarah ni

Kaki dah lenguh, terus kami 3 beranak berjalan keluar ke lobi, bersila di satu sudut sambil menunggu yang lain. Dalam 30 minit semua nya dah berkumpul kami pun berjalan keluar dr PWTC. Maaakk.. tobat!!! Next time kalau nak layan book fair kena datang ngan Tisya jer... lain lain duk rumah diam diam.


BBQ - Birthday party Untuk 3 Generasi

Sabtu lepas ija telah mengadakan satu majlis hari jadi ..eh sebenarnya belated birthday untuk orang2 yang tersayang yang terdiri dari 2 generasi:  cik suami ku ..Uncle An (24/4)  Anak Kakak -  Insyirah (20/4) birthdate dia unik skit 20.04.2004. Bersalin ceaser boleh lah nak pilih tarikh cun  dan yg palinggg kecik Moh Rayyan (22/4). Tema party ialah BBQ. Kebetulan kak lin dtg bermalam so perfect time nak get together..tetamu yg lain ialah adik bongsu, faris, apapnya mat rayyan, mak mertua serta ipar duai belah cik somi.

Pagi2 buta cik somi ke pasar Klang beli bahan basah. Balik dr Pasar, kami anak beranak breakfast kat Restoran Lontong Klang, Shah Alam.

Ni kes lupa nak snap gambar sebelum makan.

Lontong Klang ni very femes kat Medan Selera sebelah Pasar Jawa. Cik abang kata kedai makan ni dah wujud dr dia kecil lagi. Mula2 date cik abang pernah bawa... sampai la ni lontong klang dah buka cawangan di Shah Alam. Sekarang kalau nak makan lontong kami ke Shah Alam jer... malas nak redah parking yg susah di Klang.
Ni Nasi lemak.. sambal sutun dia sedap. Ni pinggan ija... balance tu tinggalkan utk cik abang sbb dia makan lontong.

Selesai bersarapan.. kami terus ke TESCO. Hampa sebab chicken drumstick dan wings tak fresh. So kami keluar trus ke GIANT.

Balik dari Shah Alam, terus lipat lengan baju mulakan tugas memerap ikan dan ayam. Menu lain urap/kerabu pucuk paku, meehun sup, macaroni bakar (ehsan dr adik ipar azera), kek dr secret recepie ehsan dr kak lin, jemput2 duriyan dan papadom..

layanlah gambar2 dibawah. Maaf, ini aje yg ada sbb tuan rumah dh kelam kabut. harapkan si Tisya yg snap pictures...

 Bara api
 ikan kembung dan cencaru ada juga talapia

 Cik suami oh cik suami tukang bakar
birthday boy Rayyan with mama 


 Accessories utk meehun sup... ternampak urap pucuk paku kat atas tuh

 Ayam bbq air tangan cik somi
 Menu dr jauh
 Talapia in action
 talapia lagiii
 kek ehsan dr kak lin...
 coklat dr kaklin, macaroni dr mama zera

 Maman @ amirul... dh besar anak buah mak andak ni
 semua nama dah salah..hahaha.. tisya bln 3 pun masuk juga
 
 tk der meja krusi jadi laahhh... semuaa nak enterframe..

Inilah kesah BBQ di hari Sabtu lepas. Alhamdulillah.. tetamu pulang dgn perut kenyang... siap tapau.


Monday, 2 May 2011

Hadiah Dari Kak Jee - Dunia Dari dapur Kak Jee

 Makasih Kak Jee

Mula mengenali Dunia Dari Dapur Kak Jee setelah diperkenalkan oleh blog Mat Gebu. After that terus jatuh hati dengan cerita cerita yang telah dikongsi oleh kak Jee. Ingat masa dolu2 ija masih kecik selalu gak tgk Kak Jee berlakon watak2 lucu. Ingat kan kak jee ni pelawak tapi bila mengenali kak jee dari penulisan beliau di blog ini ternyata kak jee bukan seorang pelawak. Dalam jiwa Kak jee ni ada sense of seorang yang tegas, penyayang dan kalau boleh kak jee nak kongsi semuaaa pengalaman hidup kak jee. Seronok baca... Dan satu rahsia yg ija tak tahu ialah kepakaran kak jee memasak ... ingat kan kak jee kenal pen ngan typewrite jer.. heheh...Salah satu Ilmu yang ija dapat dr blog kakje ialah doa sewaktu memandu  "Salamun qaulamirrabbirrahiim" yang kini sudah menjadi amalan ija setiap kali memulakan perjalanan. Eh.. doa tu dalam topik cerita hantu yg kak jee dah delete kan... sib baik sempat baca sebelum kak jee delete.. hehehe scary jgk ek cerita tuh.. Dah, jgn disebut2 lagi kang masuk plak dalam mimpi ija...

sebelum ini selalu follow blog2 org esp blog masakan tetapi hati ini tak plak tergerak nak buat blog sendiri walaupun niat tu selalu ada.. tetapi bila duk follow story kak jee, tiba2 minda dan jiwa ni rajin plak nak klik sana sini cari info nak create blog. Merangkak sorang last2 terwujudlah blog IJAHANS... tp belum cantik mcm kak jee dan belum canggih macam BEN Ashaari dan Mat Gebu... Insyallah slowly dapat lah ilmu2 nak interior designkan blog ija ini...

Benda wajib yang ija buka pepagi buta buta sesampai di opis ialah Dunia dari dapur kak jee  (Fauziah Samad) Dari Hati Kecil Insan Yang Kerdil (Novelist Norhayati Ibrahim) dan Mat Gebu...Suratkhabar pun ija tk buka hari hari tp 3 blog ini wajiib buka .. melainkan hari weekend.. Almaklumlah ..weekendlah hari org2 yg bekerja nak mengemas rumah nak masak bla bla bla.. hehehe.

Pagi ni buka blog Kak Jee, kak jee  createkan (marah pencinta pencinta bahasa) hadiah buat follower baru kakje. Terasa diri as Follower baru Kak Jee, dgn tak malunya nak C&P hadiah kak jee to my page ... hari tuh kak jee follow my blog dah rasa happy giler .. ini dapat hadiah double happy lor...

Kak Jee... Thank youuuuuuuuuu... Happy memfollow kak jee dan di follow kak jee... I followwww....