Pages

Thursday, 14 April 2011

Telatah Dania Ep 1

Ija suka panggil Dania dengan nama Minah. Dania paling tk suka namanya dipanggil dengan nama Minah. kalau ija panggil dia dengan nama  Minah sure dia akan perbetulkan...atau dia akan mengingatkan dan perbetulkan .. "Minah?.. D A N I A lah"

Satu malam, waktu nak suapkan ubat, dania melengah2 kan dan main main jer.. yerlah dah dekat seminggu duk makan ubat sapa tk boring dan muak...Dalam ija nak cepat dia lengah2kan apa lagi... mama's blood goes upstairs lah sayang... maka terkeluarlah "Eh Minah.. cepat lah". dan macam biasa dia buat muka tk suka bila namanya dipanggil dgn panggilan itu. Dah selesai semua, ija, cik suami siap2 nak keluar jemput tisya dari tuisyen. cik suami dah tunggu di kereta. Ija sempat ke dapur kononnya nak ambil jagung dan makan di kereta sambil2 tunggu tisya. Tengah-tengah basuh jagung tuh, datang lah dania dengan selambanya "Eh Minah cepatlah sikit... makaaaaaaaaann ajer".. Eh eh.... dia MINAHkan kita balik? Ija tk tahan gelak, masuk kereta terus story kat suami....

Itu lah kan...budak2 ni cepat sgt meniru atau mengQuoteskan (marah pakar bahasa bila baca ayat ni) apa yg terkeluar dari mulut kita kan...maka hati hati lah dalam menuturkan apa jua dihadapan anak2 terutama perkataan sepeti BANGANG, BODOH, IBAB (baca terbalik) kerana dia akan tuturkan ayat yang sama kepada kita nanti...

Bila Anak Anak Demam....

Minggu lepas minggu orang tk sihat dalam keluarga ija. Dania memang dr minggu sebelumnya dh bunyi batuk2 manja,  khamis bbsitter kata batuk dh makin garang, so malam tuh trus gi klinik and she's on distaclore. Sabtu  Yus batuk teruk mtk tulun hantar gi klinik sbb ci somi dia, Tok moh Baha gi kelate. Malamtu, batuk dania makin garang, setiap 2 minit dia batuk dan batuk dia perit bebenor kedengarannya. After dekat 30 min dia muntah segala makana yg dia makan utk dinner campur ngan kahak. Hati ini tk keruan trus bawa semula gi klinik.. doc tukar ubat batuk. malam tuh dania tk lena tidur... dania tk lena mamanya pun laggi tk lena. Esok masih batuk, mama dh bad mood. Penat + ngantuk... 1 rumah jadi mangsa kemarahan mama... sian cik suami dan kakak. Isnin ija nekad ambik leave dan bawa dania pegi Jumpa Doctor Amdan. Tukar semua ubat ... Augmentin, Ventolin dan satu ubat 3 in 1.. cold, cough and flu..
Alhamdulillah after 3 days dania nampak improvement.. sekarang sesekali dgr batuk2 manja dia... mtk2 nnt batuknya hilang terus. Tidurnya pun dah lena..mamanya tidur pun ikut lena zzzzzzzzzzzzzz

oh ya.... nk tahu berat dania sekarang? 25 kilo.. beratnya anak mama...huhhuhhu

Bila Anak demam, hati mama tak tenang.. tidur mama tk lena...kalau boleh tk mahu seminit pun berjauh dr anak mama.. nk 24 jam jaga dan perhatian pada anak2 tp mama ada juga tanggungjawab lain... mama kena kerja, mama kena layan papa juga... Ya Allah, jauhkan lah anak anak ku dr kesakitan... apa jua kesakitan... Amiin


Antibiotik Augmentine






Wednesday, 13 April 2011

CUN Remy Ishak dan Maya Karin




Sabtu lepas, tiba2 hubby ajak gi tgk movie.. dia sebenarnya nak tgk Merong Mahawangsa tp disebabkan anak2 ikut so kena lah tgk movie utk tontonan ramai.. which will be boring sgt untuk cik abang. So hari tuh kita layan CUN.

cerita nya hmm not bad lah. Yang seronok ialah adegan2 di kampung, part watak Ning n otherss.. agak membosankan.

Tp 1 watak yg seronok ditonton  ialah Cik Kembang.. walaupuun tk byk scene dia...



Ini lah cik kembang... heheheh












Friday, 8 April 2011

Kisah TELUR

kenapa sanggup nak membahayakan nyawa dan kesihatan org lain demi untuk mengaut keuntungan? Makanan zaman kini terlalu terdedah kepada bahan2 mekanikal...

Bercakap tentang telur tiruan teringat cerita cik suami beli telur grade c di satu pasaraya ni... murah giler... tk silap dalam RM5 henggit lebih. Cik suami beli lah satu tray dia tu.. every time goreng mata kerbau surely meletup dia tu mengalahkan goreng ikan keli... pastu me notice yg telur putih dia cair... ohhh adakah itu telur tiruan?  

Satu lagi citer, lastt week lalu kawasan rembau ternampak ada org jual telur tepi jalan. Papan tanda yg ditulis: TELUR MURAH RM3.50 SAHAJA.... ingat nk stop tp cik suami dah terlajak ke depan pastu keter kakak dah laju ke depan... so me call kakak ingat nak suruh u turn balik to gerai telur tadi.. Kakak menjerit  " mu jangey beli... nipu blako tuh. dale so tray 2 3 butir jah hok molek. lain2 telur busuk. aku beli doh, tohok sajo".......hmmmm kenapa yer manusia sanggup menipu demi mengaut keuntungan. Halal ke rezeki yg dia kasi makan anak bini? hmm.... Wallahualam





Thursday, 7 April 2011

Makanan Eksotik

Bak kata Pakcik Jalil Hamid,,"makanan pelik pelik tahi minyak tahi itik.."

Ija ni jenis org kata semua makan.... tp kalau eksotik sgt2 geli jugak lah kalau nak makan...
Orang kata belut ni eksotik.. pasai pa ek? maybe sbb feature dia merupai ular... tp dia dh cukup commercial kat Jepun... nama pun sedap.. UNAGI..  Belut ialah sejenis ikan yang paling sedap bagi tekak ija... kalau pegi Sogo or JJ, mata ni nampak unaagi jer...
Sekarang tekak ni terasa nak makan belut masak pakpek... or we also can called Pakpek Unagi..oooh  sounds soooo Japanese can. What is belut masak pakpek? Masakan ni berasal dr Thailand and was teached by Wan Chik. Kalau kat malaysia ni kita bleh kata rendang belut lah...




Hari tuh gi melaka layan seafood terjumpa plak  pepahat. Sekarang pepahat semakin fofular di medan2 ikan bakar n sea food.

pepahat masak halia.... sedaaappp

Wednesday, 6 April 2011

Jalan Jalan Bandar Bersejarah Chap 2

Lepas mandi anak2 serbu ATV. Tisya xcited nak cuba ATV.  "Bersedekah"lah mama RM60 untuk games ini sahaja.. tk per, janji anak2 enjoyzzz

First time  ride ATV, seronok gilerrr kakak



Tuesday, 5 April 2011

Jalan Jalan Bandar Bersejarah Chapter 1

2 April (sabtu) menunaikan janji yg dh lama tertangguh... bawa anak anak ke Melaka. Sebenarnya dh lama kak lin ajak ke Wonderland Melaka, tp asyik kena tangguh sebab tk der masa yg sesuai. Kebetulan bulan ni ramai sgt yg sambut birthday (kak lin- 2 apr, cik suami 24 apr, mat rayyan 22 apr) so kami sepakat 3 family  (kak lin, adik n my family) ni berkumpul "celebrate" kat melaka. Oh ya, plus belated birthday Tisya 22 March.. dh janji mama hadiah kan Wonderland sempena birthday dia...

Pukul 1 ++ sampai Ancasa hotel, check in, makan2 sat pastu trus ke sini  @Melaka Wonderland 


blum apa apa anak anak dah masuk dalam kolam...



dania plak nangis bila jumpa mascot