Pages

Thursday 29 November 2012

TEROWONG RAHSIA DIJUMPAI DI PALEKBANG KELANTAN

Malam tadi tgh rileks rileks duk layan FB
Mostly rakan FB duk luah betapa tidak sabarnya mereka nak layan Episod 56
Ye lah kan.. Am ngan Ain dah nak ehem ehem
kebetulan malam Jumaat pulak scene romantis tuh
laggi lah penuh dgn mudnya...
Mcm ija ni kena tungu beberapa jam baru boleh tonton.
org tk der mustika HD lah katakaaaan.

Eh melalut pula...
ok, tgh syok scroll tetiba tebaca di status I love Kelatan... GEMPAR.
TEROWONG RAHSIA DIJUMPAI DI PALEKBANG
ija duk pikir kat mana Palekbang ni ek
Macam pernah nampak sign board tp belah mana yerr..
puas pikir... tanya rakan fb tk der lak komen
End up call papa kat kg... oooo rupanya kat Tumpat
Ekceli berdekatan dengan Wakaf Bharu.. mungkin daerah Tumpat.
Lagi tepat dekat dgn Kampung Laut, berdekatan dengan sg Kelantan

Ija nak ulas tk pandai so kalau nak detail info
baca kat SINI

No Wonderlah Flyover yang merentasi Sg Kelantan tak siap siap ..

skali tgk mcm perigi jer kan
INFO:
- sejauh 100km,  bersambung hingga ke Tak Bai..
   Kalau bersambung ke Tak Bai bermakna adakah dia merentasi Sg Golok? Hmmm dalam sungai 
   ada   terowong? 
- dijumpai oleh kontraktor yang sedang membuat kerja tanah
- Di kawal rapi oleh pihak berkuasa
- Di guna oleh tentera jepun.
- Tempat simpan emas Melayu Purba....ada saki baki emas tak..? mas dolu2 tinggi harga tuuuu

Masa call papa kat kg, ija tanya ada dgr citer tak pasal ni... dah heboh dahh...
Dia kata tak tahu menahu..
hehehe... padahal Palekbang dan Kampung Laut tu kawasan dia jaman muda2 dolu...
Dia pernah mengajar di Sek Men Kampung Laut tuh...

Tapi tk keluar plak kat paper ngan Buletin Utama..
oooo UMNO sedang sibuk bersidang
Buletin Utama pun sibuk buat liptan UMNO kan..
Tak der masa nak ambik tahu hal remeh ni..
Halatuju Parti lagi penting

Eh boleh gitu? Opppsss... ambo surrender.. ambo tok minak politik...
Loh laaa demo.. ambo nok tahu hal sejaroh klatey jah

Wednesday 28 November 2012

CHINESE MUSLIM RESTORAN -MOHD CHAN ABDULLAH

Ija memang penggemar chinese food
dan dengan itu chinese muslim restoran memang pilihan ija
tp restoran chinese muslim memang agak mahal
tu yang takut nak masuk and dining kat situ
tapi sejak ija diperkenalkan dengan  ADAM LAI restoran
tekak ni asyik gatalll jer nak layan Shark Fin Soup.

Kat Kota Kemuning the famous Mohd Chan Abdullah dah dibuka
hari2 lalu jer depan restoran...
tiap kali lalu ramaiiiii jer orang
kami pun asyik duk tanya.. sedap ker ek?
One Day we will try  ekkk

So mlm tadi berpeluang untuk dinner kat MOhd Chan Abdullah
hurmmm.. tekak ija kata lebih sedap food kat ADAM LAI
dah nampak specialties kat Adam Lai yg tak der kat lain
Seperti Adam Lai Chicken, dan Combination vege dia (kailan)
memang sedap....
2 menu tu menu wajib kami setiap kali ke Adam Lai..
Oh ya, Adam Lai located at SEK 15.

Jom tgk apa yg kita makan semalam di Mohd Chan Abdullah

Shark Fin Soup - RM20 Small

Ija punya tp lupa nama sbb nama dalam chinese.. Chicken apa ntah

Incik A'an punyer

Dania's Nasi Ayam - Dania pelik tgk ayam dia so kami order Roasted Chicken
Yang tak der dalam gambar Nasi Fish sweet sour, Roasted Chicken and Terung Crispy (tk crispy pun)

Harga - Reasonable lah... Byk mcm tu just cost my RM85.20.



Monday 26 November 2012

HALAL HARAM


Dear Thahirah,  





Further to your enquiry, we are sorry to inform you that our shop in KL Sogo is not HALAL-certified.

Thank you very much for your interest in our company.
 

Best Regards,
FOUR LEAVES PTE LTD (198003150E)

11 Enterprise Road Singapore 629823

STEVEN ONG

GENERAL MANAGER

Tel  :  6268-6516     Fax :  6266-5470

stevenong@fourleaves.com.sg
http://www.fourleaves.com.sg/


Alamakkkk... dah brapa byk roti dan kek dri kedai ni dah masuk perut ija...
sbb setiap kali ke sogo setiap kali itu lah ija akan singgah

roti n cakes dia memang variety... sedap plak tuh
aduhaiii... rupanya tk certify halal
bukan apa... bila roti sedap tkt dikhuatiri mengandungi wain
kan wain di guna pakai dalam bakery kalau dak kasi sedap

Ija forward the email to colleague ija
just for info lah kan
then dia dtg kat table ija
and this is our conversation pertaining to this issue

Kak xxx:  awak, kalau ada wain, tk memabukkan, boleh laaaa
Ija         :  ???????... mana boleh... kalau benda tuh dah sah sah haram, setitik pun dah kira tak halal
Kak xxx: benda tuh kan buat dgn anggur... tk mabuk tak per . Macam alkohol dalam perfum, Dr marshitah
               kata boleh buat solat
Ija         : Mana boleh... tk sah solat
Kak xx :  BOLEH ( bunyi mcm dah nak gaduh) Dr mashitah sendiri ckp

Ija cut off the conversation tkt jd gaduh...
Dr pengetahuan yg basic ini... once it HARAM, setitik ker, setengah titik kan ttp jadi HAram.
memang asal dr anggur tp pembuatan dan pemprossesan utk jadikan arak dan alcohol tu dah tak jadi halal.
Ke ada dalil2 lain membolehkan sedikit alkohol dal perfum boleh buat solat spt kata Dr marshitah.

Mohon pencerahan wahai kawan kawan...

Saturday 24 November 2012

MASALAH SOSIAL REMAJA SEMAKIN SEROUS?

Anak umur 12 tahun dinikahkan
dengan alasan anak tak mahu balik dari rumah si pakwe...
Ini lah isu yang diperkatakan beberapa hari lalu
ada menyokong
ada membantah
Pendapat ija??? Ija BANTAH
Itu kah sahaja yang dapat pujuk si anak dara untuk pulang ke rumah?

Ija pandang Tisya...
dia pun 12 tahun
di manakah kematangan anak ini untuk menggalas satu tanggung jawab
Apakah perkahwinan itu hanya untuk menghalalkan yang haram
Apa yang dia paham tentang MUNAKAHAT?
Pasti yang dia paham hanya bab malam pertama dan malam malam seterusnya
Belah Malam bagi nafkah batin
Siangnya duk main Barbie? Eh yang main Barbie itu Dania laaah.. heheh

Sayang kan... usia baru nak menginjak remaja...

Kalau isteri ke kuliah... itu biasa..
tapi kalau isteri baru nak daftar masuk Form 1... hurrmmm....
kalau kawan kawan seronok duk cerita tentang cinta monyet
apakah si isteri ini akan bercerita tentang hubungan seks dia dan suami kepada kawan kawan?
Adakah ini boleh dikatakan sex education yg salah salurannya...
kenapa salah saluran? kerana si isteri itu hanya akan bercerita tentang keseronokan?
Kawan kawan yg nakal pula pastu ingin mencuba keseronokan yang dirasa oleh si isteri ini
Maka masalah sosial tidak akan ada noktahnya...
menyelamat kan yang satu, yang lain terjerumus ke kancah

Ustaz di bicara Benama 24 ada berkata
dinikahkan atau tidak.. dua dua  ada keburukannya
tp pilih lah yang mana memberi keburukan yg sedikit 
mungkin pernikahan itu satu solusi terbaik.....  hanya untuk mengelakkan maksiat...

Dalam hal ini ija salahkan mak bapak...
Education bukan sahaja di rumah
education bermula di rumah
Pergaulan anak anak perlu dipantau
Kebebasan anak perlu di kawal..
Bagi ija... kawalan itu bukan setakat di sekolah rendah
selagi dia belum berkahwin ... selagi itu kita harus ambil tahu

Tapi bila dikawal... lain pula jadinya
Ini berlaku bila dilaporkan remaja 16 thn mati jatuh dr tingkat 7 kediaman
kerana curi curi  keluar nak jumpa si pakwe
dek kerana si ibu dan si bapa melarang dia berdating
haiiih.... mak bapak dah kawal
anak pula keras kepala
Masalah sosial kita semakin parah rupanya...

Back to basic.... asas agama dan hubungan dengan ibubapa...

Bagi Ija... DIHARAMKAN bercinta selagi anak anak belum habis sekolah
Nak berdating? I would say NO selagi anak anak di alam persekolahan


Masalah Sosial semakin kronik
institusi kekeluargaan semakin longgar
Anak anak makin liar
Ibu bapa makin tercabar

Jom... sama sama kita jaga 
Imbangilah antara tanggungjawab dan pemantauan
Lalainya kita pada salah satu itu..
pasti menjanjikan keciciran 
yang menjerumuskan kepada permasalahan

Ija nak quote kan kata kata orang kelantan ...........
"Allah, gatal gelenya nok bbini / berlaki teh dia tuuh"

Ija bukan cendikiawan
bukan ahli falsafah... juga bukan cerdik pandai agama
tapi hanya sekadar pandangan dari yg masih jahil
tentang kehidupan
namun terus berusaha 
untuk mencari kesempurnaan
Kini bersyukur kerana berada di dalam kesederhanaan
untuk tidak mahu menjadi
seseorang yg mudah lupa diri...
Insyallah




Thursday 22 November 2012

TIADA LAGI DI KB????



Tapak... ia sebuah tapak rumah
Di mana?
Bukan lagi di KB
lari dari kesibukan bandar KB
tenang dengan suasana kampung
Itu impian dia
sekarang ini pun ...
nama sahaja tinggal dibandar
tp sudah bertahun dia tk masuk bandar..
lelah dgn kesibukan jalan dan lalulintas katanya...
Apalagi semakin dimamah usia
keuzuran membatasi segalanya

Dari kecil ija membesar di KB
nama jer pulang kampung, tp hakikatnya pulang ke bandar..
betah ke ija kalau selepas ini betul betul pulang ke kampung..?
situasi sekarang...nak beli cili sos.. yuk kita ke BIllion.
jalan kaki jerrr..
ais kehabisan... alaaa 7E dekat jerr.. sebelah watson tuuu
Ke Watson... jalan kaki jer.
ke KB  Mall... 5 minit dah masuk parking
kalau terasa nak intai Khairul Fahmi bersanding kat Rennaisance bulan depan, lintas jalan jer... 
Nak makan murtabak the best in town... 15 minit dah sampai...

Wakaf  Bharu?  aduh jauh  tuuh
harap harap jejantas baru yg hampir2 siap merentangi sungai kelantan
akan mendekat kan ija dengan bandar KB, tempat kelahiran ija...



BALIK KB PART 3 - JALAN JALAN

PART 3 ni kita story pasal Jalan Jalan ... hakikatnya balik KB kali ni kurang skit aktiviti jalan jalan. Even Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khatijah pun kami tak jejak. Kalau kami jejak 2 tempat ni mau anak anak tak der baju sekolah baru... shopping tak henggat ler jawabnya... so kami melawan nafsu shopping kali ni. Duduk rumah diam diam dan jalan jalan sekitar bandar jer.

Hari kedua, papa a.k.a Cikgu Kadir ayahanda tercinto ajak breakfast kat kampung dia ... dia nak belanja .. yippieeeee... So pagi pagi kami ke Wakaf Bharu . Alang alang dah di Wakaf Bharu, selesai bersarapan, ija ajak ke Tumpat melihat the Magnificent of Kelantan... kalau di Tumpat terkenal dengan patung2 Buddha yang mencakar langit. Konon nak tunjuk kat anak anak lah...disamping melihat daerah asal usul Atuk.
So Kami ke 3 Wat siam di mana terdapatnya patung2 yang GEDEY (bak kata Wak Gelas).. yg baring (Sleeping Buddha - tertua) yang besila dan yang berdiri. Di sini tersimpannya abu abu mayat sami sami ...

Sebelum tuh ija risau jugak ler kalau kalau Dania takut tgk patung2 tuh.. so awal awal ija kata kat dania nanti kita nak gi tengok patung Barbie Besaar... Dia punya excited gilerrr... skali sampai patung lain... ingat kan dia takut, skali dia lak yg berani compared to kakak tisya yg tak  mau keluar dr kereta. Siap pasang surah yassin dr handphone dia.. hahahah time ni ada peristiwa berlaku. Scary one.  Sebelum ija citer jom layan gambar dulu...

The Sleeping Buddha - Incik A'an yang berani bergambar

Sitting Buddha Tgk Dania yg selamber bergambar dgn papanya

Standing Buddha  
Apa citer scary tuh... ok, sesampai nya kami di Sleeping Buddha dalam pukul 10 am, suasana di Wat Siam tu memang sunyi.. hanya kelihatan seorang tua yg duk paksa monyet panjat pokok kelapa. So kami jalan2 sekitar tiba2 bunyi salakan anjing. So bunyi anjing menyalak tu kami buat tak tau ler... Tiba2 perhatian kami tertumpu pada pakcik tua tadi yg duk marah n pukul2 monyetnya sebb monyet tu tak mau panjat pokok kelapa. Bukan lagi tumpuan ke arah Patung tuh... tiba tiba selain salakan anjing yg beberapa ekor tu, kedengaran satu lagi salakan anjing dari belah kiri kami yg bunyi dia seperti serigala menyalak waktu bulan mengambang aaoooooooooooo.... meremang bulu roma oooo... 3 kali bunyi yg sama kakak ija ajak kami belah dr situ cepat2 sbb dia tk sedap hati. Mungkinkah sebab surah yassin yg dipasang Tisya berlakunya suasana sebegitu?

Di Sitting dan standing Budhha tak der pula kejadian yg sama mcm tuh..

Balik dari sana semua ok, tp belah malam, dalam pukul 12.59.. tiba2 dania menangis... pujuk2 tk diam, pastu dibaca baca pun tk ok... haaa. ija suspect mesti punca dr tempat2 tuu... Ija suruh Incik A'an ambil air, baca2 skit, kasi minum .. skali Dania kata "Nak muntaah"... Incik a'an sapu air yg sama ke muka, ubun ubun,  kaki dan tangan. Dania seolah2 kena injection ubat tidur... terus diam dan tidur... Alhamdulillah sampai pagi. Ija ingat kan dah besar ni tk der lah gangguan mcm ni .. so next time kena beware kalau ke tempat mcm ni walaupun anak anak dah besar. Siang esok nya ija citer kat wanchik (mak tiri ija) dia kata anak jiran pun pernah kena sampai kena berubat dgn ustaz. puncanya dr tempat yg sama...
Aduhaiii TOBAT ija tak mau pi sana lagi...



BALIK KB - PART 2: MAKAN MAKAN

Balik kampung kali ini sepatutnya edisi musim tengkujuh tp seminggu ija di sana cuaca panas giler
Maka misi mencari makanan di musim tengkujuh not accomplished.

Tapi Alhamdulillah, misi tertunai untuk 2 jenis makanan

1) Putu Halba


jangan tanya dibuat drp apa sbb ija tahu makan jer. Yg ija tahu ada guna nissey
apa dia nissey, ia seperti gula melaka
kuih ni hanya akan ada pada musim tengkujuh sahaja...
lain lain musin tadak jumpa yerr
Itu pun ija jumpa di Gua Musang masa on the way nak balik
masa tuh hujan... skali ternampak kat tepi jalan...
Incik A'an dah terlajak... ija paksa suruh u turn...
Incik A'an ckp putu kan ada kat selangor...
ija kata ni bukan putu piring... ini putu lain.. rasa dulu
skali makan... RM2 habis kami 3 beranak...Dania tak makan sbb dia tidur
apa lagi makan waktu hujan, makan panas2 lak tuh..
kena pula dh bertahun ija tak makan...
pergh... nikmat sungguh.

2) Ikey Budu
tak der gambar lah pulak..
ikan ni macam ikan jeruk laaa.
tp dia guna ikan kembung sahaja..
kenapa panggil ikan budu? makan ngan budu ker?
Tak der kena mengena langsung dgn budu
ija pun tak tahu mcmana Budu dapat nama...


Makanan feveret ija yg ija WAJIB cari bila balik:

1) Sup Kaki (Gerabox) air tangan ayahanda


Sup  air tangan Cikgu Kadir memang tk boleh lawan punyaaa.... cari lah kat perusuk dunia.. mmg tk sama. TERBAEKK.

dimakan bersama ulam bekko, budu,

nampak tk gearbox dlm pinggan ija? kita lupakan dulu kolestrol.. heheh 
Tak dapat makan belut kali ini sebb setiap kali gi pasar nak beli belut, SOLD OUT!  Frust.

2) Nasi belauk
5 hari kat kampung, setiap kali breakfast wajib makan nasi belauk... taste dia tak sama dgn nasi belauk yg ada di KEY ELL

kat sini takder gulai serati...frust .

SUASANA ANAK CUCU CIKGU KADIR BERSARAPAN DI RESTORAN DI WAKAF BHARU


yang botak tu cikgu taufik si abg ipar, sebelah kanan incik A'an, atuk nampak tgn jer, belah kiri Wan Chik pastu  anak buah si Haziq

tak lengkap kalau tak der pulut pagi


Ada satu makanan yang ija dah lamaaa giler tak makan... malah skill makan benda ni  pun dah hilang. Anak buah lak lagi terror, mana tak tiap kali balik sure dia kerah uminya nya pi cari...Apakenbendanya?

Taraaaaaaaaaaaaaaaa... ETOKS!!!. Cer citer mana boleh dapat kat negeri lain selain Kelantan. Everybody introduce.. this is Etok Salai

Before and After
 Skill makan... gigit dgn gigi, maka terbukalah cengkerang ntya. Wallah.. so lemak2 and sedap. Tapi sekarang so kecik compared to those days... besar2 puas makan. Ngam kalau makan dgn nasi kerabu. Ija ingat arwah mama ija dulu2.. dia masuk kan etok dalam mulut, tak sampai satu minit dia keluarkan cenkerang tanpa pecah2... isi dah masuk perut. Itu namanya skill... kalau ija gigit, mau retak seribu cengkerang tuh baru jumpa isi...

Last but not Least, Lauk Kenduri... Dah lama bebenar ija tak attend wedding kat kelantan. Kebetulan sepupu Papa  (ayahanda den lah tuu) buat kenduri nikah anak dia, so dia pun ajaklah rakyat jelata yg ramai ini ikut dia ke kenduri, then kami antara yang terawal.. dah ler ija dan kakak selamber jer pakai jeans n blause sbb kita org tk budget bawa balik baju kurung.  Yang lain lain ija tak jeran sbb sama jer kat mana mana negeri tp yg menarik perhatian ija ialah Dalca... Dalca kat kelantan ni memang lain dr yg lain.. nak details kan kelainan dia tuh susah nak terang kan .. kena rasa sendiri. dia lain dari ingredients, rasa dan kenikmatannya... So my pinggan hanya nasi, dalca dan acar sahaja... puas makan.

kolestrol lagi..... balik klang kena diet ooo

suasana pagi di meja makan ... Menu utama: Nasi Belauk. Happy Papa a.k.a ATUK sarapan dgn anak cucu



Wednesday 21 November 2012

BALIK KB - PART 1

Part 1:

After almost setahun ija tk balik kampung,
Finally we were in KB last week
hati berbunga tiada terkata
bermacam list ada di kepala
Hati sungguh girang
sbb this time lama skit ija di KB
mengambil kesempatan 2 hari public Holiday
ditambah dgn 3 hari annual leave
apa lagi cuti sekolah
so we took our sweet time from Klang to KB
dan dr KB to Klang
tk mcm yg lepas lepas, jam sana jam sini
Bak kata Incik A'an, next time kita balik time bukan perayaan lah
Eh mana boleh... kita nak gak balik raya kat KB

Traffik di bandar KB pun lengang...
mana taknya.. di KB, hari Rabu shj hari bekerja dalam minggu tuh...
cuti perayaan Deepavali dan Awal Muharam disambung dengan cuti Birthday Sultan Kelantan
susah nak dapat suasana tenang mcm ni kat bandar KB
pendek kata seminggu yang lepas memang lapang gila kepala
tak der stress takda tension (eh sama jer stress n tension tu)
selera pun bertambah tambah.

I LOVE KB....


Aksi budak budak yang xcited nak jumpa ATUK  & WANCHIK

kids.....




TESTINGGG... TERIMA KASIH.



UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA DADDY ZIYAD ATAS SOLUSI KPD PERMASALAHAN IJA TADI. JUGA KEPADA  Qasy Honey  ATAS USAHA BELIAU MENGADAKAN TUTORIAL YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA INSAN YG BUTA IT SEPERTI IJA. 

THANK YOUUU.....

Tuesday 20 November 2012

KENAPA?

Kenapa ija nak upload gambar tk boleh?

Dia keluar mesej ni...

Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage that you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more

mtk tolong solution.....

IT JUST A BEGINNING...

Debaran dah berakhir
segalanya terjawab
dan itulah hasil dari usaha kakak selama 10 bulan
samada kakak playful or focus
but mama tahu kakak struggle di bulan bulan terdekat sblm exam
Alhamdulillah, 2A 3B
kakak sure dapat better kalau kakak xxxxxxxtra hard tp kakak buat hanya xxtra jer
Kakak tanya mama ok ker?
mama kata for mama itu tak ok, well expectation setiap ibu sure tinggi kan.. sapa tk nak tgk anak cemerlang
tapi hati mama terubat sbb kakak tk der C or D...
thats worries me the most. ...
Apa pun, mama still proud of u...
sbb mama nampak improvement... compared to your trial dan ujian tahunan...
Yang penting sekolah menengah nanti lebihkan focus...

Semalam tisya tanya...ada tk hadiah sbb kakak tk der C and D
aiik... dalam agreement hanya 5A dan 4A kan
so the answer is TAKDER...
tapi mama ni tk sampai hati... Appreciation for As yg kakak dapat,
mama kasi RM100 for the HUNTER GAMES Books yang kakak nak sangat kan
kalau untuk buku mama ok jer...

Tapi Ija tk puas hati nih...
Cer tgk kat bwh perbualan telefon antara Tisya dan Atuknya kat kampung (papa ija)
Dipendekkan .... lebih kurang

Atuk :  Tisya nak apa
Tisya :  Tak apa lah atuk, Tisya bukan dapat 5A
Atuk :   Tak per nanti atuk bagi...Tisya nak handphone macam abg ikhwan ker?
Tisya :   Tak payah susah susah atuk..
ATuk : Tak  per

Haiih... dulu dulu ija dapat 4A 1B (dolu2 bukan senang nak straight A mcm skrg, dapat  4A tu kira dah pandai.. heheh) tak der plak Atuknya nak offer apa apa ... tak pernah dapat reward  pun .. baik Penilaian darjah 5, SRP or SPM. huhuhuhu....

Malam nak keluar result atuk nya siap pesan kat ija jgn torutre si tisya kalau result tak bagus.. tkt pikiran cucunya nanti macam macam... Lain kan zaman kita sbg anak dan zaman dia dgn cucu ... Dalam adik beradik Pok usunya  (adik ija yg bongsu) jer lah  yg dapat reward masa dapa 5A... dapat basikal.. sbb niat arwah mama ija yg tak sempat tgk anak dia dapat 5A

Untuk Ibu Rawiwa... sama sama kita raikan kejayaan anak anak kita yer...

tisya with her BFF... Congrats to Sabrina (right) and Sofea (middle) for their 5As

Sunday 18 November 2012

DIMANAKAH IJAHANS?

Ijahan masih disini
cuma tiada kesempatan nak conteng dan coret
dek kesibukan di kampung halaman
tiada kenduri kendara pun
tapi kalau di kg halaman tuh 24 jam terasa 4 jam jer...
buka mata eh  kojap jer dah malam

kalau di kg halaman
tak pernah puas
tapi Alhamdulillah kali ini ija balik 5 hari
mengambil kesempatan 2 cuti dalam 1 minggu
yg lagi 3 hari tu Annual Leave la yang masih berbaki seciput jer
Kebetulan cuti sekolah... so cuti anak anak terisi  dengan "percutian"
Kalau tidak kepala ija pusing memikirkan
rengekan anak anak yg mtk dibawa jalan jalan

Apa citer dari kampung
Banyak ceriter ceritinya
Nanti diupdate, tunggu diupload
tentang makan makan
tentang jalan jalan

Oh ya...
esok Result UPSR diumumkan
Apa pun keputusannya
itulah rezeki Tisya
itulah hasil kerja kuat Tisya 10 bulan yg lalu
Mohon doa kalian untuk yang terbaik....
Insyallah.... Amin.

Thursday 8 November 2012

STRESS DAY

stress giler
sepatutnya heppi heppi lah hari ni
sbb next week ija will be on long leave..
annual leave + public holiday
tapi hari ni dari keluar dr rumah sampai la ni stress oooo
stress yg dibawa dr rumah,
di tambah pula yg kat ofis,
ija rasa mcm nak jerit jer
Oh no, I need therapy
rasa nak runaway jer
invisible kejap dr ofis ni
layan terapi shopping kat best
tp stress gak... sbb al fulus tk brapa nak tebal nak bershopping
pendek kata hr ni duk pusing pusing, stress ttp nak melekat kat ija..

Harap2 cuti cuti sekolah minggu depan
dapat release my pressure, my stress

daaa.. see u later

Wednesday 7 November 2012

PARENTING : JAGA BAHASA DAN PERCAKAPAN ANAK ANAK!!!

Ija pernah post pasal ni dulu
tp atas sbb sbb tertentu ija delete.
dah lama daaah

Hari ini ija nak tulis balik
Sbb ija pantang sungguh sungguh
bila dengar budak2 kecil
yang cakap nya sungguh lantang dan longkang

Ija tak kata ija pandai didik anak
ija pun masih dalam proses pembelajaran
tp ija jaga sangat sangat bahasa dan percakapan anak anak
kalau tk, merasa lah cili kat mulut tuh

Ija dibesarkan dalam keluarga
yg tidak menggunakan perkataan "AKU" utk menbahasa kan diri
pantang arwah mama kalau dia dgr anak anak guna perkataan "AKU"
tapi bila dah tua tua ni baru pakai "AKU' "MU"

Dania dan Tisya ija haramkan guna perkataan
AKU, BABI, BODOH, BANGANG, KELING
dan yg seangkatannya
mula mula tuh Dania terikut2 bila berkawan sana sini
tp bila dia dah start using bad words, memang kena lah
even ija suruh bbsitter marah anak anak ija kalau dgr dia org cakap yg tak sepatutnya

Pendidikan bermula dari rumah
Dan anak anak byk belajar dari apa yg dia dengar
Kalau dalam keluarga duk pakai bangang bodoh
tk ker anak anak terikut
tk dinafikan ija pun kadang2 terguna such bad words dalam bualan ant ija n Incik A'an,
but not in front of the kids
kalau terlepas, Dania or Tisya will remind me... " apa? mama cakap bangang? Dosa maaaa"
Ija terima teguran anak anak heheheh
"Eh eh mama silap laa.. ha'ah dosa mama ckp mcm tuh... sorry"
Biasalah bila dah ghalit borak dgn Incik A'an, ada jer yg terkeluar..

Satu lagi ija pantang sangat sangat..
budak jelir lidah dan jeling mata
kalau among dia orang (budak2) lantak ler
ini boleh jeling n jelir kat kita yg dewasa
so rude kan...
owwh... so so cannot terima bila budak kurang ajar.
rasa nak lempang jer..
tk kira lah... anak orang ker anak sendiri
lempang anak orang mau ija kena saman kang..

My fren once said " anak 2 org pun u rotan?  Dania yg kecik pun u rotan ker?"
I said, anak sorang pun i rotan
Tht was masa tisya kecik2 dulu...
Tisya n Dania kan gap 7 years...
kecik ke besar ke kalau they did wrong
And after 1 or 2 time cakap tk dengar
memang kena lah
selalu ija pakai hanger
Eh tk der lah berbirat
sekadar utk dia rasa sakit n serik
But after a  1 or 2 hours... ija hug dia balik,
tell her y she kena rotan
Coz mama sayang dia... mama rotan sbb mama sayang

But lately ... si Dania punya perangai,
kalau she kena marah...she will cry sambil cakap
"mama tk sayang kita daaaaah.... huaaaaa ... mama tk sayang kita daaah"
I wonder mana dia belajar ni?
This morning tgh2 ija  siap nak gi keje
Dia tgh layan upin ipin kat samsung papanya,
tiba2 ija terdengar the same dialog, cuma mama tukar pada kakak... " kakak tk sayang kitaaa"
"ooooooooooooooooo... di situ dia belajar yeer...."
dia tersengih sengih...
salah satu sumber pembelajaran budak budak is quoting kan

Itu citer budak2 yang bawah 6 thn...
ini nak citer budak pra remaja
Si Tisya ler
Lepas UPSR ni galak benor dia ngan FB and TWITTER
ija selalu monitoring her FB...
so ada satu status dia ni
Kat komen status dia (kawan2 sekolah ler) dah pandai guna FUCK, SUCK
eh eh... budak 12 thn dah pandai guna word ni...
tk boleh jadi ni.. so far tk der lah si Tisya duk pakai word tu dalam sesi membalas komen...
BUT she MUST be reminded not to use tht word in any situation.. dgn kawan ker dgn sesapa pun
(dah kena warning dah)
Ija tahu, kalau dia org dah start reading English novel, word mcm ni bersepah kat dalam buku tuh
Kalau tk bagi baca, kang dia org ckp one of the method to improve English is by reading English book
Nak suruh baca English Encyclopedia .. mahunya dia..tak derr nyaaa
yang dia  duk baca  novel Twilight zone, Hunter Game..
hmmm..wondering  berapa ribu bad words yg ada kan.

So parents ... termasuk ija laaaa
kita jaga bahasa dan percakapan kita esp bila ada anak anak around
bila anak2 mula guna pakai those bad words ... kita marah
tp mana dia org dapat? dari kita jugak kan
kalau dia org dapat kat sekolah or dr pergaulan... cepat2 educate dia org...
kalau org lain dengar.. they will say "MAK BAPAK TAK AJAR!"


Kadang2 parents ni rasa kita dah buat yang terbaik
Padahal masih belum TERBAIK
Masih banyak lompangnya
so sama sama kita melalui learning process dalam dunia PARENTING
sbb proses pembelajaran ni tiada noktahnya...
Ianya satu proses berterusan...



HIDUP JGN BERLAGAK LAAAAA

Sorry kalau ada bahasa kasar dalam blog ini harap maaf lah yer....

Semalam kau tanya aku
Aku dah advised
tapi air liur aku ni tk laku kat kau
sbb ngko budget ngko tu ASST MANAGER
dulu yer laaaa... kat co lama ngko mmg ASST MGR
tp kat sini ngko sama level jer ngan aku

Tup tup hari ni ngko buat jugak
Daaaah GENERAL MANAGER dah mengamuk
aku nak diam jer, Lantak kau ler
dah ngko rasa mcm pandai kan
aku ni tk  pandai
tp aku paham culture kat sini, ngko Paham???
tk paham ler sebb tuh ngko buat jugakkk

Boss cuti seminggu, ngko dah naik lagak
tk salah kalau kau terasa nak berlagak tp simpan jer lagak ngko tu
jgn nak tunjuk kat company ni
ngko blah, masuk company baru pastu tunjuk ler lagak ngko kaw kaw...

Ni nak tazkirah skit
aku bukan pandai sangat
aku pun kuli
bukan kesayangan boss pun
sbb i don believe in kipas mengipas, aircond mengaircond
for me .. i straight forward
yg betul aku ckp betul... yg tk betul ckp tk betul lah
like don like, itu lah aku
aku tk percaya rezeki dtg dr bodek menbodek
aku percaya rezeki datang dr Allah
tp satu motivator pernah ckp... kena ada 1% membodeks niii
arrggh...bagi aku... aku masuk 8.30 am, buat kerja...ngular skit (sesekali buka internet laaa)
5.15 sharp aku balik
ada kerja banyak aku stay back laaa
kalau tk der kerja, buat apa nak buat2 ada kerja, stayback sampai lewat saja nak tunjuk kat boss yg dia rajin kan
saya kerja seikhlas hati
demi mencari rezeki utk anak anak belajar dan membesar

hurrrmmmm....
lega skit
reda skit amarah ku

haaaiii... tk sabar ler nak tgk Adam Dan Hawa Ep 43
ada adegan romantik laaaa

Monday 5 November 2012

FROM MAMAK STYLE TO SALON STYLE

Mr Annura sendiri yg do the his hair style, bukan senang nak dapat tokey yg buat 

Asyik style mamak jer, sesekali cer try chinese look plak. Ni kes kena dera dgn ija....
Asalnya gi potong rambut Dania kat ANURA... salon yg selalu ija pegi
Dek kerana suka tgk style rambut one chinese man,
ija paksa Incik A'an potong ikut style chinese man td
kena plak tokey sendiri yang potong...
I like his new hair style.. look younger
Alamak, kang bila nampak muda ramai plak yg menggoda
Notty notty kang siap lah dia nnt....
kan ku buat botak style pula

Sunday 4 November 2012

TADIKA MINDA DINAMIK CONCERT

Cepat rasanya masa berlalu
Dania dah pun habis K1
K1 = Kindergarten 1 untuk 5 yrs
Tahun depan masuk K2; 6 years


Semalam Dania buat Performance
di konsert graduasi Tadika Minda Dinamik (Krista)
Yang selalu dia duk praktis di rumah 2 lagu jer
Aik semalam ada 3 persembahan
tk pernah pula dia prektis nyanyi lagu cina tu
rupanya dia kena dgr lagu baru dia boleh nyanyi ...
Masa nak pergi tu teacher kata kena trus make up n pakai baju yg Teacher bagi..
This is baju yg dipakai dari rumah.. sooo sopan sbb berjoget lagu Asmaradana


Lepas tu tukar baju utk persembahan ke 2 .. seksi gileerrr... dia pun mcm dah malu malu ...


ayooo so barm barm lah adik. Seharian dia duk menari bagai, balik tu she sooo hungry n tired. Cer tgk gambar bwh ... betapa moody nya dia masa buat persembahan.. no smile at all


dah makan, dah mandi kul 8 pm dia dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.... bgn pg tadi mud masih cranky...




Thursday 1 November 2012

Anak Anak & Dr Amdan

Semalam ija bawa Dania jumpa pediatric kesayangan anak anak ija, Dr Amdan di Klinik Adek, Sek 9.
Sejarah Dr Amdan dengan anak anak ija bermula dari zaman kakak Tisya kecik lagi.
Dulu Tisya pernah kena apa org kata Bronchitis? Macam2 doc dah jumpa tp tak sherashi.

Then kami jumpa Doc Amdan kat DEMC. After a view visit jumpa Dr Amdan, dapat tahu Doc dah buka klinik sendiri kat belakang DEMC (masa tuh kat sek 9). Dek kerana puas hati dgn cara doctor approach Tisya so kami nak jugak Dr Amdan. Since that, Dr Amdan dah jadi "private" doc pada anak anak... sampai le r ke Dania. Tapi Dani ni case to case basis. Setakat mild jer tk ler jumpa Dr Amdan. Maklum ler, jumpa [akar ni beratus fees dia. Tak tahan  mamanya ni...

Dr zaman kakak kecik, kalau jumpa Dr Amdan, Doktor selalu jer cakap.. "balik rumah lah, buat kawan Kakak Jaja (anak doc )"...
Sekarang Time Dania ... "duduk dgn doctor lah, kita boleh jalan jalan gi Mesir..(sbb kakak jaja dah duduk Mesir buat Medic)....

Malam tadi sambil pokpok (dodoi sambil tepuk bontot dia)  Dania ija borak-borak:

Mama:  Adik duduk lah dengan Dr Amdan... besst
Dania : Tak nak
Mama : Naper?
Dania:  duduk dgn mama lagi best
Mama: Nanti Doc bawa adik jln2
Dania: nak jln2 dgn mama
Mama: Gi jalan jalan dgn Dr naik kapal terbang tau
Dania; Jalan2 naik keter dengan mama lagi best
Mama; Rumah Doktor besar tau... dia kayaaa ooo
Dania: rumah kita pun kaya... besar ( besar lah sanggaaattt kan)

Mama pun peluk diaaa... Alhamdulillah.

Apa citer Kakak?  Kakak sibuk dgn hari kanak kanak kat sekolah.. kanak kanak lah sangaat kakak tuh.. Awak tuh dah masuk fasa pra remaja daaah....





They Love each other